Monday, November 21, 2011

Chumell angattt....ololo


Dua-dua pun comel....






Malam tadi Faris cadang nak beli binatang. Tapi kedai tutup.
Dia kata rumah tak berseri bila takde haiwan peliharaan.
Aku pun rasa macam tu...huhu

Aku tanya Faris dia nak bela apa?
Faris jawap Hamster....
Oooooooohhh tidak!! Kalo hamster aku taknak. (sambil geleng2 kepala)
Aku cakap kalau hamster takbole, nanti yang belanya aku bukan dia.
Dulu dahlah Farhan bela kucing, dalam masa yang sama bela hamster.
Gabungan yang terbaik!! 
Lagi-lagi bila tau-tau je sebelah mata hamster dah buta kena cekauu ngan meoww.

Empat orang adik2ku yang baik ni bela kucing dengan hamster nak tapi yang menjaga, membersih dan memberi makan adalah pengurus Dalila juga.
Jadi aku cadangkan kat Faris baik g beli kucing je since aku sayang kat kucing.

Dulu kn.. haiwan pertama yang aku bela masa darjah 4 adalah seekor ikan puyu..haha
Sumber mana ikan puyu datang nak tau...?

Gambar ni juga menunjukkan laluan utama bila anda masuk SK Tmn Perling.

Dari kolam air terjun SK Taman Perling...muahahahahahah
Gambar atas ni sebenarnya surau. Surau ni memang dah pun wujud dari tahun 1994 lagi. Sepatutnya kat sbelah surau ni ada kolam. 

Dulu hari-hari keje aku time waktu rehat mesti suka pergi kolam.
Mula-mula sebelum tu pergi beli sandwich dulu kat kantin. Bahagian ada sardin aku makan, yang tepi roti aku baling bagi ikan makan. Tulah keje aku hari2..Bila cikgu ada mesyuarat ke atau lambat masuk kelas, kolam adalah port aku. Bunyi macam aku takde kawan kan..kesiannn..kawan dengan ikan..haha. 

Ikan puyu tu pulak bukan aku yang sauk. Tapi ada sorang budak laki yang tolong. Tak ingat sape, tak tau hensem ke tak..kalo hensem mungkin aku ingat. :p
Mungkin sebab dia asyik nampak aku n member aku duk perati ikan je..tu yang dia ambik sekor bagi aku bawak balik rumah.

Ikan puyu ni kecikkk sangat..so muat aku bela dalam botol nescafe. Agak lama juga bela ikan puyu ni since dia senang nak bela. Tapi dalam pada senang2 tu ikan ni mati sebab aku tinggalkan dalam kereta sewaktu balik kampung. 

Tak serik walaupun selepas menjadi pembunuh ikan puyu..
Jom bela ikan emas pulak..haha
Lepas bela ikan puyu..aku bela ikan emas pulak masa darjah 5. 
Memang suka gila bila dapat tengok ikan emas yang montel2 berenang ketepian..
Ikan emas ni susah sikit nak bela. Kena ada oksigen, air xleh pakai air paip mentah2..kena taruk klorin..xleh bg mkn byk2...memang banyak songehlah. TU yang asyik mati je bila aku bela. Bila mati beli baru, asl mati je mesti beli baru..kan best kalo asal mati je dia hidup balik...asal mati hidup balik. Ingat pakai bateri ke???

Kura-kura pun pernah bela juga...tapi kura2 busuk sikit..sebab air cepat kotor.
Tapi tak seronok sangat bela kura-kura. Hamster pun bagi aku tak berapa best,,sebab terlampau kecik..tak leh nak wat main.

Sekarang teringin sangat nak bela kucing parsi.
Faris pun dah setuju nak beli kucing parsi..
So sekarang jom g survey kucing2 yang gemuk, montel, pemalas, manja dan comel di kedai2 yang berhampiran mulai esok...





2 comments:

  1. alahai..ccutenya video kat atas ni...
    lama x singgah sini.. sihat ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...