Sunday, November 28, 2010

Cun

Koleksi Beg yang cun-cun untuk bulan Disember.
cantik, tak percaya boleh kunjungi link: facebook d'Rainbow Closet


Monday, November 15, 2010

Scam

Ms Pulis entahke Mr Pulis aku pun tak tahulah
tapi semalam aku dah reply email dia kata yang aku xdeliver brg keluar dari Malaysia.

Tup2 dia email kata yang aku ni setuju. (Ko ni tak paham bahasa inggeris kot,kang aku cakap bahasa jawa baru tau). Dia siap mintak detail2 akaun peribadi n semua2. Ni dah sah2 SCAM.

Sekarang kesimpulannya bila kita wat iklan kat Mudah dan ada org poteh suh hantar barang ke Nigeria. JANGAN Layan.

Yang mengukuhkan lagi fakta sebab aku dpt 2 email yg suh htr ke Nigeria. Takkan dalam banyak2 negara kat dunia ni anak2 diorang dihantar kat Nigeria Afrika? Tak Logikkan.

Malam tadi pun lepas aku pos entri posto, my lovely Mawaddah terus komen kata yang benda tu tipu. Thank you Maw..

Posto

Sila baca ikut gaya Nabil raja lawak..

Akibat minat berbisnes dan gedik nak mengimport barang kini Dalila ditambah masalah bagaimana nak mengeksport barang pula...ok enough. Serius pula

Nak dimulakan cerita, aku dapat email semalam dari dua orang 'putih'...putihh sangat . Dua-dua bertanyakan beg sling warna hitam yang aku pos kat mudah.my. Tak tahulah pula aku kan ada mat saleh minat beg2 yang aku pos tu. Beg biasa2 je. Bukan yang ada jenama LV ke Guess ke or Prada ke. Lagipun aku ingatkan orang Malaysia je yang tengok mudah...tapi dah nama pun internet kan..jadi siapa2 pun bole tengok. (Abis tu dah bahasa yang ko guna kat mudah untuk jual barang guna bahasa orang putih jadi sampailah ke depan kaca mata orang putih. Next time kita guna bahasa jawa pula ok)

Orang yang emel aku tu sorang nama dia Pulis dari Scotland. Yang ni aku dah reject awal2 dah order dia (sebab dah tahu dari Scotland)

Sorang lagi nama dia Dr. Sarah. Jua dari Scotland. Tadi dia baru reply msg aku

Dia nak beli beg untuk anak dia kat Nigeria dan mintak aku kira jumlah kos penghantaran semua sekali untuk hantar kat Nigeria.

Permintaan yang macam ni terasa amat sukar untuk aku tolak..hahaha. Sekarang tengah pening nak kira yang ni tapi masalah utama aku...huhu.

Mana satu nak pilih kompeni penghantaran yang murah.... City-Link / DPEX / EMS / UPS / DHL / 4PX?

Friday, November 12, 2010

Vintage handbag B 8038

In Stock!!

B 8038 -Brown Available

B 8038  -Dark Brown

H 22cm x L 24cm x W 9cm
Sling Bag with adjustable belting
RM49

To order Msg 013-6115345 Anytime........

Thursday, November 11, 2010

Dress

 Baru balik dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berjumpa dengan customer. Thank you kak Suriana.
Satu dress dah terjual hari ni. Bagi COD je, senang dan cepat. Lagipun area Ayer Keroh, Melaka dekat je dengan Durian Tunggal.

Kak Suriana pilih dress warna pink. Jadi sekarang tinggal lagi 2 dress. Pink n purple.
Yang kelakarnya aku boleh sesat nak cari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Mula2 tu aku tunggu kat Dewan Seri Negeri, kol2 kak Suriana rupanya dia kerja kat KHDN. Konfius kejap KHDN n Dewan seri Negeri...hehe..

Dalam pada tunggu tu ada mamat askar ni tanya direction JPN jadi aku tunjuklah kat depan dewan seri Negeri tu...lagipun situ tempat aku buat pasport dulu. Rupanya tempat situ jugalah aku patut jumpa dengan kak Suriana.

Sengal tul aku ni dah duduk Melaka lama2 pun bole taktau..tapi memang bab2 terima n bagi arahan tunjuk jalan aku lemah betul. Nak cari rumah area taman pun aku boleh sesat padahal dah banyak kali pergi. Tu sebabnya aku suka duk kat kampung...hehe

Wednesday, November 10, 2010

Oh..aku jealous

Bestnya hidup aku kalo ada orang nak bagi BlackBerry FREE kat aku..Tadah tangan seluas-luasnya lah. hehe, berangan tak sudah-sudah.

Dapat Nokia E72 pun kira best juga. Hari ni, satu hari aku asyik ngecek (membodek) cheBob suruh beli handphone baru. Memang dah survey2 harga dia sekali hari ni kat Mahkota Parade. Nokia E72 yang original harga dalam seribu seratus manakala yang BlackBerry latest siap ngan 3G pula seribu lapan ratus. Bukan aku yang beriya-iya nak beli tapi cheBob tapi kalau boleh aku nak sekali.hehe Namun hasrat ditangguhkan. End up pergi makan kat Seoul Garden, baru mulut aku ni senyap sikit bila dah sumbat makanan kalo tak asyik mtk hp jerk.hehe

Balik rumah pula tengok blog si Hamzah cerita pasal dia menang BlackBerry...OHhhhhhhh..jealous ok!hehe
Perkataan BlackBerry lagi aku dengar..

Ni link En. Mohd Faez Bin Mat Rudin
http://www.terbangtinggitinggi.com/2010/10/i-love-celcom-i-love-torch.html
Tahniah En. Hamzah (Nama manja beliau)..beliau yang kata.

Tuesday, November 9, 2010

Black jacket






Pre-order Jacket
Item no: 2938

RM55 exc. postage

Monday, November 8, 2010

New dress...Fast grabs.RM38 only

pink and purple colour available

ORDER;
SILA PM SAYA @ MSJ 013-6115345
ANYTIME...tq

Monday, November 1, 2010

d'Rainbow

Lama betul rasa tak update blog misdalila ni, sebab hari2 asyik bagi tumpuan pada d'Rainbow.
Seperti dianak tirikan.

dan Alhamdulillah, semenjak perasmian d'rainbow closet sambutan yang diterima amat menggalakan. Tempahan untuk batch kedua pun telah dibuat. (Bila Van Kanggaro nak sampai hantar beg baru ni..)
Seperti pisang goreng panas....

Aku pulak? Semenjak datang kat puncak alam ni kerjanya asyik makan tido makan tido je. Adik aku nanad nak makan itu ini aku masakkan...pengat pisanglah,siput sedut masak lemak,asam pedas pari..next menu yang telah dirancang Ikan siakap masak stim!
Seperti badan yang dipam2....

bayangkan malam tadi makan nasi dengan Nanad n Ina pukul 1.30pagi..gilorrrr..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...