Wednesday, October 26, 2011

Siput gatal aku sengal

Oleh sebab dah sebulan lebih aku tengok penyakit gatal2 aku dah berkurang, 
so konfiden la, aku dah baik niii....
jadi penyakit malas untuk makan ubat hari-hari aku pun datang. 
Nak sapu ubat pun aku rasa tangan ni macam berat je dah.
Biasalah apa2 pun awal2 je aku rajin.

Patutnya jupe doktor hari Ahad lepas pun aku tak pergi..
penatlah nak berkejar ke kluang pulak sebab baru balik dari melaka kan. Tapi aku rasa kalau doktor kulit tu muda n hensem mesti aku dah tergedik2 nak jupe..xkisahlah indian ke melayu ke korea ke janji hensem..kahkahkah..

Balik pada tajuk cite aku...minggu lepas adik aku beli siput sedut. Dia yang ngidam tapi yang masak n makn banyaknya aku. Dah makan banyak2 baru adik aku Faris sound kat aku...'siput takleh makanlah..gatal'...aku 'ye ke'. Takpe...badan aku kebal dah makan ubat pun. 

Minggu ni pulak mak aku duk masak kepah lah siput sedut lah...
kepah tu dia bakar ada masak lemak pun ada...
siput sedut pulak masak kicap ada masak lemak pun ada...mentang2 kelapa free
banyak tak banyak tu kan..
aku rasa dia memang saja nak dera aku nak tengok aku kegatalan. 

Sekarang ni musim siput2 ni beranak pinak ke? 
mentang2 sekarang ni musim hujan, jadi banyak orang jual siput.

Aku walau apapun makanan yang terhidang sume aku bedal,
takde pikir2 dah cuma silap kali ni aku dah takde makan ubat. 
Sekarang rasakan...dah tumbuh biji2 merah balik. Padan muka aku. 
Kena makan ubat balik...

Ni kalau aku nak g jupe doktor pun dh takut dah..takut kena marah...hehe. Tapi dah pikir dah alasan...'Doktor tak btau pun siput takleh makan.' harharhar

siput BABIIII.....opssss

Tuesday, October 25, 2011

Konvo

Tarikh konvo aku jatuh pada 21.10.2011 hari Sabtu lepas.

Hari sabtu depan turn adik perempuan aku satu2nya kat UiTM Shah Alam pulak. Nasib baik tak sama tarikh, jadi aktiviti aku banyakla sikit. Aktiviti menjahit baju termasuk sekali. Haha.
Sekejap je pun jahit baju ni..dalam 2,3 hari je aku siapkan 2 pasang baju kebaya. Satu aku  punya satu lagi si Pka punya. Aku ingat nak jahit kurung moden pulak untuk konvo adik aku nanti. Tunggu rajin datang baru buat.

Entri yang lepas2 aku ada cite aku x excited kan nk konvo...meh tgk apa jadi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng..jeng..jeng...
.
..
senyum lebar tu..haha... sebab Tun senyum kat aku!! :D
 Kata x excited,xhepi konon sebelum ni..pigida


Aku nak cari gambar masa konvo degree dulu nak compare...tapi tak jupe pulak.
Gambar masa degree memang hodoh giler. Kalau tengok memang tergelak besar punya r....
Sebab apa tau jadi hodoh,
Cuba korang sebut...... 
"Terima Kasih Tun" then pause korang punya muncung tu.
Bayanggggkan time tulahhh paparazzi snap gamba aku..hahahampehhhh.
Nasib baik pastu g tangkap gambar kat studio. Puas hati.hehe

So time ni aku tambah "Terima Kasih Tun Canselor" sambil tersenyum...kan beza...legaaaa.

Kehepian aku bertambah bila Konvo kali ni aku dapat bunga, masa degree dulu xdpt. First time.
Red Roses in pink wrapping lg. 
cantik siPka pilih. Kalau pink carnation in pink wrapping lagi aku suka.
Aku lg suka carnation dr ros. Dulu masa zaman sekolah, bila hari ibu mesti aku beli bunga kat depan rumah bagi kat mak aku. 3 kuntum. Itu duluuuu..

Masa kat dalam kete (ada aku, ayah, pka n farhan)

Aku: Tak percayalah yah dah abis master, dulu masa degree pun xpercaya dah abis degree.
Ayah aku: Boleh.. kalau buat sikit2, lama2 habisla.
Ayah aku lagi: Nanti kalau nak buat phd senang dah ada pengalaman sebab phd semua byresearch mana ada bycourse, siapa yang buat master bycourse tu mmgla sekejap tapi nanti nak buat phd tu susahla sikit..
Aku:......(terdiam dah...ni bapak aku dah signal2 suh sambung phd ke apa???? ...nak pitam aku dengar...tak kahwin lagila aku sampai ke tua.hehe Sebab kalau tengah belajar anda dilarang berkahwin ye..berkawan bole..)

