Tuesday, October 12, 2010

Geni

Dulu masa sekolah rendah, korang ingat tak korang kena buat susur jalur sahsiah keluarga korang. Mula dari nama atuk dan nenek...nama adik beradik ayah, nama adik beradik mak...termasuklah nama adik beradik korang. Nak-nak kalau pakcik makcik korang ramai, kan ke jenuh nak buat kerja sekolah.

Sampai ke hari ni pun rupanya budak-budak sekolah kena buat. Sebabnya adik aku si Farhan kena buat kerja sekolah ni. Kalau tanya mak dia memang confirm malas nak layang lah kan (bahasa terengganu...malah layang!..haha). Aku je yang baik hati..kakak mithali ...hehe(angka bakul sendiri) kena lah tolong adik aku buat kerja sekolah.

Kalau adik beradik sikit memang senanglah nak buat kerja ni. TAPI...kalo adik beradik ramai? Bayangkan adik beradik ayah aku je dah ada 9 orang, adik beradik mak aku pulak 11 orang. Mana nak ingat nama tiap-tiap orang kan. Tu belum masuk tarikh lahir lagi, duk kat mana, kerja kat mana..macam2 lah nak tahu...ahli jkkk katakan..hehe.

Memperkenalkan..chewah..GENI. Kalau Facebook, Myspace dengan Friendster korang add kawan-kawan kan..tapi Geni pulak korang add kaum kerabat korang. Memang senang nak tahu susur jalur keluarga..nak mengumpat n jaga tepi kain pun senang. Ada keburukan dan kebaikanya sama macam Facebook.

Tapi dari susur jalur ni lah nanti ia akan berkembang- dan terus berkembang sampai ke anak cucu. Dan manalah tahu kan..manalah tau..diulang sekali lagi, korang rupa-rupanya ada bau2 bacang denga artis atau kaum kerabat di raja..(dalila, stop daydreaming! haha).

Macam nilah rupanya bentuk flow chart keluarga aku...dapat ambik separuh je sebab besar sangat. Tapi sekarang baru ada 74 orang je. Ni baru belah ayah je...

p/s: nanti kalau nanad kawen boleh taruk nama anak pulak...cepat2 kawen..haha. Langkah bendul pun akak tak kisah. Janji dapat rantai emas!haha

1 comment:

  1. er.. bagus la wat pasal silsilah neh kak.. hehehe..
    bukan senang nak tau dari awal lagi garis keturunan kita.. :-)
    hebat2..:D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...