Sunday, August 29, 2010

Kidnap

Mesti ramai yang baru selesai sahur kan. Pagi ni ada sedikit insiden yang ajaib. Semalam pergi bazar kami beli ayam n puyuh goreng berempah untuk berbuka. Tapi tak makan pun masa berbuka, jadi simpan tuk sahur.

Masa hidang tuk sahur, ayah tanya aku...mana ayam n puyuh.

Takde aku jawap. Kitorang tak makan tengah malam tadi. Ayah ada makan ke?makan xpelah...
Takde ayah kata.

Ermm...memang dah sah ni kerja cikTI ....kusss! Aku ingatkan selamat dah bila letak makanan kat ruang tamu sebab selalunya takde yang missing. Memang takde rezekila tu namanya. Aku siap teringat2 ayam n puyuh tu masa nak tido, ingatkan lehla makan time sahur. Patutlah malam tadi bunyi cik2 TI macam buat pesta je. Bising betul diorang malam tadi.

Lepas sahur baru perasan plastik oren bekas ayam tu ada kat lantai dapur. Nak makan pun pilih portttt tu! Haippp. Rasa nak cincang2 kepala sekor2.hahaha

Saturday, August 28, 2010

shopping khas buat Farhan

Kalau korang kan... antara mak dan ayah, mana satu yang akan korang pilih untuk pergi shopping? Mak ajak pergi shopping baju tapi dengan ayah pun boleh gak pergi shopping. Nak pergi dengan kedua2-duanya dah tak boleh dah. Takut aku  kuar tanduk pulak nanti.

Ermm kena pilih betul2 ni, kalau salah pilih merana n sakit jiwa nanti. Jadi, semalam lagi keputusan bulat2 telah dibuat untuk menolak pelawaan NK. NK ajak pergi shopping kat Melaka. Tapi kalau duk kat Johor buat apa nak membazir minyakkan pergi jauh2 semata nak shopping. Pergi dekat je sudah. Banyak mall ada kot..dekatttt je.

Hari ni si ayah telah menunaikan permintaan sianak bernama Farhan. Budak Kecik ni memang suka benor berjalan. Lagi2 pergi Batu Pahat Mall, nakkk sangat pergi BP mall tu, bukan ada benda best pun (macam aku jugalah kalo kat melaka, suka sangat g jj apsal ntah..kena pelaris kot)... tapi nak jalan2 xpela kan.

Bukan takat jalan2 je dak kecik tu hari ni, baju dapat, seluar dapat, selipar EDwin (lepas beli terus pakai sebab yang lama bukan dah nazak tapi dah tak muat. suruh pakai kasut taknak. Tak suka katanya), mainan kereta control yang boleh jalan kat dinding (yang ni belum cuba lagi, betul2 boleh kot, canggih betul alat mainan zaman sekarang ni) n controller ps2 untuk ganti yang dah rosak. "best giler"...ni ayat yang keluar dari mulut dak kecik tu. Aku? tak dapat apa2 la...sebab semua dah ada. Free gift dr libresse ajelah yang aku dapat...hehe.."Absorption is nothing wothout fit"

Sebelum balik rumah, kami sempat bertemu dengan bakal "mak baru" yang sempoi abis. Orang nya kecil n halus je macam aku..hoho. Ayat "mak baru" tu si kecik yang buat.

ambek nanad

Dah siap jahit dah semalam pencil case ko ni. Harap ko suka warna2 yang akak pilih ni. Warna striking yang ko nak ada warna kuning je. Tak banyak pilihan warna sangat jual kat kedai cina tu, apa yang ada sume akak rembat! janji murah...hahaha. Kawan2 farhan punya kecil sikit akak buat.

Disebabkan ko nak yang BESAR jadi akak buat yang besar tapi orang yang BESAR tu ko takleh ambik...haha.

