Friday, October 8, 2010

Rasa

Dah dapat merasa Hot pepper SCMcDeluxe tengah hari tadi.

Punyalah berbelah bagi nak makan kat mana tengah hari tadi, nak makan seoul garden ke or McD ke or KFC...akhirnya aku menang...hehe. Jenuh ajak bobby g makan mcD. Entah apsal pulak mamat tu taknak makan mcD hari ni, kalau sebelum ni bila aku ajak dia nak je. Bab2 makan memang tak pernah tolak punya, tak padan dengan perut yang dah wat operation.

Aku bukan peminat SCMD tapi kalo makanan baru mcD je mesti aku nak rasa.hehe.

Janji Bobby belanja, tu yang membuatkan kenikmatan makanan masuk ke tekak berkali2 ganda nikmatnya. Kalau GCB yang sebelum ni agak basah2 tapi yang ni pulak lain sikit. Daging ayam ni betul2 garing n pedas..rasa macam sate pun ada sebab macam ada rasa rempah2.

Sebelum pegi makan kat McD tu aku pergi kat kawasan main stage MP dimana ada booth vitagen kat situ.  Aku boring lagipun, nak shopping dah tak mampu dah nak shopping apa...jadi aku layankan je promoter vitagen ni.

Kat situ kita akan diberi penerangan tentang bagaimana sistem penghadaman manusia bermula dari makanan masuk ke mulut sampailah jadi tahi. Opss..jangan ada sesiapa pulak yg tengah mkn sambil baca. Nasib lah korang..

Tapi memang serius seronok sebab aku takde ambil biologi jadi macam2 perkataan baru dapat.

Sampaikan tahi ada 4 jenis pun dorang siap ajar lagi. Yang elok punya dia lembut2 je tapi kalau cair sangat and warna kuning tu tandanya kita terkena keracunan makanan dan perlu berjumpa doktor dengan segera. Jadi hati2 dengan makanan yang korang ambil.

Tadi semua skali ada 4 cikgu vitagen yang mengajar, start dari mulut, perut, usus kecil dan last skali usus besar.

Selesai tempoh pembelajaran yang penuh dengan lukisan yang berwarna warni macam kembali ke tadika, kita akan diuji pulak dengan soalan2 kuiz. Ada 5 soalan kuiz...kat sini aku nak bocorkan soalan dia..he2
sebabnya aku dapat jawap kelima2 jawapan sekaligus. Hadiahnya?...dapat melegakan tekak aku yang haus ketika tu.heh2.

Soalan pertama
Sistem penghadaman kita bermula dari apa? Fikir2..apa jawapan dia..
Mulut?
Perut?

Soalan kedua
Apa yang membantu sistem penghadaman semasa makanan masuk kemulut?

Soalan ketiga
Berapa panjang sistem usus kecil bagi orang dewasa?
55 kaki
1   kaki
22 kaki

Soalan keempat...alamak lupa pulak..sorry..hehe

Soalan kelima
Berapa banyak bakteria jahat yang boleh ada dalam usus besar kita?

ermm...soalan last ni yang aku ambil masa yang lama nak jawap..hentam je jawap tapi betul.heh

2 comments:

  1. Salam bertandang lagi..
    moga sihat selalu orang
    di sini..di berkati Allah
    jua hendaknya..

    ReplyDelete
  2. aka best la dapat makan MCD..pergh..
    sangat sedap..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...