Wednesday, January 12, 2011

Pos

Hari ni baru berkesempatan nak pergi pejabat pos.

Semua sekali ada LAPAN bungkusan.
Rekod paling banyak setakat ni.
Rekod bayaran pun paling mahal setakat ni. Total RM54.00. Semua guna pos laju.
Biar customer semua puas hati dan beli lagi..ekekeke.

Paling minimum biasanya RM5.67 harga satu parcel yang kurang dari 500gram.
Abang pejabat pos tu terkejut bila aku sebut ada lapan bungkusan..
sebab dalam tangan aku dia nampak ada tiga je. So dia ingat ada 3. hehehe.

Semua bungkusan aku balut guna kertas minyak disebabkan pejabat pos Durian Tunggal takde sediakan plastik pos laju.
Pejabat pos Simpang Renggam ada je plastik pos laju walaupun sistem pernomboran belum diperkenalkan sepertimana durian tunggal.
Takperlu dah nak beratur panjang2 kat pos Durian Tunggal ni..bole duduk..rileks.

Hari ni juga ada satu customer yang baru nak ambil bungkusan dia dekat Pejabat pos Larkin.
Sepatutnya selamat hantar ke rumah minggu lepas dah tapi disebabkan kesengalan aku yang hari tu kelam kabut nak isi borang pos laju, teruss aku salah alamat dah.

Next time akan lebih hati-hati masa rekod alamat. Kesian dekat customer. Minta maaf bebanyak.. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...