Tuesday, October 26, 2010

Macam-macam jadi

Aktiviti semalam:

1)Pagi-pagi kemas rumah, sapu,mop.jemur karpet.
2)Memasak
3)Berjumpa dengan ayahanda tengah2 hari untuk dapatkan elaun...huk2
4)Pulang dari ayer hitam ke simpang renggam telah menyebabkan kematian seekor menyet
aku langgar mati sekor monyet yang berani mati...
mula2 aku dah nampak dia nak lintas jalan tapi tak jadi,
pastu cubaan kali kedua monyet ni tanpa menoleh kiri or kanan menyebabkan aku langgar mati dia.
Bersalah kah aku?
5)Petang pergi klinik panel UTHM. Farhan n Aku demam.
Dari hari minggu lagi semua orang dah mula selsema, sakit tekak n batuk2. Termasuk nanad, aku n farhan
Yang tak bestnya klinik panel tu dah tanggung lagi kanak2 atas umur 21tahun walaupun mereka masih belajar.
Jadi aku n nanad dah out of the list, masing2 dah umur 22 dan 26 tahun...huhu..melayang duit semalam.
6)Balik dari klinik terus aku n nanad rush pulang ke Melaka dan Puncak Alam
7)Malam membuta sampai keesokan harinya..

p/s: Gembira stok beg dah sampai hari ni...tak sabar nak masukkan dalam http://drainbowcloset.blogspot.com

Monday, October 25, 2010

Vintage bag for grab

colour: black
1.Available

For more information and detail please go to http://drainbowcloset.blogspot.com

RM39

Saturday, October 23, 2010

Tak mengenang budi...atau ikan yang dicari

Nak tahu tak apa jadi kat kucing yang kurang asam tu?
.
.
.

Minggu lepas masa sampai je kat depan rumah simpang renggam terus dalam kepala ni terpikir kucing. Mana kucing kurang asam tu, sebab tiap-tiap kali aku balik rumah memang kucing tu yang sambut. Nak pergi ke melaka semula pun memang dia hantar sekali, nak dapat ikut jauh sekali.

Tapi sekarang tiada lagi...banyak yang tiada. Tiba-tiba aku jadi rindu pulak bunyi mengeow dia. Hari tuh aku ada cerita yang aku nak sangat buang dia kan.

Belum sempat nak dibuang, macam kucing tu sampah pulakkan.
Belum sempat aku nak tempatkan ke kawasan elit (restoran) "kau" dah lari dulu ek...Pandai ek...Macam tahu-tahu je kucing ni

Adik-adik aku bukan nak cerita kat kakak dia ni, kucing dah lari ke, mak dah lari ke yang ni memang aku nanti-nantikan dari dulu lagi tapi kenapa dia tak pergi-pergi ish...tu baru aku tak balik rumah simpang 2 minggu tapi tu pun tak cukup 2 minggu kot, dah macam-macam jadi.

Bila dah dapat tahu aku apa lagi...soal siasat pun bermula. Aku bab-bab buat research ni memang suka. Suka giler ar...cuma research projek meander line je berat banyak sikit.

Mula-mula sekali aku tanya "Nawi, kucing bagi makan tak?"...jawapan: Bagi
second question "Tak bagi makan ikan ek"....jawapan: tak
Jawapan haruslah kemas dan padat. Hanya sepatah sahaja tak perlu panjang-panjang sebab memang aku dah jangka pun.

At least tak payahlah aku nak susah payah pergi hantar dia jauh-jauh kan? Lepas ni memang takde problem seperti pencemaran bunyi, pencemaran bau...dan pembaziran masa. Kucing ni kalau makan bukan nak sekali makan. Kalah manusia, sikit-sikit dia nak makan, asal mengieow aku sumbat makan..berapa puluh kali satu hari entah. Membohonglah tu kan..hehe

Kesimpulannya..haha..macam buat tesis pulak. Suruh buat tesis malas!.
Kucing kurang asam ni tak mengenang budi ke, tak dapat makan ikan ke, menurun sifat mak dia ke, apa-apa ke tak kisah janji dunia aku aman...hahaha.

p/s:Teka ada berapa perkataan "kucing"
Jawapan sepuluh..cukup untuk bulan sepuluh ni

Thursday, October 14, 2010

tak dapat tido balik sok

Punca tak bole tido malam tadi ada lagi satu sebab. Adik-adik aku ditinggalkan begitu sahaja dirumah tanpa pengawasan orang dewasa macam aku nih. Patutlah takleh tdo. Aku pulak lupa nak telefon adik2 aku semalam, sebelum ni hari2 aku kol tanya buat apa kat rumah.