                         tangan dak kecik "peace"....colourful kan? hidup mestilah kena warna warni

front/back


                                                                           back/ front
nanad yang rajin


yang ni pulak buat khas tuk kawan2 farhan..agak kecil. Sesuai untuk dak2 comel

Sunday, August 22, 2010

Kecewa

Hari ni masa otw lalu jj bukit tinggi, dapat tengok je jj tu. Kecewa aku nanad and Farhan (tak dapat pergi jj pun nak kecewa ngengada..huhu). Memang dah tau dah, kalau kitorang yang ajak pergi dulu sah2 tak dapatlahh..huhu. Lagipun ayahanda yang tercinta sakit perut sepanjang hari masa perjalanan pulang. Semuanya gara2 kerang masak rendang. Sebab adik2 aku ok je semua. Taktau sape yang beli kerang tu tapi memang beli kat bazar. Sebenarnya memang bahaya makan makanan yang dibeli kat bazar ramadhan ni. Silap2 boleh jupe telur lalat macam aku jupe semalam kat ikan keli masak sambal. Sabar jela, nasib baik aku nampak awal2 sebelum makan.

Dah alang2 lalu melaka kitorang singgah kat bazar ramadhan alor gajah. Diorang dah pindah ke tapak baru rupanya. Tapi berdekatan kat situ2 juga..bandar alor gajah. Macam2 ada tapi tempat utama yang dituju mestilah nasi kerabu orang kelantan. Kawan mak aku ade tolong wat2 jualan kat situ jadi dapatlah lauk lebih2 sikit..muahaha. Alhamdulillah rezeki. Sampai kat rumah ayer itam ngam2 masa untuk berbuka puasa.

Esok pulak aku kena balik melaka semula. Banyak kerja tertangguh..aduhhhh.

Saturday, August 21, 2010

Bocor

Minggu lepas tak update adalah kerana.
.
.
 banyak kerja pengemasan, pengecatan, penampalan dan pencacatan berlaku kat rumah simpang renggam. Serius aku pening tengok barang2 bersepah2 tiap2 hari sebab nak cat satu rumah, banyak brg2 yang kena kalih. Makin besar rumah makin banyak barang ada rupanya.

Rumah pun dah macam orang baru pindah masuk. Bercat baru, pintu baru, kabinet baru, susun atur kabinet ditempat baru, cuma orang yang kat dalam je orang lama dan tidak sedar diri dah tua...ahaks. Oleh itu wahai adinda2ku yang berada di puncak alam yang tidak dapat pulang ke kampung halaman disimpang renggam sila jangan marah, kecewa, gila or jadi pelupa dan SILA SUKA!!! bila tengok segala perubahan yang ada dan diolah oleh NK.

Walaupun satu rumah dah dicat warna kuning cuma bilik nanad je dinding tak bercat sebab hari tu baru je nanad cat, tapi kita kena berterima kasih kat abang Fuad and Abang Nahar sebab bulan2 pose ni diorang sanggup tolong si NK. Kalau diikutkan upah cat sepatutnya dua kali ganda dari harga sebenar, mana taknya dahlah rumah dah dua kali besar, barang dua kali ganda banyak. Dulu upah cat masa ada 3bilik tido je dah seribu.

to Nanad...abang Fuad kata ko sombong sebab lama tak datang rumah...haha. Last jupe masa kat renggam katanya sebab sultan johor datang.

Panjang betul entry aku, actually nak cite bumbung rumah kat simpang baru je abang Fuad tolong baiki sebab terdapat kebocoran disana sini dan tak dapat dibendung lagi. Kalau yang tengah tido nyeyak2 kompem boleh terjaga punyalah, bukan sebab bunyi hujan yang lebat tapi kebocoran yang lebat hinggap kat muka.

Tapiiiiiiiiiiiiiiii bukan atap rumah je yang bocor rupa2nya....keta kancil aku pon Bocor da....huhu. Nampaknya melayang duit aku bulan ni. Nak claim dengan daddy kalo dapat, sebab cheBob kata bukan murah tukar getah tu. Makan beratus gak. Nak kena kol perodua kat malim ni untuk wat appoiment. huhuhu....sadis betul keadaan kete bila air masuk dengan lajunya bila time hujan lebat. Nasib baik dapat tahu masa g ambil Farhan balik sekolah. Johor dah lah hujan lebat hari2. Melaka pulak tak tau apa cerita weather kat sana. Geng?

