Saturday, October 8, 2011

Kuat

Salam..

Hari ni baru terasa nak menulis.
Lama membawa diri..duduk bermurung seorang dikampung.

Tinggal lagi 2 minggu je untuk majlis konvo. Akhirnya aku dapat menghembuskan nafas lega bila dapat tunaikan hasrat ayah aku untuk aku dapat ijazah sarjana. Tapi entah kenapa aku tak gembira, tak excited sama seperti masa dapat ijazah pertama dulu. Lebih kepada perasaan sedih sebabnya mak dan ayah tidak boleh datang bersama nanti, kekasih pula dah jadi bekas kekasih. Janji2nya hanya tinggal janji je sekarang. Susah nak terima hakikat tu sebenarnya..kerana tempoh perkenalan yang lama. 3 tahun. Bukan senang sebenarnya waktu tu untuk aku buka hati untuk terima kehadiran seseorang kerana dalam masa sama aku ada menyimpan perasaan menyukai seseorang. Kalo tahu akan jadi macam ni lebih baik solo je dari dulu.

Dah 3 bulan dah aku berpisah dengan mr.bobby. 3 bulan juga aku menderita penyakit kulit. Perasaan sedih sangat sampai kadang2 rasa nak giveup dan rasa taknak buat apa-apa sebab risau sampai bila penyakit ni nak sembuh. Mula-mula aku ingatkan bintik2 merah yang tumbuh disebabkan alahan pada persekitaran tapi lama2 baru aku sedar bintik2 merah ni akan terasa gatal sebaik saja aku makan makanan seperti seafood, kacang2. Sekarang aku kena pantang dan jaga pemakanan.

Esok aku kena pergi ke klinik kulit di kluang. Klinik pishus. Buat checkup untuk kali ke 2. Doktor nasihatkan aku jangan makan seafood macam udang, sotong..makanan dalam tin, fast food, maggi, kacang tanah. Ayam dr. kata bole makan bila kita beli dan masak sendiri kat rumah tapi bila aku makan terus bintik2 gatal tumbuh. Sekarang dah naik ke leher dan telinga. Tak begitu banyak berbanding dibahu kiri dan kanan. Doktor ada bagi ubat sapu, sabun, ubat alahan dan antibiotik untuk kurangkan gatal2. Bila kita dah tua ni enzim dalam badan mula berubah..macam2 pula jadi..hehe. Nak makan makanan favourite pn dah susah sekarang tapi kadang aku bedal jugak..hahah. Apapun sekarang aku kena terus kuat..bagi sikit je tu dugaan yang tuhan bagi.kannnn

p/s: alamat klinik kulit di Kluang No. 106 Jln Mersing, 86000 Kluang. (terletak berhadapan dengan UTHM Kluang.) Manakala klinik kulit yang aku tau kat Melaka terletak di Batu Berendam. Sebelum Cimb.

6 comments:

  1. nape ni dalila?.. baik2 la semula k..
    aku doakan semua urusan ko mudah n cepat sembuh..
    aaminn..

    ReplyDelete
  2. salam sis....hope cepat sembuh k n tahniah tuk konvo nt...btw sis jgn cdey2 terhadap lelaki yg bukan jodoh u...insyaALLAH jmpa la nt..oh..siler ke blog fy cuz ade suratan bahagia di sana untk mereka yg mncari jodoh....oh fy new blogger, nice friend wif u =)

    ReplyDelete
  3. Lanun: pihak lg satu yg xnk baik semula..
    terima kasih :)

    White leaf: Salam..n thanks 4 the wish :)

    ReplyDelete
  4. hai dalila... mcm mana dgn sakit kulit awak2,, dh ok?

    ReplyDelete
  5. salam..sory spam..google psl gatal2 ternampak blog awak..mahal x ek lau g klinik pishus ni..tq..and sory ggu..huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...