Saturday, November 26, 2011

Manik in the house :D

Manik-manik hand made
by misdalila :D
Percubaan kali kedua baru berjaya

Nilah dia manik labuci yang dijahit sampai pukul 3.30pg.
Minah yang 'rajin' ni pandaiiii...dia buat bunga labuci dekat 3 kelompok bahagian bawah je.

Kalo pakai tudung nanti bukan nampak pon bhgn atasnya...betul tak? hahaha..malas nak buat cakap jela..
Bahagian lengan pon belum buat lagi..cuma bahagian leher je dah buat.
Tang lengan cam besee..tunggu mood dtg dulu baru sambung jahit :)

Tiap-tiap kali bila dah siapkan projek baru, mesti panggil juri untuk bagi kritikan yang berguna dan juga membinasa...
Jurinya Farhan Aizuddin :D (memang xbias..kalo hodoh dia ckp hodoh..kalo cantik mmg dia ckp cantik. Pernah dulu dia cerita2 kat aku btau cikgu dia lagi cantik dari aku. Tiba2 hatiku jadi kecikkk je...heeee sabo2. Tajuk utamanya mengenai kawin..kenapa perempuan cantik tak kawin-kawin lagi.Mcm aku.. Eh)

"Farhan..cuba tengok manik akak buat, cantik tak??"
Kemudian..dia diam..Responden cuma mengangguk kepala..
Lalu berkata "Buat kat tangan sekali"...see..pandaikan juri cilik kita. :)
Memberi komen yang membina sekali..
Nanti esok akak blanja piza k..Tp ayah yg bayo..hoho

work in progress..

Baju kurung yang ni pulak sebenarnya dah 2tahun siap tapi pakainya idakkk..
Sebab utama taknak pakai bila tanya Farhan dia kata tak cantik..aku pun rasa camtu
Masa kat kedai tak tau kenapa aku beli kain ni..
Sebab kedua..tukang jahit tak pandai jahit. Benci..benci,,benci..bila buat baju besar dari saiz aku.
Tobat dah nak hantar kat orang tu..

See..bagi nak mencantikkan kain, kamain aku letak diamond yang kecik n jahit labuci
Tapi tak tahula lepas ni pakai ke tak baju ni....


Baju kurung hijau ni pun lama dah..
sebelum ni wat pattern manik lain. Tak cantik punya pasal, tukar lain..
Kali ni guna kaedah patch plak..
Sekarang ni kan macam2 teknik ada..patch..crumble..sulam..tabur..
tinggal kena tabur duit je

Lace yang dah siap untuk letak kat lengan sebenarnya ada jual.
Kat Jakel macam2 pilihan ada...semeter RM40 ada..semeter RM150 pun ada..
Yang untuk baju hijau ni lace dia sesen pun xyah kuar..hakhak..
guna lebihan kain je..cantum2..jadi..
manik pun tambah2 sikit..
kurung moden aku jahit..beserta manik
kain yang sama..dapat wat dress :D
Time jahit tang leher part yang paling tak suka sekali

Masa tengah buat tuuu, rasa nak menyumpah je..(rasa je tapi keluar pn)
Part leher aku rasa susah nak buat..sebab x expert.
Tapi bila dah siap pulak..
Akan ku tenung baju itu lama2 sambil dalam hati berkata "betul ke aku wat ni??"..hehe. Pangggggg 20kali

Friday, November 25, 2011

Mimpi

Kenapa ya ko saya sering mimpiin orang yg sama trus2an?
saya emg kenal ama dia,

tapi ga terlalu deket deh,
kena sih tuh ?...hehe..


Dalam masa sebulan ni selalu mimpikan orang yang sama je...
Asal tidur muncul muka yang sama dalam mimpi
tapi situasi yang berbeza..
Lokasi kadand-kadang diluar..kadang dirumah..
Macam family je gamaknya
Tapi realiti bukan..


Dulu...
4 tahun yang lepas pun ada mimpikan orang yang sama
selalu juga masa tu
lepas tu dah lama dah tak mimpi sesiapa
sekarang ni masa dalam mimpi
wajah itu kembali menghantui..