Terus aku tukar topik,

Aku: Ayah, bunga ni nanti bole bagi kat pka plk mgu depan.
Ayah aku: Boleh la. Simpan elok2. Nanti bagi kat pka. (haha..rancangan jht aku berjaya)
Pka: Tak nak. Ayah, nanti pka nak teddy bear yang besar yang macam budak tu dapat. (teddy bear besar gila dah macam orang...~dah ada en.epa nak teddy lg, lain r aku...hehe)
Ayah: Nak buat apa... (muahaha..dah tau mesti tak dapat punya )

Aku ingat nak letak lagi gambar2...next entrila sebab gambar sume ada kat adik aku.

p/s: Doakan aku berjaya interview hari Khamis ni...tempatnya dekat je ngan rmh..hehe. Kalau dapat bolehla aku terus jaga anak aku si Farhan Aizuddin.




Wednesday, October 19, 2011

Menangani masalah di ketiak cara efektif.

Hiiiiii...tip kali ni nak bincangkan berkenaan penjagaan bawah ketiak.

Tentu ramaikan yang mengalami masalah seperti ketiak yang berbulu, cepat berpeluh dan masalah kesan hitam. Sebagai seorang perempuan tentu kita malu kadang2 nak bincangkan tentang masalah ni walaupun sesama perempuan tapi masalah ni tak boleh dipandang remeh. Tentu korang pernah terpikir alangkah bagusnya kalo xde bulu kan..haha Lainlah lelaki, kalo ada bulu baru 'man' kan.

Apa yang korang buat bagi nk mengatasi masalah ketiak berbulu ni?...hahaha..sendiri rasa kelakar pulak bila buka topik ni.

Mesti ada yang bercukur (ni ramai buat ni), yang cabut pun ada (n spesis rajin n tengah takde kerja jee buat ni)...kan..kan...Pakai deodorant pulak jadi wajip sbelum nak g dating g kelas g keje. haha...

Pernah tak korang terpikir kesan dari perbuatan korang tersebut?..ermm tak pernah kan...taula taknak bg ada bulu..nak bagi wangi...what i mean is for the long term effects. Tak tau kannnnnnnnnnnnnnnn?haaa ni nak bg tau..Sebenarnya kesan apabila korang cabut 'hair' tu nanti masa depan dia jadi berbiji2..sape yang 'rajin' tu taula. Kalo korang cukur pulak ofcos la senang luka n bole menyebabkan hitam bawah ketiak. Pemakaian deodorant juga punca hitamkan bawah ketiak. Semua kaedah berulang ni hanya untuk penyelesaian waktu singkat malah membawa kepada kesengsaraan dimasa depan. Percayalah cakap doktor ni...hehe.

Korang juga perlu berhati2 dengan pemilihan produk yang korang gunakan. Ada beberapa jenama sebenarnya yang popular dan mmg kebanyakan rakyat Malaysia gunakan tapi sebenarnya tak bagus. Tak bagus bukan bermakna tak bole guna, boleh guna tapi jangan berhenti pakai. Kalo sesiapa yang tak pernah guna macam sorang kawan I baik jangan guna terus lagi bagus. Sebab apa xbole berhenti...?...sbb nanti kawasan bawah ketiak jadi hitam. Nak bagi tau jenama apa tapi takut kena saman pulak nnt..hehe. bgtau innitial dia jela ek..'N#$%^', 'R#$@*^' banyak lagila...ada orang bagi saranan suruh guna Amway sebab dia kata bagus..tapi xtry lagi.

Sekarang baru boleh btau cara nak hilangkan hair secara kekal. Ada dua cara yang korang boleh cuba.

1. Pusat kecantikan.

Kaedah yang dorang gunakan ialah elektrolisis. Masa dorang buat tu akan terasa panas sekejap bagi merawat tiap2 liang roma. Macam terasa dibakar sesaat. Jangan takut sebab benda ni tidak menyakitkan. Kesan drp pertama kali buat je memang nampak 'cantik' dah..n beautician tu kata nnt 50% hair tu akan hilang n perlukan lagi beberapa kali rawatan. Kos bagi rawatan berbeza2 mengikut tempat.

p/s:Kaedah ni paling efektif, xde kesan sampingan cuma duit kat bank je nnt susut banyak..percayalah..hehe

2. Klinik kulit.

Dulu masa aku g klinik kulit nak rawat wartz (Warts are small, usually painless growths on the skin caused by a virus called human papillomavirus (HPV). They are generally harmless. However, warts can be disfiguring and embarrassing, and occasionally they itch or hurt) yang tumbuh kat kaki dorang gunakan laser. Lagipun masa tu yang aku nampak pun ada dua mesin je. Lagi satu mesin xtau apa.