Friday, August 20, 2010

Update minggu lepas

Aktiviti balik kampung minggu lepas baru nak update hari ni. Esok aktiviti yang sama akan dibuat bezanya kali ni balik dengan nanad pulak, abang badang sila duduk diam2 kat puncak alam baca buku sampai lebam untuk  jawap exam!...hehe

Balik kampung banting ari tu memang seronok lagi2 time buka puasa beza betul kalau aku balik simpang renggam. Dulu best balik sebab ada maid,ayah n adik2..huhu. Sekarang ni siapa2 pun dah takde. Sikecik Farhan je. Paling penting kat banting aku Tak perlu kemas2, masak2, sapu2 lantai sampaikan basuh pinggan lepas makan pun tak perlu sebab malam tu makcik ajak pergi uptown Banting. Tapi aku tak mengharap or pikir nak beli barang2 best pun macam yang ada kat uptown danau kota.

Sampai je kat uptown banting memang betul xde benda menarik jual, tak ramai orang yang datang mahupun yang jual, tempat yang agak sempit, betul2 dekat dengan mcD....dan hasilnya nothing. Aku farhan n nawi takde membeli pun. Jadi masa otw nak balik ke johor semula, ayah sebut "jj bukit tinggi". Ayah bukan pelawa nak pergi pun, tapi dia tunggu green light dari kitorang barulah dia pergi tapi makna kata kalau kitorang yang ajak pergi dulu jangan haraplah big boss nak singgah. Pandang jelah jj tu sampai kenyang...huhu.

muka2 orang yang beriman yang berpuasa pada hari tersebut..tak mampu nak tersenyum walaupun ayahnya dah ajak pergi jj untuk shopping.

Pelik betul macam mana aku boleh lupa nak bawak baju lebih..lagi2 seluar jin boleh pulak aku tinggalkan. Jadi di bulan ramadhan yang mulia ni marilah kita pakai baju kurung bersama2 ye. Hari Ahad tu...jenuh pusing satu jj takde sorang pun aku jupe yang pakai baju kurung. Dahlah baju kurung aku tak bergosok. Dasar pemalas!...haha.

Inilah yang dikatakan Bapak Borek Anak Rintik.
Dahlah baju sama kaler, langkah pun nak sama gak.

Jom tengok dan beli kereta Naza baru. Boleh bawa pulang beraya nanti. Yang ni murah je boss kata, 90 ribu. Tapi tak beli pon..hoho






Si kecik berangan jadi driver. Selalu ajak kekandanya ajar dia bawak kereta.

Jangan haraplahhhh aku nak ajar!...hahaha

kecik2 umur 6 ke 5 tahun kau dah bawak kereta dari depan halaman rumah sampai lah sedikit lagi nak langgar rumah jiran depan. Orang lain bawak kereta kedepan tapi sikecik ni bawak kereta mengundur..nasib baik dua2 rumah xde buat tembok lagi n jalan time tu xde orang, kete, monyet or babi lalu (serius memang ada semua benda2 alah ni kat sekitar kawasan n pernah tengok babi n anak2 dia melintas).

Semua gara2 budak kecik ni ditinggalkan sendirian dalam kereta, NK tengah bersolek dan aku pulak yang tengah nak selamatkan baju dari hujan terpaksa berlari ke kereta yang tengah berundur dengan sendirinya...sikecik dalam kereta tu bukan tau apa2. Senyummmmmm je. Seronok lah tuuuuuuuu...haipppp. Berderauuu jantung aku tengok time tu.

Tapi maybe lagi 10 tahun akan datang dah tak heran kot kalau kita tengok budak2 sekolah rendah dah bawak kereta kat jalan, sedangkan sekarang ni pun budak darjah 4 dah pandai bawa motor sendiri. cuma aku je yang tak reti2 lagi.