Tak kira tidur petang or malam mesti ada
Nampak sangat jenisss kuat tidur..haha
Buat keje jahit manik nya sikit tidur nya banyakkkk


Oh ya..malam semalam gian nak jahit labuci punya pasal g kedai beli
hobi yang ni jenis tak boleh nak tangguh2 dah..
rasa hari ni nak buat..kena hari ni jugak buat
cuba kalo kena suruh tulis tesis,
sampai berbulan-bulanla alamatnya benda tu berdelay..hak hak
Bila dah start menjahit memang tak sedar masa berlalu tau2 dah pukul 3.30pagi
Pagi tadi bangun tengok jahitan tak cantik sebab 1st attempt wat bunga labuci..
jadinya bukakk balik...lepas tu...jahit balikkk
Hasillnya..esok jela update..


             Bila u nak muncul dalam mimpi iiii???









Thursday, November 24, 2011

Bunga Labuci 3









Bunga labuci II


Learn how to sew sequin flower on fabric. Use it on wedding gown/dress, scarf, blouse or just anything. Experiment with different colors of sequin to get variety combination of sequin flower. Details on http://lylicraft.blogspot.com


Wednesday, November 23, 2011

Video jahitan bunga labuci 1

Jom belajar jahit bunga labuci :D



Video yang dipaparkan sangat mudah diikuti. Tak pening kepala.
Tak perlu nak membazirkan duit beli video yang ntah bukan-bukan yang susah nak ikut..

Video youtube dari suteraemas

Monday, November 21, 2011

Chumell angattt....ololo


Dua-dua pun comel....






Malam tadi Faris cadang nak beli binatang. Tapi kedai tutup.
Dia kata rumah tak berseri bila takde haiwan peliharaan.
Aku pun rasa macam tu...huhu

Aku tanya Faris dia nak bela apa?
Faris jawap Hamster....
Oooooooohhh tidak!! Kalo hamster aku taknak. (sambil geleng2 kepala)
Aku cakap kalau hamster takbole, nanti yang belanya aku bukan dia.
Dulu dahlah Farhan bela kucing, dalam masa yang sama bela hamster.
Gabungan yang terbaik!! 
Lagi-lagi bila tau-tau je sebelah mata hamster dah buta kena cekauu ngan meoww.

Empat orang adik2ku yang baik ni bela kucing dengan hamster nak tapi yang menjaga, membersih dan memberi makan adalah pengurus Dalila juga.
Jadi aku cadangkan kat Faris baik g beli kucing je since aku sayang kat kucing.

Dulu kn.. haiwan pertama yang aku bela masa darjah 4 adalah seekor ikan puyu..haha
Sumber mana ikan puyu datang nak tau...?

Gambar ni juga menunjukkan laluan utama bila anda masuk SK Tmn Perling.

Dari kolam air terjun SK Taman Perling...muahahahahahah
Gambar atas ni sebenarnya surau. Surau ni memang dah pun wujud dari tahun 1994 lagi. Sepatutnya kat sbelah surau ni ada kolam. 

Dulu hari-hari keje aku time waktu rehat mesti suka pergi kolam.
Mula-mula sebelum tu pergi beli sandwich dulu kat kantin. Bahagian ada sardin aku makan, yang tepi roti aku baling bagi ikan makan. Tulah keje aku hari2..Bila cikgu ada mesyuarat ke atau lambat masuk kelas, kolam adalah port aku. Bunyi macam aku takde kawan kan..kesiannn..kawan dengan ikan..haha. 

Ikan puyu tu pulak bukan aku yang sauk. Tapi ada sorang budak laki yang tolong. Tak ingat sape, tak tau hensem ke tak..kalo hensem mungkin aku ingat. :p
Mungkin sebab dia asyik nampak aku n member aku duk perati ikan je..tu yang dia ambik sekor bagi aku bawak balik rumah.

Ikan puyu ni kecikkk sangat..so muat aku bela dalam botol nescafe. Agak lama juga bela ikan puyu ni since dia senang nak bela. Tapi dalam pada senang2 tu ikan ni mati sebab aku tinggalkan dalam kereta sewaktu balik kampung. 

Tak serik walaupun selepas menjadi pembunuh ikan puyu..
Jom bela ikan emas pulak..haha
Lepas bela ikan puyu..aku bela ikan emas pulak masa darjah 5. 
Memang suka gila bila dapat tengok ikan emas yang montel2 berenang ketepian..
Ikan emas ni susah sikit nak bela. Kena ada oksigen, air xleh pakai air paip mentah2..kena taruk klorin..xleh bg mkn byk2...memang banyak songehlah. TU yang asyik mati je bila aku bela. Bila mati beli baru, asl mati je mesti beli baru..kan best kalo asal mati je dia hidup balik...asal mati hidup balik. Ingat pakai bateri ke???

