Saturday, October 23, 2010

Tak mengenang budi...atau ikan yang dicari

Nak tahu tak apa jadi kat kucing yang kurang asam tu?
.
.
.

Minggu lepas masa sampai je kat depan rumah simpang renggam terus dalam kepala ni terpikir kucing. Mana kucing kurang asam tu, sebab tiap-tiap kali aku balik rumah memang kucing tu yang sambut. Nak pergi ke melaka semula pun memang dia hantar sekali, nak dapat ikut jauh sekali.

Tapi sekarang tiada lagi...banyak yang tiada. Tiba-tiba aku jadi rindu pulak bunyi mengeow dia. Hari tuh aku ada cerita yang aku nak sangat buang dia kan.

Belum sempat nak dibuang, macam kucing tu sampah pulakkan.
Belum sempat aku nak tempatkan ke kawasan elit (restoran) "kau" dah lari dulu ek...Pandai ek...Macam tahu-tahu je kucing ni

Adik-adik aku bukan nak cerita kat kakak dia ni, kucing dah lari ke, mak dah lari ke yang ni memang aku nanti-nantikan dari dulu lagi tapi kenapa dia tak pergi-pergi ish...tu baru aku tak balik rumah simpang 2 minggu tapi tu pun tak cukup 2 minggu kot, dah macam-macam jadi.

Bila dah dapat tahu aku apa lagi...soal siasat pun bermula. Aku bab-bab buat research ni memang suka. Suka giler ar...cuma research projek meander line je berat banyak sikit.

Mula-mula sekali aku tanya "Nawi, kucing bagi makan tak?"...jawapan: Bagi
second question "Tak bagi makan ikan ek"....jawapan: tak
Jawapan haruslah kemas dan padat. Hanya sepatah sahaja tak perlu panjang-panjang sebab memang aku dah jangka pun.

At least tak payahlah aku nak susah payah pergi hantar dia jauh-jauh kan? Lepas ni memang takde problem seperti pencemaran bunyi, pencemaran bau...dan pembaziran masa. Kucing ni kalau makan bukan nak sekali makan. Kalah manusia, sikit-sikit dia nak makan, asal mengieow aku sumbat makan..berapa puluh kali satu hari entah. Membohonglah tu kan..hehe

Kesimpulannya..haha..macam buat tesis pulak. Suruh buat tesis malas!.
Kucing kurang asam ni tak mengenang budi ke, tak dapat makan ikan ke, menurun sifat mak dia ke, apa-apa ke tak kisah janji dunia aku aman...hahaha.

p/s:Teka ada berapa perkataan "kucing"
Jawapan sepuluh..cukup untuk bulan sepuluh ni

1 comment:

  1. wat tesis...wat tesis...

    bukan suh wat research pasal kucing...hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...