Friday, August 13, 2010

orang nomad

Semalam hari khamis aku bertolak dari melaka balik rumah NK kat simpang renggam. Sampai2 depan rumah terkejut sebab tembok2 dinding2 semua cat kaler pink + kuning. Bila aku komen pasal cat dinding ke NK, NK kata cantikla tu, baru ceria.

dalam hatiii....Ha ah la kau memang ceria tapi aku tak ceria bila tengok, pening kepala adaaaa.

Cepat2 aku kol bobby cerita pasal tembok gate kaler pink + kuning. Bob kata

"Ok lah tu, macam tadika kemas"

Abang Fuad pula cakap

"eloklah tu rumah ni jadi tadika, cikgunya pun dah ada" (makluman bahawa NK memang cikgu kat simpang). Enough pasal cat2 ni, gambar tak perlu aku tunjuk kot...nanti ramai pulak dapat migrain.

Nak cerita time berbuka pulak. Baru2 ni NK sukaaa sangat beli ikan patin. Samada ikan patin ni favourite dia or NK beli sebab harganya yang sangat murah. sekilo baru 5 lebih kan. Ayah aku tak pernah nyee nak beli ikan patin, beli pun bila time aku ngidam nak makan je.

Maka waktu berbuka adalah ikan patin masak singgang, sambal udang n sayur goreng. Entah kenapa tiba2 sekarang ni tekak aku dah tak boleh nak terima ikan patin, lagi2 bila masak singgang. Dah naik menyampah tengok ikan patin...kesian ikan patin yang disalahkan padahal geram dengan NK sebab asyik beli ikan patin. Tapi nak buat macam mana kan telannnn jela. Syukur apa yang ada. Alhamdulillah.

Hari jumaat aku n farhan pergi rumah ayah aku kat tempat orang selalu cari pasu2. Nak berbuka dengan ayah pulak. Tapi ayah aku tak prepare makanan untuk kitorang rupanya, aku pulak malas nak berpusu2 pergi bazar ramadhan sebab hujan lebat kat simpang renggam hari ni. Pukul 10 malam baru ayah kuar rumah belikan makanan. Mintak nasi goreng je tapi dengan ikan siakap masak 3 rasa sekali ada.

Hari sabtu pulak ayah ajak kitorang balik kampung kat Banting. Jadinya esok berbuka puasa dengan atuk n nenek....sedara mara. Ahad balik ke Johor semula.

p/s: Memang betul kata Ina kat sinanad, "tua di perjalanan"

New door

Does anyone know roughly how much this door cost?

Total lebih kurang 13 pintu tengah ditukar kat rumah. Pintu ni beli second hand je tapi orang tu cas RM180 untuk sebuah pintu. Mahal je rasa...huhu.

Upah tukar pintu pak arab tu cas RM1800. Pak arab tu bos, pekerja dia 2 orang indo. Insiden yang menggeramkan aku dengan 2 orang indo ni... dorang curi hanphone Farhan masa Farhan takde kat rumah pergi sekolah. Kalau dah curi takkan dia nak ngaku pulak kan. Gerammm. Sebelum ni aku kamain baik lagi bancuh air oren untuk kau..kau buat adik aku sedih, jangan harap aku nak bagi air lagi...walaupun aku tau ko mesti tak puasa bulan puasa ni. Sebab sebelum2 ni memang dah ada pengalaman, upah orang time bulan puasa tengok dia sedap2 teguk air tengah2 hari buta. Sabar jela.