Kura-kura pun pernah bela juga...tapi kura2 busuk sikit..sebab air cepat kotor.
Tapi tak seronok sangat bela kura-kura. Hamster pun bagi aku tak berapa best,,sebab terlampau kecik..tak leh nak wat main.

Sekarang teringin sangat nak bela kucing parsi.
Faris pun dah setuju nak beli kucing parsi..
So sekarang jom g survey kucing2 yang gemuk, montel, pemalas, manja dan comel di kedai2 yang berhampiran mulai esok...





Sunday, November 20, 2011

Jenis-jenis langsir II

Sambungan dari Part I

6) Langsir tingkap berbentuk arca








7) Langsir Beropol


Segala-galanya ropol




8) Stail valance

Valance mempunyai kemasan ropol, kun, pita brid/ rerumbai.



 




9)Kepala langsir berlisu goblet


Perhatikan bentuk kepala langsir




10) Langsir bidai jarang



11) Langsir bidai gulung




Langsir bidai terbalik




Saturday, November 19, 2011

Jenis-jenis Langsir

Tidak diakui sekarang terdapat pelbagai jenis pilihan langsir yang terbaru dan cantik, semuanya terpulang pada individu itu sendiri gaya apa yang sesuai bagi menceriakan kediaman impian masing-masing.

Setiap jenis langsir yang anda pilih samada konsep Inggeris, moden atau tradisonal akan menggunakan hiasan langsir yang berbeza dimana ia akan banyak mempengaruhi konsep kediaman anda.

Jenis-jenis langsir:

1) Langsir panel renda

sumber: Mr. google

Harga fabrik renda tidaklah mahal, murah sahaja namun ia masih dapat mencipta perhiasan tingkap yang sangat menarik. Fabrik renda yang mempunyai lelubang eyelet amat sesuai digukan untuk menutup separuh bawah tingkap seperti di dapur atau bilik mandi.

2) Langsir fabrik jarang dan lut cahaya

Langsir dari fabrik muslin dan linen
sumber: Mr. google

Salah satu hasil yang ketara apabila terdapat gabungan antara fabrik net dan lain2 fabrik jarang. Cantik kan?
Untuk fabrik jarang terdiri daripada fabrik jenis muslin, lawn, voile, cheesecloth, linen dan kapas campuran.


3) Langsir bertepihias






sumber: Mr. google

Langsir ditepihias disepanjang tepi utama menggunakan kun, renda, reben atau fabrik.
Boleh diaplikasikan keatas fabrik yang ringkas atau plain supaya menjadi lebih, lebih dan lebih menarik.

4) Langsir cafe



Langsir yang mempunyai lelubang eyelet 



Langsir dari tali pipih

Langsir pendek dari negara Perancis....bonjour..

5) Langsir Bertalipipih

Hambik..semua warna ada. Sesuaiii sangat untuk letak kat tadika..hehe

Talipipih menggunakan fabrik

Talipipih menggunakan renda

Ada banyak lagi jenis langsir..
bersambung dalam entri lain..Part II and Part III


Thursday, November 17, 2011

5A UPSR

Keputusan UPSR hari ini diumumkan
I'm so glad that Farhan Aizuddin got 5A's in UPSR
Tahniah!!

Bila nama Farhan yang diumumkan orang pertama yang naik keatas pentas..
serius time ni gembira gila sampai mengalir air mata
Masa dapat result sendiri punya xde plak nak nangis2 bagai..hehe..

Majlis Anugerah Cemerlang yang berlangsung pada hari ini cuma aku je yang hadir
Ayah keje,
Mak pula aku taknak komen apa-apa nanti hilang mood. 

Setakat ni dua orang adik aku yang pernah bersekolah di Sek Keb Dato' Ibrahim Majid
UPSR diorang masing2 dapat 5A.
So aku buat conclusion tak kiralah student tu belajar kat bandar ke atau pedalaman tapi tetap boleh berjaya
Semuanya atas usaha gigih guru2, ibu bapa dan pelajar itu sendiri.

Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan UPSR pada hari ini!! 

.
.
.
.
Nanad kol tanya Farhan nak hadiah apa...

Farhan: nak "IPad"
Nanad: "Pandailah ko"...... 

hahaha..xmampu nak bg hadiah ipad..
.
.
.
.

