Sunday, August 22, 2010

Kecewa

Hari ni masa otw lalu jj bukit tinggi, dapat tengok je jj tu. Kecewa aku nanad and Farhan (tak dapat pergi jj pun nak kecewa ngengada..huhu). Memang dah tau dah, kalau kitorang yang ajak pergi dulu sah2 tak dapatlahh..huhu. Lagipun ayahanda yang tercinta sakit perut sepanjang hari masa perjalanan pulang. Semuanya gara2 kerang masak rendang. Sebab adik2 aku ok je semua. Taktau sape yang beli kerang tu tapi memang beli kat bazar. Sebenarnya memang bahaya makan makanan yang dibeli kat bazar ramadhan ni. Silap2 boleh jupe telur lalat macam aku jupe semalam kat ikan keli masak sambal. Sabar jela, nasib baik aku nampak awal2 sebelum makan.

Dah alang2 lalu melaka kitorang singgah kat bazar ramadhan alor gajah. Diorang dah pindah ke tapak baru rupanya. Tapi berdekatan kat situ2 juga..bandar alor gajah. Macam2 ada tapi tempat utama yang dituju mestilah nasi kerabu orang kelantan. Kawan mak aku ade tolong wat2 jualan kat situ jadi dapatlah lauk lebih2 sikit..muahaha. Alhamdulillah rezeki. Sampai kat rumah ayer itam ngam2 masa untuk berbuka puasa.

Esok pulak aku kena balik melaka semula. Banyak kerja tertangguh..aduhhhh.

5 comments:

  1. Salam bertandang di awal pagi..moga ceria dan sihat selalu...

    ReplyDelete
  2. huh! seramnya ada telur lalat...akk baru beli kat bazar...yela btl gakkan..kita tak tahu tahap mana kebersihan peniaga tu kan....

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah..
    Nice Blog and Good Luck

    ReplyDelete
  4. Very nice and an ecelent blog, I like very much your work.
    All looking fotobolog Teuvo images

    www.ttvehkalahti.blogspot.com

    and yours comments thanks you

    Teuvo

    Finland

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...