Thursday, August 12, 2010

i want to make more

Aktiviti waktu lapang...menjahit! Sebelum2 ni aku gian sangat nak jahit baju kurung sendiri. Dapatlah dalam 7 pasang baju kurung termasuk untuk baju adik aku skali sinanad. Bila rasa dah malas nak jahit baju kurung, maka kain2 untuk raya nanti hantar ke rumah orang saja untuk dijahit sebab butik memang kompem takkan terima dah. Mahal lagi satu isu, kalau hantar ke butik RM35 untuk baju kurung, kalau rumah orang pulak rm25. Siap pun cepat. Sekarang ni kalau aku nak hantar lagi pun kompem dia terima. Lepas seminggu dah boleh ambik.

Sekarang ni pulak aku gian nak buat pouch. Dah buat 10 unit dah untuk kawan2 Farhan yang buat tempahan. Seronok bila pouch tu dah siap. Farhan pun seronok bila kawan2 dia beli pouch tu. Kalau ada yang rasa nak buat pouch sendiri boleh tengok tutorial untuk buat pouch ni di [Sini] dan [Sini]

oppsss..ni bukan aku yang buat, tapi ni dari [Sini]

Guna kain cotton murah je...sila jangan ketawa ok. Masih ada kecacatan yang perlu diperbaiki disitu. Taknak beritahu. CheBob gelakkan aku bila aku tunjuk gambar ni ke dia sebab letak butang..siot je kan. Paksa dia suh buat kangg...kompem dia lari.

 Masih belum cukup kreatif lagi..

Semuanya aku nak letak bunga. Jadi yang berminat pun budak perempuan je..hehe. Farhan pun ada pouch warna merah tu tapi dia kata taknak bunga2. Ok farhan, akak tak letak bunga.

Yang ni pulak aku buat special untuk kegunaan sendiri. 

Dah pikir dah nak buat apa dengan ni. Buat simpan duit raya! haha...Dah tua-tua pun aku dapat duit raya lagi tau..cucu sulung kena dapat! tak kira. Kalau tak merajuk kangg.....mogok taknak balik kampung Banting sampai bila2. OVERRR...hehe



Tuesday, August 10, 2010

Gambar bon bon

Terasa lucah pulak blog aku bila tiba2 check keywords ada yang mencari carian gambar bontot awek.
Napelah sengal sangat, dah nak masuk bulan ramadhan dah pun. Bawak2 bertaubat.
Baik Makan mee rasa sop buntut ni lagi syokkk

Tapi mesti tak jupe pun gambar bontot awek kan...yang ada pun kat blog ni cuma gambar bobby, perut bobby n kaki bobby..suka?...

Keywords pijak-pijak pun ada...nak pijak muka meh sini nak suruh bobby tolong buatkan pun boleyyyyy...hahaha

Ada juga yang nak cari kereta kancil murah..maybe sebagai persediaan manalah tahu minyak naik lagi kan. Sebab rasanya memang takkan turun-turun dah. Jadi gunalah kancil, guna minyak memang save.

Kalau nak beli kereta aku sarankan pergi ke blog http://sukakereta.blogspot.com/
macam2 jenis kenderaan ada. terbaru sekali kereta estima...tiba2 terkenang kereta estima keluarga yang terpaksa di let go. Takpelah..rumah lagi penting dari kereta kan.

Jadi nampaknya balik raya nanti terpaksalah kami adik beradik berimpit-himpit macam sardin dalam kereta. Bawak barang balik kampung bukan sikit tapi macam nak pindah rumah je..huhu

Selamat berpuasa

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat islam..

jangan ada yang ponteng puasa (nasihat untuk diri sendiri)...
kalau yang ada excuse kukuh macam gila ke bersalin ke.....baru ada kelonggaran untuk berbuka...

Selamat berbuka puasa juga....time berbuka yang paling syok kan.
kalau berbelanja jangan lupa diri sampai semua jenis kuih muih nak beli nak rasa.
Tapi kalau baik hati nak beli banyak2 sebab nak sedekah kat jiran tetangga, sila2...


Wishing you a blessed Ramadhan!

