Friday, August 13, 2010

orang nomad

Semalam hari khamis aku bertolak dari melaka balik rumah NK kat simpang renggam. Sampai2 depan rumah terkejut sebab tembok2 dinding2 semua cat kaler pink + kuning. Bila aku komen pasal cat dinding ke NK, NK kata cantikla tu, baru ceria.

dalam hatiii....Ha ah la kau memang ceria tapi aku tak ceria bila tengok, pening kepala adaaaa.

Cepat2 aku kol bobby cerita pasal tembok gate kaler pink + kuning. Bob kata

"Ok lah tu, macam tadika kemas"

Abang Fuad pula cakap

"eloklah tu rumah ni jadi tadika, cikgunya pun dah ada" (makluman bahawa NK memang cikgu kat simpang). Enough pasal cat2 ni, gambar tak perlu aku tunjuk kot...nanti ramai pulak dapat migrain.

Nak cerita time berbuka pulak. Baru2 ni NK sukaaa sangat beli ikan patin. Samada ikan patin ni favourite dia or NK beli sebab harganya yang sangat murah. sekilo baru 5 lebih kan. Ayah aku tak pernah nyee nak beli ikan patin, beli pun bila time aku ngidam nak makan je.

Maka waktu berbuka adalah ikan patin masak singgang, sambal udang n sayur goreng. Entah kenapa tiba2 sekarang ni tekak aku dah tak boleh nak terima ikan patin, lagi2 bila masak singgang. Dah naik menyampah tengok ikan patin...kesian ikan patin yang disalahkan padahal geram dengan NK sebab asyik beli ikan patin. Tapi nak buat macam mana kan telannnn jela. Syukur apa yang ada. Alhamdulillah.

Hari jumaat aku n farhan pergi rumah ayah aku kat tempat orang selalu cari pasu2. Nak berbuka dengan ayah pulak. Tapi ayah aku tak prepare makanan untuk kitorang rupanya, aku pulak malas nak berpusu2 pergi bazar ramadhan sebab hujan lebat kat simpang renggam hari ni. Pukul 10 malam baru ayah kuar rumah belikan makanan. Mintak nasi goreng je tapi dengan ikan siakap masak 3 rasa sekali ada.

Hari sabtu pulak ayah ajak kitorang balik kampung kat Banting. Jadinya esok berbuka puasa dengan atuk n nenek....sedara mara. Ahad balik ke Johor semula.

p/s: Memang betul kata Ina kat sinanad, "tua di perjalanan"

3 comments:

  1. Salam singgah sini..
    apa kata kita pekena
    murtabak mengkasar?

    ReplyDelete
  2. meriah 2 umah dee.senang orang nak cari umah dee time raya nanti..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...