Monday, November 15, 2010

Posto

Sila baca ikut gaya Nabil raja lawak..

Akibat minat berbisnes dan gedik nak mengimport barang kini Dalila ditambah masalah bagaimana nak mengeksport barang pula...ok enough. Serius pula

Nak dimulakan cerita, aku dapat email semalam dari dua orang 'putih'...putihh sangat . Dua-dua bertanyakan beg sling warna hitam yang aku pos kat mudah.my. Tak tahulah pula aku kan ada mat saleh minat beg2 yang aku pos tu. Beg biasa2 je. Bukan yang ada jenama LV ke Guess ke or Prada ke. Lagipun aku ingatkan orang Malaysia je yang tengok mudah...tapi dah nama pun internet kan..jadi siapa2 pun bole tengok. (Abis tu dah bahasa yang ko guna kat mudah untuk jual barang guna bahasa orang putih jadi sampailah ke depan kaca mata orang putih. Next time kita guna bahasa jawa pula ok)

Orang yang emel aku tu sorang nama dia Pulis dari Scotland. Yang ni aku dah reject awal2 dah order dia (sebab dah tahu dari Scotland)

Sorang lagi nama dia Dr. Sarah. Jua dari Scotland. Tadi dia baru reply msg aku

Dia nak beli beg untuk anak dia kat Nigeria dan mintak aku kira jumlah kos penghantaran semua sekali untuk hantar kat Nigeria.

Permintaan yang macam ni terasa amat sukar untuk aku tolak..hahaha. Sekarang tengah pening nak kira yang ni tapi masalah utama aku...huhu.

Mana satu nak pilih kompeni penghantaran yang murah.... City-Link / DPEX / EMS / UPS / DHL / 4PX?

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...