Sunday, September 26, 2010

Persiapan sebelum viva

Walaupun viva dah lepas dah..tapi tak salahkan kalau aku nak kongsi pengalaman sebelum aku viva.

Tarikh viva aku dapat tau seminggu sebelum raya...ini telah menyebabkan jiwa raga aku pasrah untuk beraya dengan girangnya. Tapi raya tetap raya, balik kampumg tetapp balik kampung. Lama jugalah aku beraya kat banting, dari 8.10 (rabu)-then umat islam beraya hari jumaat sampai 13.10 (isnin). Padahal tarikh viva 23. so 14.10 tu juga aku rush balik ke melaka untuk prepare slide presentation. Sebab masa cuti raya memang aku tak sempat langsung nak prepare slide.

Kat sini nak ceritakan apa yang perlu ada dalam slide:

-Penting untuk ada tajuk, n make sure kita paham betul2 tajuk kita. Sebab kalau external examiner tak paham, dorang mesti akan tanya punyalah.
-Objective perlulah terang dan jelas. Kalau ada specification2 yg korang perlu meet...nyatakan.
-Arrangement dalam slide juga perlu sama macam korang buat tesis.
Takkan nak buat slide result dulu baru intro pulak kan...ok aku dah start nak membebel...
-Result yang korang dah dapat tu juga perlukan critical analysis. Macam mana dapat result macam tu, sebab apa,, bukti dari mana. Persoalan2 macam ni mesti dah ada dalam kepala ye. Nanti kalau masa QnA senang nak jawap.
-Beza antara projek korang dengan lain2 orang yg dah buat. Ni nak pastikan keaslian product.
-Future work..ni pun penting.

Persediaan mental dan spiritual:
-Pastikan dah practice present berulang2 kali supaya segala ucapan lancar dan tak tersekat. Main supervisor aku, Dato' dia suruh aku cuba present depan cermin, tapi sekadar depan monitor je aku buat...ngeh2.
-Buat solat Hajat sebanyak2 yang mungkin. Ni pun saranan dari Dato' juga. Minta Allah permudahkan segala urusan kita dan beri kejayaan yang cemerlang..chewaah. InsyaAllah. Yang ni memang aku buat...dan Alhamdulillah semuanya lancar je masa Viva. External n internal examiner termasuklah chairman semuanya baik2 belaka dan asyik buat lawak je sepanjang viva. Jadi tahap stress tu terus berubah jadi santai..hehe
-Lagi satu perkara yang aku selalu buat, baca yassin tiap2 malam lepas abis solat. Yang ni atas saranan my lovely "mak baru".

Kalau semuanya dah ready mesti korang boleh tidur lena punyalah macam aku. Lena gila tido sehari sebelum hari viva tu...hahaha.

Hari masa viva pulak:
-Pastikan flow utk slide dah ada tersimpan dalam kepala. Begitu juga dengan tesis. Mesti dah tau setiap benda alah tu korang letak kat chapter mana.
-Semasa examiner bertanyakan soalan...tumpukan perhatian dan dengar betul2 apa yang dia kehendaki. Jangan buat kerja lain dan mengelamun walaupun ada pakwe hensem dalam bilik tu....

Last aku nak ucap good luck tuk mereka yang nak hadapi viva ni. Entri ni atas pengalaman aku je..mungkin orang lain caranya berbeza bergantung kepada agama masing2.

5 comments:

  1. walaupon wadud x brapa tau viva tuh mende.. tapi wadud nak wish, gud luck kak.. hehehe

    ReplyDelete
  2. takutnyaaaa...bila pulak giliran aku ni..

    ReplyDelete
  3. mula2 saya ingat viva tu kereta..ye la 1st time bekunjung kat sini..
    saya rasa tak lewat lg nak ucapkan salam syawal..maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  4. viva utk msc or phd?
    Utem punye prosedur utk examiner camane?
    I mean how many internal and external...
    Proses graduation di UTem leceh/lama x?

    ReplyDelete
  5. viva utk msc..
    seorang je internal n external..
    proses dia xlama..senang je..yang penting viva u lepas n lps tu submit correction nyer tesis. Sume bergantung pd diri u sendiri..lama or sekejap.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...