Fakta bukan auta mengenai Farhan

-Nama "Farhan Aizuddin" aku yang bagi
-Anak bongsu dari 5 beradik
-Bila senyum menampakkan lesung pipit yang ada
-Nama "Kekla" untuk kak dalila dan nama "Kekka" untuk kak Fiqah.
 Nama "abawi" untuk abang asnawi dan "abawis" untuk abang Faris
 Walaupun Farhan dah tak pelat tapi nama gelaran yang dia cipta tu tetap kekal sampai dia besar
-Makanan kegemaran: coklat, tomyam masakan kekla dan kek coklat 
-Partner tidur masa kecil kekla sampai ke besar
-Bila Farhan demam maknya cari kekla darilah kecil sampai Farhan besar
-Kecik2 masa umur 5 tahun dah bawak kete waja. Hebat tak?
Orang lain bawak kete kedepan tapi dia kebelakang.
Muka masa tu senyum je keseronokan tapi aku yang menggelabah, cepat2 kejar tarik hand break. Sume gara2 mak tinggalkan Farhan dalam kete sorang2.
-Paling tak boleh lupa masa dia baby kat Hospital Sultanah Aminah. Hidung warna kuning, keras macam plastik. Kalau tidur mesti senyumm je.





Wednesday, November 16, 2011

Kesabaran

Salam,

Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian.....
Allah memberi kita kedewasaan bila kita ditimpa masalah...
Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan...
Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik

Maka bersangka baiklah denganNya.
Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Pandulah hati2 kami dengan tetap teguh dengan kepercayaan ini....

Alhamdulillah...Sekarang ni sangat bersyukur kerana tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan.
Penyakit gatal dah tak serius, janji pemakanan harus dijaga
Dulu masa datang penyakit ni serius asyik pikir nak mati..entah apa-apa rasa masa tu
Sampaikan berat pun turun dari 54kg kepada 50kg kepada 46kg..memang sangat drastik
Semua orang tegur sangat kurus.
Tapi minggu ni terasa lebih sihat dan gembira bila dah boleh makan ayam dan tak rasa gatal
Dapat makan ayam pun boleh buat seseorang gembira...hehe
Now mengidam nak makan udang masak mentega plak...macam mana tu...aishhh

medicated soap for fungal infection


Sabun SAStid ni doktor kulit yang sarankan untuk pakai.
Memang sangat berkesan...Farhan pun aku suruh dia guna sebab ada gatal2 kat kaki.
Rupa-rupanya sabun ni pun boleh pakai kat muka. Aku pakai kat badan je. 
Ohh kulit muka dia sangat licin bikin I jeles,,,
Sabun niii rahsia kecantikan muka dia..hehe

Mengenai kerjaya pula
Bulan ni merupakan bulan ketujuh jobless
Bulan dimana aku rasa sudah sampainya masa untuk tidak goyang kaki dirumah..

Sejak dua minggu lepas menanti panggilan keputusan dari kilang di Benut
Baru hari ni diorang kol mengatakan surat dari bos besar mungkin minggu ni atau minggu depan dapat.
Hari ni nyaris2 je nak kol tadika kat melaka untuk mohon jd guru tadika..hehehe
Nasib baik kilang ada kol hari ni.
Tapi yang paling penting dah dpt approval dari tuan besar.
Sekarang kena tambah level kesabaran lagi :)

Tuesday, November 15, 2011

Karnival MARA di Plaza Larkin Johor Bahru

Tema : Keusahawanan, Kerjaya & Pendidikan




Tarikh 
Masa 
Tempat
: 18hb - 20hb November    2011
11am - 9pm
: Plaza Larkin, Johor Bahru