Tapi terima kasih pada yang concern..aku akan cuba sedaya upaya untuk habiskan master byresearch ni. Kalau bole siap tesis tahun ni juga.

Ermm..Hamzah..mana boleh minum ubat batuk kalau tak boleh tidur. Baik pegi baca buku..haha
.
.
Memandangkan diorang ditinggalkan sendirian sampai jumaat nanti...Jadi esok aku akan balik Johor...yahooo,....huhu.

Rindu nak jumpa adik2 aku, kucing yang kurang asam tu,
memang tak kenang budi punya kucing siaplah kau nanti aku balik rumah...

Sebelum balik rumah Johor aku nak langsaikan award dari Wadud...hehe..musim dapat award dah kembali

1. apa yang sedang bermain di fikiran anda sekarang ?

Of course lah kan dalam fikiran aku sekarang takde pikir lain dah..Pikir nak balik Simpang Renggam je esok. Study2 tolak tepi dulu..tolak kejapppppppppp jeeee. Memang kalo dah nama balik kampung, keje2 sekolah memang susah aku nak sentuh kalau dah kerja rumah macam2 nak kena buat. Tu belum kawen lagi tu, kalo dah kawen nanti tak tahulah macam mana nak handle sume. Semoga Allah permudahkan segala urusanku


2. apakah nama samaran anda ?
nama samaran dee, dila, ila n kekla (hanya farhan aizuddin yang panggil) walaupun dah hilang dia punya pelat tapi nama panggilan tu kekal sampai sekarang. Kakak Fiqah dia pulak dia panggil Kekka..hehe.


3. senaraikan 3 orang yang anda sayang

Muhammad S.A.W,  Ayah....tiada perkataan mom disitu almaklum


4. panggilan untuk si dia .

si dia nama bob jadi mesti panggil bobby, bulat, buntal, buncit, bacin..dan sesuai sangat dijadikan bantal dan kadang-kadang keluar perkataan babi sebab geram..yang ni memang dah tahap melampau..i'm so sorry bobby


5. hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa

Cukuplah kalau dapat kereta BMW m3..dan perlancongan ke Paris dan Japan tidak dilupakan ke Mekah. memang kompem xcari yang lain dah..haha.


6. belog mana yang paling suka visit ?

Semua dah tersenarai kat blog list


7. tag kepada 15 blogger anda

Anda yang tengah membaca! ya anda...silakan

Wednesday, October 13, 2010

Susah tido

Malam tadi susah sangat nak tido
Jeles tengok budak2 rumah sume sudah enak dibuai mimpi
Selalunya aku dulu yang dah masuk dalam mimpi
Sampaikan hari2 boleh mimpi yang sama...zamnnn it..
Golek sana golek sini sume xmenjadi
Pukul 6 pagi baru boleh masuk tido
then 6.50 terjaga utk solat subuh.
Punca tak boleh tido sudah dikenal pasti...
Maybe banyak sangat pikir 2 3 hari ni.
Dengan tesisnya lagi..
Baru chapter satu yang dah siap dibaiki..

Masih banyak lagi chapter yang menanti...



Tuesday, October 12, 2010

Geni

Dulu masa sekolah rendah, korang ingat tak korang kena buat susur jalur sahsiah keluarga korang. Mula dari nama atuk dan nenek...nama adik beradik ayah, nama adik beradik mak...termasuklah nama adik beradik korang. Nak-nak kalau pakcik makcik korang ramai, kan ke jenuh nak buat kerja sekolah.

Sampai ke hari ni pun rupanya budak-budak sekolah kena buat. Sebabnya adik aku si Farhan kena buat kerja sekolah ni. Kalau tanya mak dia memang confirm malas nak layang lah kan (bahasa terengganu...malah layang!..haha). Aku je yang baik hati..kakak mithali ...hehe(angka bakul sendiri) kena lah tolong adik aku buat kerja sekolah.

