Friday, August 20, 2010

Update minggu lepas

Aktiviti balik kampung minggu lepas baru nak update hari ni. Esok aktiviti yang sama akan dibuat bezanya kali ni balik dengan nanad pulak, abang badang sila duduk diam2 kat puncak alam baca buku sampai lebam untuk  jawap exam!...hehe

Balik kampung banting ari tu memang seronok lagi2 time buka puasa beza betul kalau aku balik simpang renggam. Dulu best balik sebab ada maid,ayah n adik2..huhu. Sekarang ni siapa2 pun dah takde. Sikecik Farhan je. Paling penting kat banting aku Tak perlu kemas2, masak2, sapu2 lantai sampaikan basuh pinggan lepas makan pun tak perlu sebab malam tu makcik ajak pergi uptown Banting. Tapi aku tak mengharap or pikir nak beli barang2 best pun macam yang ada kat uptown danau kota.

Sampai je kat uptown banting memang betul xde benda menarik jual, tak ramai orang yang datang mahupun yang jual, tempat yang agak sempit, betul2 dekat dengan mcD....dan hasilnya nothing. Aku farhan n nawi takde membeli pun. Jadi masa otw nak balik ke johor semula, ayah sebut "jj bukit tinggi". Ayah bukan pelawa nak pergi pun, tapi dia tunggu green light dari kitorang barulah dia pergi tapi makna kata kalau kitorang yang ajak pergi dulu jangan haraplah big boss nak singgah. Pandang jelah jj tu sampai kenyang...huhu.

muka2 orang yang beriman yang berpuasa pada hari tersebut..tak mampu nak tersenyum walaupun ayahnya dah ajak pergi jj untuk shopping.

Pelik betul macam mana aku boleh lupa nak bawak baju lebih..lagi2 seluar jin boleh pulak aku tinggalkan. Jadi di bulan ramadhan yang mulia ni marilah kita pakai baju kurung bersama2 ye. Hari Ahad tu...jenuh pusing satu jj takde sorang pun aku jupe yang pakai baju kurung. Dahlah baju kurung aku tak bergosok. Dasar pemalas!...haha.

Inilah yang dikatakan Bapak Borek Anak Rintik.
Dahlah baju sama kaler, langkah pun nak sama gak.

Jom tengok dan beli kereta Naza baru. Boleh bawa pulang beraya nanti. Yang ni murah je boss kata, 90 ribu. Tapi tak beli pon..hoho






Si kecik berangan jadi driver. Selalu ajak kekandanya ajar dia bawak kereta.

Jangan haraplahhhh aku nak ajar!...hahaha

kecik2 umur 6 ke 5 tahun kau dah bawak kereta dari depan halaman rumah sampai lah sedikit lagi nak langgar rumah jiran depan. Orang lain bawak kereta kedepan tapi sikecik ni bawak kereta mengundur..nasib baik dua2 rumah xde buat tembok lagi n jalan time tu xde orang, kete, monyet or babi lalu (serius memang ada semua benda2 alah ni kat sekitar kawasan n pernah tengok babi n anak2 dia melintas).

Semua gara2 budak kecik ni ditinggalkan sendirian dalam kereta, NK tengah bersolek dan aku pulak yang tengah nak selamatkan baju dari hujan terpaksa berlari ke kereta yang tengah berundur dengan sendirinya...sikecik dalam kereta tu bukan tau apa2. Senyummmmmm je. Seronok lah tuuuuuuuu...haipppp. Berderauuu jantung aku tengok time tu.

Tapi maybe lagi 10 tahun akan datang dah tak heran kot kalau kita tengok budak2 sekolah rendah dah bawak kereta kat jalan, sedangkan sekarang ni pun budak darjah 4 dah pandai bawa motor sendiri. cuma aku je yang tak reti2 lagi.

5 comments:

  1. Salam..bertandang lagi..
    apa khabar?Semoga anda selalu
    sihat dan di rahmati Allah jua
    hendaknya..

    ReplyDelete
  2. manisnya berbaju kurung di bulan pose...

    naza?? ko nak beli ke nati..ehem..ehem..hehe

    ReplyDelete
  3. haha tak manis tapi pahit ada. macam alien aku rasa pakai baju kurung,, tapi kalau aku berada kat terengganu mesti rileks je n santai sebab ramai yang pakai baju kurung pergi mana2..kan..kann..

    i tak mampu lagi nak beli lah maw...kancilku nak campak mana...dah banyak jasanya.7 tahun tuuuu pakai

    ReplyDelete
  4. perasaan ko je mcm alien..eh ke ko macam alien..hahahah...opss...org terengganu memang rileks n santai..lalala

    kancilmu campak kat aku..hahhaha

    ReplyDelete
  5. tak larat nak main campak2. berat..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...