Ringkasan program:
Program karnival yang bakal berlangsung selama 3 hari bakal memberi peluang kepada pelajar lepasan sekolah SPM, STPM, Matrikulasi dan yang berkaitan untuk turut serta mengambil peluang memohon Institusi Pengajian MARA (IPMa). Terdapat pelbagai kursus untuk peringkat Sijil, Diploma, Ijazah dan Professional yang bakal akan ditawarkan untuk Pengambilan Sessi Januari 2012.
Turut serta “Main Exhibitor” iaitu JobStreet.com Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah Agensi Portal Pekerjaan ternama memberi peluang pekerjaan melalui aktiviti pameran kerjaya bersama syarikat-syarikat majikan yang bakal berada di Plaza Larkin pada tarikh dan waktu yang sama sepertimana yang tertera di atas.
Selain dari itu terdapat juga pameran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang akan turut serta mempamerkan produk dan servis Usahawan Tempatan merangkumi IT, makanan dan bermacam-macam lagi.
Siapa yang patut hadir?
1- Individu yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA/S yang mendapat pembiayaan MARA
2- Ingin mencuba peluang kerjaya bersama dengan JobStreet.com
3- Penggemar produk-produk usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS)
4- Mahu turut serta sebagai “EXHIBITOR” di Karnival MARA bagi tujuan promosi produk atau servis perkhidmatan
Anda berminat untuk menyertai program Karnival MARA?
Sebarang pertanyaan anda boleh email ke admin@muqmin.com atau hubungi kami, Muqmin Services (Event Manager) di talian 07-2210681, Ezal (012-7574525), Suzaimi (019-7324567), Ej (017-6537323) selaku penganjur bersama untuk program ini. Dapatkan borang penyertaan disini.
Jom datang beramai-ramai dan sertai bermacam-macam aktiviti disepanjang Karnival MARA di Plaza Larkin, Johor Bahru, Johor


Sunday, November 13, 2011

Tiga hari yang gembira


Hari akan menjadi lebih INDAH tanpa adanya pengawasan orang dewasa..
walaupun hujan lebat melanda negara.

Kalau kat sekolah mestilah kita tak suka kat pengawas dan cikgu disiplinkan.
Mungkin aku sorang je kot sebab selalu kena tahan sebab bela kuku panjang.
Orang tak cukup jari.. tu sebab suka bela kuku panjang.
Kalau kat rumah pulak paling tak suka bila ada cikgu disiplin yang tak cukup berkhidmat disekolah maka dia berkhidmat dirumah. Mungkin kerana telah diturunkan pangkat.


Oleh sebab itu...Hari tanpa adanya orang dewasa dirumah merupakan hari yang cukuppp INDAH..
Lebih fokus jika kita katakan hari tanpa ibu..



Tanpa adanya ibu dirumah maka aku tidaklah berbulu..huhuharuuuuuuuuuuuuuuuu you.

Berbulu apabila mendengar suara perit yang akan menanahkan telinga sesiapa yang mendengarnya.
Tapi malangnya aku seorang je yang dengar sebab Farhan telah aku hantar ke sekolah pagi2.
Setiap pagi pasti akan ada ketukan di pintu bertalu-talu.
Setiap pagi juga pasti akan ada jeritan supaya memadamkan lampu.
Semuanya kerana Faris yang belum bangun tidur.
Dulu waktu Mr.M ada dia tak pernah pun bising-bising suruh padam lampu.
Yang musykilnya punyalah kuat suara dengan  ketukan tu tapi orang kat dalam bilik tak juga bangun2.
Mungkin tidur mati...

Faris pula aku tahu jenis malam berjaga siang ko baru nak tidur.
Tapi ada bagusnya juga.
Silalah jadi pak guard untuk rumah ni.
Sebab rumah duk sekarang ni dah pernah ada perompak masuk 2kali.
Duk dalam hutan..jiran2 pulak xde..yang ada monyet dan babi tu pun dah jarang nampak skrg.
Kali pertama habis barang2 kemas dia bawak lari.
Kali kedua pulak dia ambik barang2 kepunyaan Farhan..duit tabung, Ps2 yang baru beli hadiah dr sunat dengan semua cd2 dia angkut sekali, gameboy. Yang kelakar sekali beg sekolah adik aku pun dia rembat.
Beg untuk ko wat sumbat barang2 curi kan..dalam banyak2 beg dia pilih beg MU. Cerdikk kan.
Rasa macam dah pernah cerita je pasal ni..tapi takperlah. cerita sekali g..

Bila orang dewasa xde maka tugas-tugas diambil alih oleh aku.
Bukan bermakna sebelum2 ni xpernah wat semua kerja tu.
Sebenarnya dari darjah 6 lagi dah dilatih buat semua kerja rumah termasuk memasak even though ada pembantu rumah.
Sekarang xde dah pembantu rumah. Itulah gunanya aku dirumah...

