Thursday, August 12, 2010

i want to make more

Aktiviti waktu lapang...menjahit! Sebelum2 ni aku gian sangat nak jahit baju kurung sendiri. Dapatlah dalam 7 pasang baju kurung termasuk untuk baju adik aku skali sinanad. Bila rasa dah malas nak jahit baju kurung, maka kain2 untuk raya nanti hantar ke rumah orang saja untuk dijahit sebab butik memang kompem takkan terima dah. Mahal lagi satu isu, kalau hantar ke butik RM35 untuk baju kurung, kalau rumah orang pulak rm25. Siap pun cepat. Sekarang ni kalau aku nak hantar lagi pun kompem dia terima. Lepas seminggu dah boleh ambik.

Sekarang ni pulak aku gian nak buat pouch. Dah buat 10 unit dah untuk kawan2 Farhan yang buat tempahan. Seronok bila pouch tu dah siap. Farhan pun seronok bila kawan2 dia beli pouch tu. Kalau ada yang rasa nak buat pouch sendiri boleh tengok tutorial untuk buat pouch ni di [Sini] dan [Sini]

oppsss..ni bukan aku yang buat, tapi ni dari [Sini]

Guna kain cotton murah je...sila jangan ketawa ok. Masih ada kecacatan yang perlu diperbaiki disitu. Taknak beritahu. CheBob gelakkan aku bila aku tunjuk gambar ni ke dia sebab letak butang..siot je kan. Paksa dia suh buat kangg...kompem dia lari.

 Masih belum cukup kreatif lagi..

Semuanya aku nak letak bunga. Jadi yang berminat pun budak perempuan je..hehe. Farhan pun ada pouch warna merah tu tapi dia kata taknak bunga2. Ok farhan, akak tak letak bunga.

Yang ni pulak aku buat special untuk kegunaan sendiri. 

Dah pikir dah nak buat apa dengan ni. Buat simpan duit raya! haha...Dah tua-tua pun aku dapat duit raya lagi tau..cucu sulung kena dapat! tak kira. Kalau tak merajuk kangg.....mogok taknak balik kampung Banting sampai bila2. OVERRR...hehe



3 comments:

  1. salam..
    ermmm memang kreatif
    tangan2 berseni belaka
    he he...

    ReplyDelete
  2. at least retila jgk mjahit kn..saya ni x reti pon.haishhh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...