Saturday, August 28, 2010

shopping khas buat Farhan

Kalau korang kan... antara mak dan ayah, mana satu yang akan korang pilih untuk pergi shopping? Mak ajak pergi shopping baju tapi dengan ayah pun boleh gak pergi shopping. Nak pergi dengan kedua2-duanya dah tak boleh dah. Takut aku  kuar tanduk pulak nanti.

Ermm kena pilih betul2 ni, kalau salah pilih merana n sakit jiwa nanti. Jadi, semalam lagi keputusan bulat2 telah dibuat untuk menolak pelawaan NK. NK ajak pergi shopping kat Melaka. Tapi kalau duk kat Johor buat apa nak membazir minyakkan pergi jauh2 semata nak shopping. Pergi dekat je sudah. Banyak mall ada kot..dekatttt je.

Hari ni si ayah telah menunaikan permintaan sianak bernama Farhan. Budak Kecik ni memang suka benor berjalan. Lagi2 pergi Batu Pahat Mall, nakkk sangat pergi BP mall tu, bukan ada benda best pun (macam aku jugalah kalo kat melaka, suka sangat g jj apsal ntah..kena pelaris kot)... tapi nak jalan2 xpela kan.

Bukan takat jalan2 je dak kecik tu hari ni, baju dapat, seluar dapat, selipar EDwin (lepas beli terus pakai sebab yang lama bukan dah nazak tapi dah tak muat. suruh pakai kasut taknak. Tak suka katanya), mainan kereta control yang boleh jalan kat dinding (yang ni belum cuba lagi, betul2 boleh kot, canggih betul alat mainan zaman sekarang ni) n controller ps2 untuk ganti yang dah rosak. "best giler"...ni ayat yang keluar dari mulut dak kecik tu. Aku? tak dapat apa2 la...sebab semua dah ada. Free gift dr libresse ajelah yang aku dapat...hehe.."Absorption is nothing wothout fit"

Sebelum balik rumah, kami sempat bertemu dengan bakal "mak baru" yang sempoi abis. Orang nya kecil n halus je macam aku..hoho. Ayat "mak baru" tu si kecik yang buat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...