Tuesday, March 15, 2011

Bukit bendera

Cuti sekolah n ramai mak ayah nak bawak anak2 mereka ke bukit bendera, tetapi disini diumumkan bahawasanya bukit bendera masih belum dibuka. Almaklum..

kecewa pergi ahad lepas tp guard kata tak siap g...huhu

Tempat lain di penang yang masih boleh anda lawati ialah:

1)Tropical spice garden- RM10(A)
2)Toy museum- RM10(A)
3)Taman rama-rama - belum pergi lagi (next time)
4)Masjid terapung di Tanjung bungah

Thursday, March 10, 2011

Tempat baru

Gembira ada kerja, tapi duka berjauhan dari keluarga : itu yang aku boleh kata sekarang ni. Sampaikan nak update blog pun takde mood. hehe

Disebabkan esok kilang shutdown n weekend ni family datang penang jadi aku bersemangatla nak cerita hehehe. Baru kerja kat penang sebulan tapi family dah datang ziarah aku. Nak harap aku balik Johor memang tak mampulah sekarang ni. Tak mampu dari segi waktu.....

Nak cerita pasal tempat kerja baru dulu; walaupun aku dah kerja tapi aku still rasa macam aku ni student lagi. why?

1) Bidang yang sama
Makna kata masa belajar dulu aku kena design antenna, sekarang jua sama...
2)Beku
Hari-hari aku beku duk dalam department rnd ni...masa awal2 kerja dulu taklah sejuk macam duk dalam peti ais. (xsuka sejuk2 sebab aku mudah dpt selsema)
3)Research
Hari-hari jua xjemu duk depan pc utk buat research

Mungkin masa awal2 ni je aku rasa macam tu, lepas ni tak tahulah sebab kerja pun dah banyak. Walaupun macam tu keseluruhannya hidup aku mengalami perubahan.

Tempat tinggal berubah maka roomate pun berubah. Dulu duduk rumah teres setingkat sekarang duduk kat d'piazza yang berbelas tingkat. Nasib baik tingkat tengah. Tu pun aku payah nak angkut barang bila balik dari shopping. Pening je tak cukup tangan nak angkut barang. Roomate pulak orang kedah, dulu orang ganu. Lidah ganu aku nak kena tune ke arah kedah pulak pasni. Agak jenuh gak awal2 ni nak paham apa orang kedah duk habaq...hehe

Tempat kerja dah baru bos pun mestilah baru kan. dan..yang paling seronoknya bila dapat tahu bos tak paham bahasa melayu. Bila aku cakap bahasa melayu dia blur jer..rupa rupanya orang singapore...gaji dia pulak ikut harga org sana..puluh ribu maaa. Tapi duit banyak pun jangan ingat dorang senang hati, susah ma nak tengok dia senyum..aku yang stress!

Kat sini tempat untuk habiskan duit pun senang je. Kalau dulu nak shopping atau g makan2 tempat sedap macam pizza hut, kfc, mcD ambik masa 10, 20 minit sekarang 2 minit je!!! Bangunan selang sebuah je. Memang aku tak silap pilih tempat kat bayan baru ni...duit gaji memang sentiasa ditahap bahaya.

Banyak lagi nak cerita n tapi next timela.
Tengah pikir nak bawak family g tempat menarik kat penang. Tapi xyah pikir sangatttt sebab peta pun dah beli.ahaks

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...