Bagi menangani masalah hair ni juga Doktor akan gunakan kaedah laser. Kaedah ni memang menyakitkan huhu percayalah kat aku sebab bila dia dah inject ubat pelali 2 kali pun aku tetap rasa sakit. Mungkin juga sebab wartz tu sendiri yang dh mmg sakit. Tapi nak cantik punya pasal memang ramai aku rasa yang sanggup..cucuk lemak/ botox kat pipi pun aku tak sanggup tengok,nak buat mmg xperlu lagi sebab masih tegang..hahaha.

Kesan bila dah buat ni daripada sumber yang aku baca dia kata kulit akan kering. Tapi memang pun..sbb lepas aku wat laser hari tu dia makan masa untuk kulit tu sembuh, dan perlu sapu krim yang doktor bagi selepas tu.

Jadi pikir2kanlah..hehe. Keputusan di tangan anda semua :)
Selamat mencuba

p/s: Ingat nnt masa checkup yg ketiga next week, nk tanya doktor kos bg rawatan ni...tanya je nak buat takut. sy penakut orangnya...





Sunday, October 9, 2011

untuk dijual...blouse wanita

Salam 1 Malaysia

Kat sini ada 2 pasang baju blouse untuk dijual pada sesiapa yang berminat. Lama dah aku simpan baju ni...jahit sendiri..masih baru...belum pernah dipakai (sarung untuk dimodelkan je pernah).

Satu warna hijau dan satu lagi warna biru. Kain dari material polyster..lengan 3 suku, bahu 14',...bukaan ketiak besar..sesuai untuk mereka yang bersaiz S atau M.

Dibahagian leher bole ikat ribbon......


Kalau ada sesiapa yang berminat untuk buat tempahan (custom made) mengikut saiz badan korang pun boleh...

Harga sepasang baju ni RM38 termasuk kos penghantaran...harga ni special utk pembaca blog misdalila je sebab kat dalam fb harga lebih mahal skit...hehe....

Kalo korang nak beli dua2 pun amat digalakkan...akan bagi special price punya...

Berminat bole tinggalkan komen di blog ni atau hantar mesej ke 013-6115345 (dee). TQ

Dalam masa 2 minggu nnt kalo masih xde pembeli aku dah pikir untuk pakai sendiri jelah..hahaha

Saturday, October 8, 2011

Kuat

Salam..

Hari ni baru terasa nak menulis.
Lama membawa diri..duduk bermurung seorang dikampung.

Tinggal lagi 2 minggu je untuk majlis konvo. Akhirnya aku dapat menghembuskan nafas lega bila dapat tunaikan hasrat ayah aku untuk aku dapat ijazah sarjana. Tapi entah kenapa aku tak gembira, tak excited sama seperti masa dapat ijazah pertama dulu. Lebih kepada perasaan sedih sebabnya mak dan ayah tidak boleh datang bersama nanti, kekasih pula dah jadi bekas kekasih. Janji2nya hanya tinggal janji je sekarang. Susah nak terima hakikat tu sebenarnya..kerana tempoh perkenalan yang lama. 3 tahun. Bukan senang sebenarnya waktu tu untuk aku buka hati untuk terima kehadiran seseorang kerana dalam masa sama aku ada menyimpan perasaan menyukai seseorang. Kalo tahu akan jadi macam ni lebih baik solo je dari dulu.

Dah 3 bulan dah aku berpisah dengan mr.bobby. 3 bulan juga aku menderita penyakit kulit. Perasaan sedih sangat sampai kadang2 rasa nak giveup dan rasa taknak buat apa-apa sebab risau sampai bila penyakit ni nak sembuh. Mula-mula aku ingatkan bintik2 merah yang tumbuh disebabkan alahan pada persekitaran tapi lama2 baru aku sedar bintik2 merah ni akan terasa gatal sebaik saja aku makan makanan seperti seafood, kacang2. Sekarang aku kena pantang dan jaga pemakanan.

Esok aku kena pergi ke klinik kulit di kluang. Klinik pishus. Buat checkup untuk kali ke 2. Doktor nasihatkan aku jangan makan seafood macam udang, sotong..makanan dalam tin, fast food, maggi, kacang tanah. Ayam dr. kata bole makan bila kita beli dan masak sendiri kat rumah tapi bila aku makan terus bintik2 gatal tumbuh. Sekarang dah naik ke leher dan telinga. Tak begitu banyak berbanding dibahu kiri dan kanan. Doktor ada bagi ubat sapu, sabun, ubat alahan dan antibiotik untuk kurangkan gatal2. Bila kita dah tua ni enzim dalam badan mula berubah..macam2 pula jadi..hehe. Nak makan makanan favourite pn dah susah sekarang tapi kadang aku bedal jugak..hahah. Apapun sekarang aku kena terus kuat..bagi sikit je tu dugaan yang tuhan bagi.kannnn

p/s: alamat klinik kulit di Kluang No. 106 Jln Mersing, 86000 Kluang. (terletak berhadapan dengan UTHM Kluang.) Manakala klinik kulit yang aku tau kat Melaka terletak di Batu Berendam. Sebelum Cimb.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...