Kalau adik beradik sikit memang senanglah nak buat kerja ni. TAPI...kalo adik beradik ramai? Bayangkan adik beradik ayah aku je dah ada 9 orang, adik beradik mak aku pulak 11 orang. Mana nak ingat nama tiap-tiap orang kan. Tu belum masuk tarikh lahir lagi, duk kat mana, kerja kat mana..macam2 lah nak tahu...ahli jkkk katakan..hehe.

Memperkenalkan..chewah..GENI. Kalau Facebook, Myspace dengan Friendster korang add kawan-kawan kan..tapi Geni pulak korang add kaum kerabat korang. Memang senang nak tahu susur jalur keluarga..nak mengumpat n jaga tepi kain pun senang. Ada keburukan dan kebaikanya sama macam Facebook.

Tapi dari susur jalur ni lah nanti ia akan berkembang- dan terus berkembang sampai ke anak cucu. Dan manalah tahu kan..manalah tau..diulang sekali lagi, korang rupa-rupanya ada bau2 bacang denga artis atau kaum kerabat di raja..(dalila, stop daydreaming! haha).

Macam nilah rupanya bentuk flow chart keluarga aku...dapat ambik separuh je sebab besar sangat. Tapi sekarang baru ada 74 orang je. Ni baru belah ayah je...

p/s: nanti kalau nanad kawen boleh taruk nama anak pulak...cepat2 kawen..haha. Langkah bendul pun akak tak kisah. Janji dapat rantai emas!haha

Monday, October 11, 2010

Serap

Petang tadi macam biasa mesti tengok cerita chenta. Pukul 6 lagi aku dah bergegas balik dari lab, gara-gara member yang lain pun dah balik sebab nak tgk chenta. (Padahal memang dari kul 2 lagi aku dah gedik2 nak balik sebab pening kepala tapi tahan kan je)

Serap..
Perkara ni yang menarik perhatian ktrg satu rumah. Masa scene 2 bodyguard si chenta tengah borak-borak pasal chenta..ktrg satu rumah gelak bila dengar ayat

"Cik Chenta tu nampak tua sebab dia banyak berkawan dengan orang tua, orang tua pulak kalau berkawan dengan orang muda dia serap muda kita. Tu yang nampak muda tu"
.
.
.
Oooooo...ini macam barulah aku tahu sekarang sebab apa aku nampak tua.

Kalau sebelum-sebelum ni bila aku pergi jalan dengan adik aku siNanad mesti dorang ingat aku ni adik nanad walhal aku kakak sebenarnya.

Lain pulak halnya dengan sekarang...sudah terbalik...

Asal aku bawak Farhan pergi jalan2 or member aku nampak gambar aku dengan Farhan mesti dorang cakap yang Farhan ni anak aku.

.
.
.
Begitu juga kalau aku pergi jalan dengan Bobby. Ada la makcik2 ni ingat aku ni kakak Bob! Bukan sekali tapi banyak kali. Terbalik dah..bob pulak jadi adik padahal dia 4 tahun lebih tua dari aku. Tahun depan umur dah masuk 31 tuuuuu...

Bob serap muda aku..huwaaaa

Lepas ni nak cari petua untuk jadi awet muda...kena makan ulam banyak2, senyum banyak2, gelak banyak2.....taknak pikir masalah yang banyak-banyak lagi tu dah

Gambar raya...daney, aku, Farhan n Nanad...sorang je takde sebab tak ikut balik raya.

Memang sama kan muka aku n Farhan?

Sunday, October 10, 2010

angka satu

Seronok betul tadi tengok perkahwinan 'wedding of the year" kat tv3.

10.10.10.
Tarikh binary yang memang cun untuk melangsungkan perkahwinan. Sana sini memang confirm ramai yang kawin..even rumah sebelah menyebelah pun ada gak...kot

10.10.10
Tarikh ni dah lepas dah..tapi tahun depan banyakkkk angka yang lagi cun. Ermm..... Mana satu tarikh yang aku nak pilih ni. Cewahh... berangan kejap..hehe.

Tarikh 1.1.11 kah?...10.1.11 kah? or....