Aku lebih suka kalau masak sendiri sebab lebih menepati selera tekak ku yang high class ni..hehe..
(jenis sentiasa tak puas hati dengan masakan orang lain sebenarnya...)
Cadangan menu pulak aku mesti tanya kat adik2 .
Apa yang diorang nak makan..just say it...hehe. Akak bole masakkan..hehe

Menu pilihan adik2 mestilah yang simple2 je macam tomyam ayam...ikan masak sweet sour..spagetti..
kalau menu dessert pula  diorang suka kek coklat dan puding.
Semua tu pun makanan kegemaran aku jugak..hehe

Untuk resepi tomyam...sebab adik2 aku suka pedas..
Bahan tumis selain bahan perencah tomyam tu, serai dengan bawang, aku suka letak tomato dengan cili api yang diblend..kemudian masuk ayam bagi dia masak kejap
Bila bahan tumis dah serap kat ayam baru masuk air biar didih
Baru taruk semua sayur2 pilihan termasuk tomato
Last masukkan daun limau purut, jus limau dan garam..siap. Tak payah susah2 nak masak menu lain dah..haha. Senang kan.

Resepi tomyam ayam tapi gambar tomyam udang..tq Mr. google

Untuk resepi sos sweet sour pulak senang n mudah je aku wat..
Guna bahan2 yang sedia ada kat rumah. Tumis bawang putih, cili api n serai yang diracik halus2.
Lepas tu letak tomato n cili besar yang dah diblend..
masak kejap baru masuk sos cili, sos tiram, tomato n bawang bsr cincang..
Kalau ada nenas bolehla masuk sekali. Nak masak bagi rasa masam lagi boleh perahkan limau sikit..
Dah siramkan kuah atas ikan goreng, hiaskan dengan daun sup. Sekali lagi, senang kann...

tq Mr. google

Kenapa ntah hari ni tiba2 tulis sampai 2 resepi..
Oh ya terima kasih kepada hormon-hormon gembira yang banyak pada hari ini...sekian..



Thursday, November 10, 2011

LOL


Getting morning love...

Namanya singa tapi manja gila!!! :)

Dah macam setahun tak jumpa gaya singa tu dengan tuan dia.
Oh alangkah bahagia kalau dapat bela satu pun jadilah..
Dua pun ok jugee..
Satu jela..nak letak dalam rumah je.
So nanti kalau ada perompak nak masuk dalam rumah..
Kasi makan sama dia..haha..
Terus kenyang seminggu..terus jadi pengajaran buat perompak yang lain..
Pandaikannnn aku...muahaha

Ada lagi satu video mau kasi tengok
--->Minah in bed  :)

Berani-beranila datang rumah brother ni wat hal..
Nak masuk rumah dia boleh tapi nanti nak keluar tak boleh dahla sebab badan dah hilanggg..
.
.
.
Dulu masa form 1 ada bela baby kucing ni, kutip kat tadika Nuri sebelah rumah sebab mommy dia tinggalkan...
Sebab waktu tu kan sekolah lagi jadi pergi sekolah pun bawak kucing dalam beg kertas sebab sayang nak tinggalkan..
Siap nyusukan pakai bottle khas untuk kucing lagi..Sampai tidur pun dengan kucing..
Sampai dah besar pun memang kucing ni tak pandai mengeow langsung sebab aku yang jaga.
Bergaul dengan kucing lain pun takut.
Tapi bagilah makanan apa pun semua dia makan.
Bagi durian makan, sardin makan, keropok mkn..eksperimenn..hihi
 nasi dengan ikan memang lauk wajip..

Ada satu hari kitorang satu family pergi balik kampung kot...dalam 2 ke 3 ari tak pasti..
Yang pasti Cumi kena tinggal rumah.. Nama dia Cumi..haha
Dah balik rumah perkara pertama dalam kepala cari cumi..
Penat aku jerit satu rumah panggil tetap tak nampak batang hidung, tak puas hati siap g round satu taman sri putri lagi, sorang2 malam2..time ni duk skudai lg
Serius dah macam orang gila, bila nampak kucing orang lain pun aku still ingat yang tu cumi.
Bila tak jumpa balik rumah terus nampak dia ada kat atas balkoni rumah rupanya tunggu aku balik
Langsung tak mengeow..kurus sikit..n bunyi kuat dr perut kot sebab dia lapar..
Kucing nilah paling lama bela.
Tulis ni je dah wat air mata aku meleleh..since dat day kalo blk kg mst bwk dia skali

Bila Farhan dah lahir, mestilah sayang adik lebihkan..
Adik laki aku masa dorang kecil2 ada semput..tp bila besar xde.
Dengan kucing mestilah alah..so mak g buang cumi kat restoran..
Ayah pun suka kucing gak sbnrnya..ada sehari tu dia wat spot check kat restoran
nampak cumi bawah kereta. Sekali tu jela ayh g tengok pun sebab lepas tu kitorang pindah ke hutan..

