Thursday, May 19, 2011

SiBunting kembali

Sibunting yang aku maksudkan adalah mak kucing yang dulunya pernah datang ke rumah ini.

Buat kali keduanya mak kucing ni datang kerumah hanya bila masa perut dia dah sarat mengandung bunting. Setiap kali datang pastinya nak minta makan..nak dibidankan belum masanya lagi.

Post yang sebelum ni aku dah ada cite pasal kucing ni dgn 4 ekor anaknya, malangnya hanya 2 ekor je yang hidup itupun dah blah dari rumah ni (perangai sebijik mak dia-bila dah lepas beranak pergi macam tu je even bila kitorang panggil pun dah xtoleh2 dah). Jadi kronologi kucing ni: makan-beranak-jaga anak sebulan-tinggalkan anak kucing kat manusia-blah-lepas setahun kembali-makan-beranak dan seterusnya repeat balik...ok

p/s:yang hairannya sikucing ni boleh pulak ingat rumah ni, padahal dah takpernah nampak dah sebelum2 ni....

Mula-mula memang dah xnak terima n xnak bagi makan dah kat kucing ni, tapi bila tengok perut dia yang makin membujur macam nak meletop kesianla pula. Adik aku kata "Kak, ko jangan bagi makan kat kucing tu..melampau, dia ingat rumah kita ni JKM ke..." *Jabatan Kebajikan Masyarakat kita tukar ke Jabatan Kuberi Makan..hehe.

So sekarang ni setiap hari kucing ni akan buat lawatan rasmi kerumah, cuma malam dia g tidur kat rumah atuk jiran sebelah rumah. Harap-harap kucing ni tak beranak kat rumah ni...sebab mak kucing ni nanti dia biarkan je anak dia. Bagi makan boleh tapi branak sila ke rumah sbelah ye haha..itupun nasib baik Faris dah belikan makanan kucing banyak2 sebab aku dah xberminat nak belikan ikan n rebus macam masa dia pregnant 1st time aritu huhu. Sebabnya aku dah ada hobi baru pulak...hobi bertani haha minta2 menjadi.

Biji benih beli dari jenama biji benih serbajadi kalau anak benih tak hidup2 dalam masa beberapa hari ni baik ko tukar nama jadi biji benih xlehjadi. hihi

Setakat ni baru tanam daun bawang, daun ketumbar, pokok cili, pokok bendi (lady's finger) dengan buah tembikai...yang baru nampak hasil daun bawang sebab memang senang nak hidup, ambik bawang then tanam je hehe..pandaiii.

Projek akan datang nak cuba tanam kacang panjang pulak...haha..
Bila kebun i dah segar bugar nanti baru diupload gambarnya deh..

p/s: hobi menjahit blouse terhenti seketika tapi dah jadi 3 blouse jangan tak tahu maw..hehe...
p/s: hobi tambahan suka tengok channel indonesia skrg pagi2 ada program dahsyat di RCTI...SCTV juga dah boleh dapat kat Simpang Renggam ni, tak macam masa kitorang mula-mula pindah dulu, nak dapatkan line celcom pun aku kena panjat katil 2 tingkat hoho. punya duk dlm hutan

3 comments:

  1. Kucing tu daya ingatan kuat..agaknya dia igt umah tu mcm hospital bersalin kot..hihihi
    psstt..Dah lama tak tgk RCTI dgn SCTV..kat Kl x dpt siaran tu..x bestnya.

    ReplyDelete
  2. uik majunya dia...kami kat sini pun berkebun gak..adah siap berkebun dalam umah..hahahaha...

    mana nya pic blouse..cer upload cer upload..hehehe..

    ReplyDelete
  3. giler banyak hobi....hahahahaha...

    insyaallah jadi petani moden+ penjaga haiwan yang berjaya + tailor yang famous = kamu memang org yg luar biasa...haha...

    p/s: check gmail.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...