11.11.11....ermm yang ni paling cun skali. *Berangan lagi*
Tadi dah bincang dah dengan housemate, tarikh 11.11.11 ni jatuh hari apa...rupanya hari jumaat.

Ermm..nak kena suruh bobby turunkan berat badan banyak-banyak ni. Rasanya boleh ke? 100kg?MUSTAHIL..20kg pun aku musykil..Ermm, kalo aku pun nak bagi turun 1kg pun payah dah apatah lg bobby yang duk serumah ngan mak ayah dia..Haiyaaa...Hari-hari dia makan sedap

Kesimpulannya tunggu lagi 5 tahun pun aku sanggup..tak kisahlah.tarapapa..
Kerjaya lebih penting kannnnn.......

jantung kaki..bukan jantung hati

Lama aku tak bercerita pasal kucing aku kat rumah Johor. Ermm...kucing je...xde kucing2 sebab tinggal sekor je ni hah.

Gambar diatas tu aku ambil dari facebook. Baik hati kan adik2 aku ni...dia tangkap gambar kucing yang tengah kekenyangan macam ular sawa yang baru telan sekor ayam ni, dia upload kat facebook last skali dia tag nama aku bubuh kat kucing ni.

Skali pandang muka kucing ni sebijik macam kucing betina. Dahlah seacuan macam mak dia...tapi hakikatnya ni kucing jantan. Sekali mengeow....haa...FAIL. Memeritkan telinga aku, even kalo dia dh berenti meow pn aku terngiang2 je bunyi dia meow. Nasib baik aku tak gila..

Setakat bunyi meow-meow 24jam aku bole terima lagi..tahap kesabaran tu masih kuat lagi. Apalah ada hal sangat kan...sumbat makan banyak2 senyaplah kucing tu nanti. Takpun bagi penampar sedas dua...hehe.kiddin.Penampar xpernah luku ada.

Masuk bab serius pulak. Ni memang serius serius.

Baru-baru ni kucing ni dah tunjuk kan belang dia (memang kucing belang-belang pun) tapi yang ni memang dah menguji tahap kesabaran aku gila-gila. Asal ada kucing jenis ni datang kat rumah je mesti kesimpulannya aku kena buang. Buang memang kena bagi tempat jauh2 sikit....luar dari kawasan kampung. Kalau boleh kampung sebelah-sebelah-sebelah-sebelah, biar dia tak jumpa jalan balik dah.

Ermm..nak tau apa kucing mangkuk ni buat?. Kucing ni berak dalam sinki.

Kucing yang makcik aku bela baik je tau. Kalo nak berak dia g cari lubang jamban, tapi kucing aku memang kurang asam dia pergi cari lubang sinki pulak. Sebelum2 ni memang dia takde wat hal camni. Tanah kamain banyak lagi ada kat halaman rumah, aku bukan ada jiran kiri kanan pun...belakang pun masih hutan lagi. Tapi kau tetap juga cari sinki! Ok, dua kali dia wat pelaburan kat sinki tu..memang kena bagi tutup itu sinki. Tapi...tempat lain pulak dia tujuuuuuuuuuuuuuuuu...Geramm tahap maksima ni.

Katil adik aku pulak dia g melabur. Ni memang nak kena bagi kaki sekali dua kali ni.

p/s: Sekarang memang dah rasa nak buang dah. Rasa je..tapi tak confirm lg..hehe

Saturday, October 9, 2010

Check

Malam ni dee dpt award dr amiey. Terima kasih amiey :D...memang dah lama dah tak dapat award dari sesapa. Tiba2 hari ni dapat pulak.

Sekarang ni tengah sibuk nak siapkan tesis projek. Harap dapat siapkan dalam masa sebulan ni...dah lama sangat rasanya buat research ni..sampaikan kawan2 semua asyik tanya bila nak abis master.

Jawapan aku...SIKIT JE LAGI...SIKIT JE LAGI. Pastu kawan aku ajuk balik aku cakap. "Sikit je..sikit je." ..haha. Apa taknya dorang semua dah beli rumah, kereta...aku je yang takde perkembangan dari dulu. Yang berkembang pun berat badan...susah nak turun dah sekarang.

Lagi satu sebab kenapa aku kena habiskan juga tesis dalam masa terdekat ni.....

ada orang buat spot check hari2.

