Sunday, September 26, 2010

Persiapan sebelum viva

Walaupun viva dah lepas dah..tapi tak salahkan kalau aku nak kongsi pengalaman sebelum aku viva.

Tarikh viva aku dapat tau seminggu sebelum raya...ini telah menyebabkan jiwa raga aku pasrah untuk beraya dengan girangnya. Tapi raya tetap raya, balik kampumg tetapp balik kampung. Lama jugalah aku beraya kat banting, dari 8.10 (rabu)-then umat islam beraya hari jumaat sampai 13.10 (isnin). Padahal tarikh viva 23. so 14.10 tu juga aku rush balik ke melaka untuk prepare slide presentation. Sebab masa cuti raya memang aku tak sempat langsung nak prepare slide.

Kat sini nak ceritakan apa yang perlu ada dalam slide:

-Penting untuk ada tajuk, n make sure kita paham betul2 tajuk kita. Sebab kalau external examiner tak paham, dorang mesti akan tanya punyalah.
-Objective perlulah terang dan jelas. Kalau ada specification2 yg korang perlu meet...nyatakan.
-Arrangement dalam slide juga perlu sama macam korang buat tesis.
Takkan nak buat slide result dulu baru intro pulak kan...ok aku dah start nak membebel...
-Result yang korang dah dapat tu juga perlukan critical analysis. Macam mana dapat result macam tu, sebab apa,, bukti dari mana. Persoalan2 macam ni mesti dah ada dalam kepala ye. Nanti kalau masa QnA senang nak jawap.
-Beza antara projek korang dengan lain2 orang yg dah buat. Ni nak pastikan keaslian product.
-Future work..ni pun penting.

Persediaan mental dan spiritual:
-Pastikan dah practice present berulang2 kali supaya segala ucapan lancar dan tak tersekat. Main supervisor aku, Dato' dia suruh aku cuba present depan cermin, tapi sekadar depan monitor je aku buat...ngeh2.
-Buat solat Hajat sebanyak2 yang mungkin. Ni pun saranan dari Dato' juga. Minta Allah permudahkan segala urusan kita dan beri kejayaan yang cemerlang..chewaah. InsyaAllah. Yang ni memang aku buat...dan Alhamdulillah semuanya lancar je masa Viva. External n internal examiner termasuklah chairman semuanya baik2 belaka dan asyik buat lawak je sepanjang viva. Jadi tahap stress tu terus berubah jadi santai..hehe
-Lagi satu perkara yang aku selalu buat, baca yassin tiap2 malam lepas abis solat. Yang ni atas saranan my lovely "mak baru".

Kalau semuanya dah ready mesti korang boleh tidur lena punyalah macam aku. Lena gila tido sehari sebelum hari viva tu...hahaha.

Hari masa viva pulak:
-Pastikan flow utk slide dah ada tersimpan dalam kepala. Begitu juga dengan tesis. Mesti dah tau setiap benda alah tu korang letak kat chapter mana.
-Semasa examiner bertanyakan soalan...tumpukan perhatian dan dengar betul2 apa yang dia kehendaki. Jangan buat kerja lain dan mengelamun walaupun ada pakwe hensem dalam bilik tu....

Last aku nak ucap good luck tuk mereka yang nak hadapi viva ni. Entri ni atas pengalaman aku je..mungkin orang lain caranya berbeza bergantung kepada agama masing2.

Thursday, September 23, 2010

Syukran

Tarikh 23.9.2010, khamis. 

Sebenarnya selama tempoh belajar aku memang ngeri nak hadapi viva ni. Selalu pikir Viva ni susah nak lepas.
Tapi Alhamdulillah...satu rintangan dah berjaya dilepasi hari ni.
50% kejayaan dah dikecapi masih ada lagi 50% lagi yang perlu dikejar.

Sekarang tinggal nak baiki structure tesis je. Kalau rajin bolehlah habiskan cepat. Masalahnya aku ni rajinnnnn ke....

Perkara2 penting yang berlaku sebelum hari viva.
1)Yang ajaipnya:
Malam tadi aku dapat tidur dengan nyeyaknya sampaikan bobby kol pun tak sedar. Kalau compare dengan sebelum2 ni bila aku dah tahu ada presentation keesokan harinya mesti aku tak dapat tidur malam sebelum tu.
Maybe sebab aku dah kekenyangan makan kat medan...ditambah pulak hujan lebat malam tadi.

Yang peliknya:
Aku bole terjaga dengan tiba2 kul 4 pg mlm tadi.
tepat 4 pagi dengan takdenya mamai2. Segar je...Sebelum2 ni memang susah nak bangun pagi....

Yang bestnya:
Supervisor kol aku pagi2 tanya kat mana...to make sure aku dah bangun tido...hehehe.

Wednesday, September 15, 2010

Viva voce utem..bukan kereta viva

Tengah menghitung hari ni..dah tak lama je lagi.
Macam2 perasaan ada..berdebar2, takut. Tidur jangan cakap, memang tak lena punya.
Macam orang nak pergi berperang je cerita padahal nak ambil periksa VIVA je.
Tarikhnya telah pun ditetapkan. NEXT WEEK....huhu
Hari ni dah present depan co-supervisor, Jumaat ni present dengan Dato' pula..hopefully everything will be ok

Semoga segala urusanku dipermudahkan Allah..Amin..

Ibu dan ayah...doakan kejayaan anakmu ini.

Thursday, September 2, 2010

random

sebutan manja- dry apticot.

sebutan sebenar dry apricot.

Ngidam nak mkn benda ni masa bln pose. Beli coet je.. kat Econsave yang baru dibuka kat Alam Jaya.

Salah satu baju raya Farhan Aizuddin. 

Bum Equipment pilihan hati cik Dalila. Tiba kat kaunter,daddy yang bayarkan.hehe

To atuk n nenek...kami akan pulang beraya di Banting pada 7 september

Farhan tunjukkan 'dog' kat aku..

"Bukan dog la Farhan tapi rabbit"..

Memang besar betul arnab ni. Kalau kecil je mesti Farhan tak salah teka.

Washing machine. After sale price at rm9999. 

Siapalah yang beli agaknya. Dulu family pernah guna Electrolux washing machine yang siap dengan pengering sekali. Tapi pengering ciptaan tuhan juga yang terbaek!

Wednesday, September 1, 2010

Pening

Latest news from my supervisor..
 .
.

He said....."external examiner 'PENING' baca tesis kamu".

jadi aku pun turut pening bila dapat tau.
HUWAAA...macam mana ni?????. Adakah aku belum buat sehabis baik lagi.
HARAP PENING TU TAK BERPANJANGAN..dan masa viva nanti semua 'PENING' tu akan hilang..

then Dalila said to herself..."Dalila, kamu tak boleh nak main2 lagi pasni.."

tapi raya nanti banyak preparation nak buat...
.
.
.
aku nak buat conflakes madu tuk Bobby
aku nak buat kek coklat tuk Nanad
aku nak buat kek batik tuk Farhan
aku nak buat pensel box lagi tuk kawan2 Farhan...isk2..macam2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...