Bila ingat balik, rasa nak marahhh je kat my mom...haru..
benda dah lepas pun..cumi pun dah mati aku rasa





Wednesday, November 9, 2011

Feeling bored as hell?

Let's watch a video on youtube!


Selain daripada baca blog apa kata kita tengok remaja yang vlogging.
Matluthfi ni baru je pos video ni 2 hari lepas tapi dah ratus ribu yang tengok..
Ni baru satu..ada lagi banyak sebenarnya
Nak tengok yang lain??
Hangpa gi la cari sendiri...hahaha

Lagu-lagu cinta yang dinyanyikan dalam video tu macam..
Forteen-Berdua bersatu
KRU- 3 kata
Lagu2 ni aku kenal bila dengar adik aku Farhan yang pasang.
Dia cukup minat 2 lagu tu.
Aku? Memang menyampah dah dengar lagu cintan cintun sekarang..haha. Seriously

Lagu Aliff Satar Lelaki Seperti Aku pula blogger Cik Kiah n Mawaddah yang perkenalkan.
Dorang duk nyanyi2 lagu ni je masa aku datang Melaka aritu. Sounds so happy..

Cakap pasal cinta, Ramai tentu fikir yang cinta akan datang dengan semulajadi.
Tapi bagi aku kalau kita tak berusaha cinta tu takkan datang dengan sendirinya.
Namun bila kita dah berusaha tapi kecundang jua akhirnya tu namanya bukan jodoh kita..
Nak muntah pula baca gaya bahasa aku kali ni..hahaha

Cinta di zaman sekolah... orang kata itu cinta monyet..
Cinta monyet aku pada masa dulu hanya 4 minggu
Masa tu baru form tuu..
Memang akui xcerdik lagi masa tu jadi my mom bila dapat tahu sebab dia cikgu kat sekolah aku dia pun putuskan hubungan tu...
Semenjak dari tu senang kata 10 tahun selepas tu
Aku dah nekad dalam diri aku taknak ada hubungan dengan mana2 jejaka
Walaupun ada senior yang menghampiri aku...bajet ko hot r..harhar..hitamm ada

Cinta di zaman universiti...aku kata cinta yang ditinggalkan pergi
xnk ingat dah n biarlah ia berlalu pergi..

Cinta yang hakiki..cinta pada ilahi..
Satu-satunya tempat kita bergantung harap dan bermohon dikala waktu suka dan duka..


The person I love the most..my dad.



"The greatest gift I ever had
Came from God; I call him Dad!"





"A father is always making his baby into a little woman.  
And when she is a woman he turns her back again."



Ni masuk cerita lain plak, 2 hari lepas datang sekor kucing.

Spesis binatang yang aku paling suka harimau sebenarnya dari kecil teringin sangat nak bela harimau tapi apakan daya..cukupla pengalaman dapat pegang harimau, ular..i likee.


Kitorang adik beradik memang pantang nampak kucing..abis kucing ni jadi mangsa kitorang..
Mangsa gomol2, peluk2, cium2, lambung2..dsb
Kucing siapa punya ntah sesat datang rumah minta makan..
Dah penat main bagilah kucing ni ikan..tapi dia wat dekk je. Tak pernah jupe ikan aku rasa,mesti tuan dia bagi whiskas je sebab bulu dengan badan dia nampak sihat.
Bila taknak makan ikan aku bagilah susu.
Sebab susu kucing dah abis kat rumah, yang ada anlene mak aku dengan nespray
jadi aku pun wat eksperimen.

Eksperimen pertama dengan susu anlene perasa coklat, habis licin susu tu kucing ni jilat.
Eksperimen kedua dengan susu nespray, malangnya hanya sedikit je yang dia rasa.
eh..eh..dah wat macam rumah sendiri..

Kucing pun tahu demand jugak kan macam manusia. Tapi kucing tak sejahat manusia.
Kucing adalah binatang yang penyayang, manusia pula sanggup membunuh anak yang tidak berdosa.
Paling kejam aku baca pasal bayi yang dikelar-kelar. Serius aku tak boleh terima.. sedih.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...