Nak tahu siapa? AYAH ku yang tersayang...
Yang ni memang sebab kukuh kenapa aku sambung master..nak menyempurnakan hajat ayah aku.

Hari2 ayah kol aku skrg. Tiap2 kali kol mesti tanya
"Dila kat mana?"...."Siapkan tesis cepat2!"kalo bole dalam sebulan ni..
TENSI kannnnn.........DULU takde pun daddy nak kol hari2...adeh..Padan muka aku, asyik main2 je sape suruh.

Aku rasa dato' dgn ayah aku ni memang dah komplot nak suruh aku wat tesis betul2. Cuma sekarang bergantung pada aku je nak ke taknak abis cepat.

Friday, October 8, 2010

Rasa

Dah dapat merasa Hot pepper SCMcDeluxe tengah hari tadi.

Punyalah berbelah bagi nak makan kat mana tengah hari tadi, nak makan seoul garden ke or McD ke or KFC...akhirnya aku menang...hehe. Jenuh ajak bobby g makan mcD. Entah apsal pulak mamat tu taknak makan mcD hari ni, kalau sebelum ni bila aku ajak dia nak je. Bab2 makan memang tak pernah tolak punya, tak padan dengan perut yang dah wat operation.

Aku bukan peminat SCMD tapi kalo makanan baru mcD je mesti aku nak rasa.hehe.

Janji Bobby belanja, tu yang membuatkan kenikmatan makanan masuk ke tekak berkali2 ganda nikmatnya. Kalau GCB yang sebelum ni agak basah2 tapi yang ni pulak lain sikit. Daging ayam ni betul2 garing n pedas..rasa macam sate pun ada sebab macam ada rasa rempah2.

Sebelum pegi makan kat McD tu aku pergi kat kawasan main stage MP dimana ada booth vitagen kat situ.  Aku boring lagipun, nak shopping dah tak mampu dah nak shopping apa...jadi aku layankan je promoter vitagen ni.

Kat situ kita akan diberi penerangan tentang bagaimana sistem penghadaman manusia bermula dari makanan masuk ke mulut sampailah jadi tahi. Opss..jangan ada sesiapa pulak yg tengah mkn sambil baca. Nasib lah korang..

Tapi memang serius seronok sebab aku takde ambil biologi jadi macam2 perkataan baru dapat.

Sampaikan tahi ada 4 jenis pun dorang siap ajar lagi. Yang elok punya dia lembut2 je tapi kalau cair sangat and warna kuning tu tandanya kita terkena keracunan makanan dan perlu berjumpa doktor dengan segera. Jadi hati2 dengan makanan yang korang ambil.

Tadi semua skali ada 4 cikgu vitagen yang mengajar, start dari mulut, perut, usus kecil dan last skali usus besar.

Selesai tempoh pembelajaran yang penuh dengan lukisan yang berwarna warni macam kembali ke tadika, kita akan diuji pulak dengan soalan2 kuiz. Ada 5 soalan kuiz...kat sini aku nak bocorkan soalan dia..he2
sebabnya aku dapat jawap kelima2 jawapan sekaligus. Hadiahnya?...dapat melegakan tekak aku yang haus ketika tu.heh2.

Soalan pertama
Sistem penghadaman kita bermula dari apa? Fikir2..apa jawapan dia..
Mulut?
Perut?

Soalan kedua
Apa yang membantu sistem penghadaman semasa makanan masuk kemulut?

Soalan ketiga
Berapa panjang sistem usus kecil bagi orang dewasa?
55 kaki
1   kaki
22 kaki

Soalan keempat...alamak lupa pulak..sorry..hehe

Soalan kelima
Berapa banyak bakteria jahat yang boleh ada dalam usus besar kita?

ermm...soalan last ni yang aku ambil masa yang lama nak jawap..hentam je jawap tapi betul.heh

Baru sekarang ko nampak aku

Hari ni dalam lab tengah aku kusyuk2 buat kerja ada sorang budak ni tegur aku dengan cara pegang kerusi yang aku tengah duduk. Dia sentuh n say hi...macam 'touch n go' la senang cakap.......

Sekejap je pun dia masuk lab, pastu cepat2 kuar blk.  'dia' ni perempuan.

