Saturday, May 28, 2011

Dilema bau

Minda dan hidung hamba kini dilanda dilema selama seminggu lamanya. Pening..

Macam mana ni...

Nak bergerak ke pekan Simpang Renggam pun kena pikir dua ploh kali.
Padahal cuma ambik masa 10minit je dari rumah.

Nak pergi jauh ke bandaraya bersejarah Melaka minggu lepas lagilah langsunggggggg tak boleh...minggu depan jua tak pasti samada kesampaian atau tidak jejakkan kaki ke Melaka.

Bau busuk sungguh menikam2 di tekak, hidung dan kepala...Sesungguhnya beta benci pada kamu wahai cicak......

Bau bangkai cicak tak hilang-hilang pun sampai ke hari ni wahai Mawaddah...apa hamba nak buat. huahua...
Satu kereta bole bau..belum masuk dalam kete pun dah ada aura dia...huhu. Ku cari dimana-mana punca najis itu tak kujumpa jua..

Kalau jumpa supervisor hamba Mr.Mj nanti kirim salam jela kat dia yerk...huhu..

p/s: benci cicak..lipas..tikus..semut....semua ni susah nak dihapuskan....

Thursday, May 26, 2011

Blouseku

Cik kiah, post bahagian atas ni khusus buat cik kiah..hehe

Inilah blouseku buatanku..

alamak kabur nye.. tp memang sengaja..he2


ni gmbar zoom...gaya ala2 model untuk fashion Zara...hakahakhaktuih..hehe

Kain japanese cotton, yang saki baki daripada kain untuk buat baju kurung siPikachu ada lebih.
Jadi kain yang lebih2 jangan dibazirkan begitu saja, baik diguna pakai untuk dijadikan pakaian..hehe.
Tahap jahitan masih banyak perlu dibaiki, tak tertanding jahitan cik kiah yang halus buatannya..hehe.

Suka pattern blouse ni sebab efek dia boleh menampakkan badan kita lebih tinggi, betul tak...
p/s: cukuplah letak sejenis je..lagi 2 blouse rahsia


Gambar burung ni plak untuk cik maw...gadis yang sukakan  alam flora n fauna
Gambar ni Faris yang tangkap kat depan rumah. Burung sekarang dah pandai...pilih port untuk mengeramkan telur dia kat rumah batu sekarang ni..zaman millenium, tak main dah atas pokok. Terlindung dari panas dan hujan kan... Habis tiang depan rumah banyak n@j!s burung..see..

Dalam gambar tu ada 2 ekor anak burung..masih belum boleh terbang. Tapi sekarang ni sekor dah boleh terbang.



Ni mangsa kami yang terbaru tapi esok mungkin dia dah tak ada kalo dah boleh terbang jauhhhh..

"Gebus kannn iiiii uols, kakak i lagi gebuss tapi dia dah terbang ngan mama iiiii..jangan tenung iii lama2 tau"

Dulu arwah atuk memang suka bela burung..atuk pun pandai jerat burung jadi kadang2 bila time balik kampung bolehlah makan burung. Kalau tak dibuat makanan ada yang dibela, siap ada rumah burung warna putih depan rumah tapi sekarang dah takde. Tu sume cerita dulu...

p/s:rindu kampung sabak bernam tapi sekarang dah takde pape harapan dah...

Thursday, May 19, 2011

SiBunting kembali

Sibunting yang aku maksudkan adalah mak kucing yang dulunya pernah datang ke rumah ini.

Buat kali keduanya mak kucing ni datang kerumah hanya bila masa perut dia dah sarat mengandung bunting. Setiap kali datang pastinya nak minta makan..nak dibidankan belum masanya lagi.