Aku kalo ada orang tego elok2 sudah semestinya aku tegur balik. Tapi makna kata kalo aku yang nak tegur dulu memang jgn haraplah lagi2 kalo tak kenal, bukan sebab sombong...tapi bertempat. Aku rasa perlu baru buat.

Budak ni memang aku kenal tapi takde baik or kenal rapat. Sebelum2 ni pun 'dia' xde nyee nak tegur2 or say hi. Buat aku macam tak wujud je. Kalo aku tegur pun dia wat cam malas layan je. Sakit hati je kan rasa. Jadi baik aku buat bodo je. Tak taulah mana salah aku kan. Aku cacat ke, buta ke gamaknyalah.

Tapi takpelah...tak kesah pun kalo orang taknak kawan ngn aku. Bukan mati pun. Aku punya problem lagiiiii banyak nak pikir, kalo susah pun bukan ada orang nak tolong even mak aku sendiri.

Tak rugi apa-apalah..

Apa yang penting sekarang aku kena siapkan tesis aku tu hah....banyak kena repair pn norasyikin oiii. Nanti kau taulah apa yg aku rasa sekarang.

Sebelum aku kena bambu ngan dato' baik aku bagi siap. Manalah tau kang dato' telefon bapak aku..ni sv aku cakap kat aku. Dia cakap macam ni terus aku cuak, lagi sikittt je nk nangis nasib baik sv aku stop ckp sampai situ je, sebab mmg xmustahil dato' tel bapak aku...huhu. Tu sebab aku taknak study kat uthm, cukuplah dulu aku satu sekolah ngan mak aku...serik dah. Bayangkan bila mak korang sendiri yang ajar korang dalam kelas...aku sungguh tak suka!!tak suka!

Thursday, October 7, 2010

While stocks last

The new black pepper spicy chicken mcDeluxe...
takde sape ke yang nak blanja aku? ohh Bobby.....kemari kau

Tuesday, October 5, 2010

RM1 only..esok!!!!

Jom makan burger king banyak2 sampai malam..
RM1
RM1
 ...iyeeee RM 1 je

Esok je boleh dapat tau...6.10.2010...

SERBU jom.....................

Monday, October 4, 2010

Kebahagiaan

"kamu terlalu sgt berdoa utk berjaya sehinggakan kamu terlupa berdoa utk bahagia"

Ayat kat atas ni sesuai sangat untuk aku. Recently banyak sangat dugaan dalam hidup aku ni.. 

macam2 rintangan aku hadapi masa buat master ni..lebih teruk berbanding masa buat degree dulu. Problem study jangan nak cite lah tu memang wajip dah, ditambah dengan family problem lagi, sampaikan aku susah nak percayakan institusi kekeluargaan dah.

Tak dinafikan hidup ni memang satu ujian...semoga aku tabah dan terus sabar menghadapi semuanya..dan setiap persoalan dan drama yang berlaku sebelum ni mesti ada jawapannya cuma belum tiba masanya untuk aku ketahui. Tapi sedikit demi sedikit aku dah tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Sesungguhnya aku pun tak layak nak jatuhkan hukuman...hanya Dia yang berhak memberikan balasannya baik didunia ataupun akhirat. Semoga orang itu akan sedar suatu hari nanti....................................................

Saat ini aku sangat sangat sangat dambakan kebahagiaan ketenangan dan kejayaan.  Bukan kekayaan yang aku mahukan serta kehendakkan seperti mana ada seorang insan itu. Kekayaan tidak boleh kekal. Kebaikan juga tidak kekal. Setiap insan boleh berubah dengan sekelip mata. Sedangkan pantai boleh berubah inikan pula manusia.

Tiada apa yang dapat memberikan kita jaminan untuk terus kekal didunia ini. Setiap yang hidup pasti akan mati..yang cantik tidak akan kekal molek..yang kaya dengan sekelip mati boleh musnah. Hanya padaNya tempat untuk berpaut. Apa yang penting sekarang aku perlu mentally positif.

Sarat rasanya kepala ni...nasib baik ada adik2 dan kawan2 untuk aku mengadu. Tulisan italic ni juga menandakan betapa payahnya nak tulis dan sebenarnya tak payahlah korang baca...hanya pikirkan ayat bold diatas tu je..korang bahagia ke?

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...