Post yang sebelum ni aku dah ada cite pasal kucing ni dgn 4 ekor anaknya, malangnya hanya 2 ekor je yang hidup itupun dah blah dari rumah ni (perangai sebijik mak dia-bila dah lepas beranak pergi macam tu je even bila kitorang panggil pun dah xtoleh2 dah). Jadi kronologi kucing ni: makan-beranak-jaga anak sebulan-tinggalkan anak kucing kat manusia-blah-lepas setahun kembali-makan-beranak dan seterusnya repeat balik...ok

p/s:yang hairannya sikucing ni boleh pulak ingat rumah ni, padahal dah takpernah nampak dah sebelum2 ni....

Mula-mula memang dah xnak terima n xnak bagi makan dah kat kucing ni, tapi bila tengok perut dia yang makin membujur macam nak meletop kesianla pula. Adik aku kata "Kak, ko jangan bagi makan kat kucing tu..melampau, dia ingat rumah kita ni JKM ke..." *Jabatan Kebajikan Masyarakat kita tukar ke Jabatan Kuberi Makan..hehe.

So sekarang ni setiap hari kucing ni akan buat lawatan rasmi kerumah, cuma malam dia g tidur kat rumah atuk jiran sebelah rumah. Harap-harap kucing ni tak beranak kat rumah ni...sebab mak kucing ni nanti dia biarkan je anak dia. Bagi makan boleh tapi branak sila ke rumah sbelah ye haha..itupun nasib baik Faris dah belikan makanan kucing banyak2 sebab aku dah xberminat nak belikan ikan n rebus macam masa dia pregnant 1st time aritu huhu. Sebabnya aku dah ada hobi baru pulak...hobi bertani haha minta2 menjadi.

Biji benih beli dari jenama biji benih serbajadi kalau anak benih tak hidup2 dalam masa beberapa hari ni baik ko tukar nama jadi biji benih xlehjadi. hihi

Setakat ni baru tanam daun bawang, daun ketumbar, pokok cili, pokok bendi (lady's finger) dengan buah tembikai...yang baru nampak hasil daun bawang sebab memang senang nak hidup, ambik bawang then tanam je hehe..pandaiii.

Projek akan datang nak cuba tanam kacang panjang pulak...haha..
Bila kebun i dah segar bugar nanti baru diupload gambarnya deh..

p/s: hobi menjahit blouse terhenti seketika tapi dah jadi 3 blouse jangan tak tahu maw..hehe...
p/s: hobi tambahan suka tengok channel indonesia skrg pagi2 ada program dahsyat di RCTI...SCTV juga dah boleh dapat kat Simpang Renggam ni, tak macam masa kitorang mula-mula pindah dulu, nak dapatkan line celcom pun aku kena panjat katil 2 tingkat hoho. punya duk dlm hutan

Wednesday, May 11, 2011

Salam kembali

Dah lama tidak menaip seperti selalu.

Jadi salam kembali aku ucapkan kat aku sendiri. Bukan sebab bizi sangat pun sampai takde masa menaip. Nak kata career woman idaklah lagi. Sekarang 24jam jadi suri rumah banglo...haha. Job pertama kat Penang hanya bertahan selama dua bulan gara-gara aku yang tak pandai pilih company. Tapi takpe yang penting pengalaman ditimba dan padah dicari..haha.. Jadi hambek kau kena drive sendiri dari Penang ke Johor straight 8jam.

Nasib baik kancil yang tak penah berjalan sejauh-jauhnya takde wat perangai. Aku risaulah gak kalau dibuatnya enjin meragam mau aku duk termenung macam orang gila nanti. Tapi memang pakcik kancil tak pernah buat hal walaupun umurnya dah tua. Alhamdulillah...

So sekarang aku dalam dilema ni...mood untuk kembali bekerja macam tak datang2 walaupun sebenarnya takde pun job yang datang...huhu sian kat iiiiii

Mood yang ada sekarang ni hanya untuk menjahit sewing dan menjahit..and u know what..  i found satu buku jepun for dress making. Jumpa kat rak buku kat rumah je. hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...