Monday, August 9, 2010

pening hilang

Beban dibahu terasa ringan lepas habis berchatting dengan mak uda baru kejap tadi. Mak uda adik kepada ayah aku. Lama betul chat, dari pukul 3.39ptg sampai 6.20. Itupun nasib baik pak uda dah sampai kat office untuk pick up mak uda, kalo x alamatnya sampai ke malam la berchatting....

ayat akhir setiap kali mesti


esok kita sambung ek

tapi kali ni ada penambahan prosa kata ke imbuhan kata ntahla..peribahasa pun bole

esok kita sambung ek

best gak cite2 ginie, ye

bak kata org, lege mcm lepas kentut je

bye

hahaha..aku copy sebijik2 ok, takde tambah apa apapun

dugaan makcik aku lagi hebat dari aku rupanya. Kisah ex husband yang berperangai ala2 jin, pernah eksiden teruk dan gila kejap tapi masih tak sedar2 diri.

kepala belah kiri rambut tak de sbb kt situ dh bjahit, saluran tiub mgalir kluar darah beku, kelopak mata belah kiri bjahit, gusi hancur, gigi hancur, tangan sebelah kanan yg selalu pukul mk uda patah, otak ex uda dh mereng16:53

smua menangis di kala tu, nenek ampunkan dosa ex uda16:54

pstu adik pak uda amik anak mak uda dekatkan pada pak uda16:54

Dah pernah gila tu..kalau time dia gila dia mati kan bagus..kan...time tu dosa2 dah xde dah. Dah diampunkan. Tiba2 waras balik tapi masih nak buat jahat.

Kerenah orang tua ni ada macam2 rupanya..bilalah dugaan ni nak habis.

p/s: Tiba2 aku jadi takut untuk berumah tangga.

Anonymous


Anonymous

to me
show details Aug 2 (6 days ago)

anonymous has left a new comment on your post
.
.


limpahkan kasih sayang ,perhatian,dan saling keterbukaan dalam setiap anggota di dalam keluarga,rasa aman dan rasa saling menghargai ,sejak kecil mencintai dan dicintai ,rasa takut dosa yang kental,pastikan Allah Maha Mengetahui tentang segala perbuatan kita.Insya Allah kelembutan jiwa yang kita tanamkan pada anak-anak kita, akan menjauhkan dari sikap tak bertanggung jawab,Ya Allah ampuni dosa -dosa kami sebagai ibu ,jika dalam pemeliharaannya tidak kami sertakan doa-doa agar anak -anak kami memiliki kelembutanMU,kesabaranMu ,serta kasih sayangMu.tolonglah kami ya Allah timbulkan rasa takut ,rasa malu,rasa hina , jika mereka akan melakukan hal-hal yang sangat Kau benci, karena hanya padaMu kami tumpukan segala harapan kami,agar jangan lagi anak-anak kami berkubang dalam lumpur yang penuh dosa,sehingga mereka lupa pada buaian dan harapan bunda ketika masih dalam dekapan dan pelukan kami.
 .
.
.
.


Seminggu aku tinggalkan blog ni sebab balik kampung kat simpang renggam, then buka email jupe komen ni. Ayat2 ni makin menyerabutkan lagi kepala otak aku ni. 


Sebab pertama dan utama, aku benci N.K. Segala harta benda kat rumah tu semua dia canang dia yang punya walhal harta bapak aku. Disebabkan dulu bapak aku sayang ko maka diletakkan sekali nama ko aka N.K atau J.K (Janda Kecewa sebab kekasih hati kawen lain dengan janda kaya di KL) atas banglo yang ko duduk sekarang. Padahal ko patutnya xde share pun..paham. Disebabkan ko bermaharaja lela kat rumah tu,..maka perlu ke mengubah segala2 benda dirumah?, renovate segala macam then lastly ko nak claim kat bapak aku. perempuan ni memang tak tau malu betulla.


Ayat yang buat aku sakit hati lagi...limpahkan kasih sayang ,perhatian,dan saling keterbukaan dalam setiap anggota di dalam keluarga. Takde maknanya N.K nak sayang semua anak2 dia. Anak manja dia satu-satunya adalah si Farisah je. Nak pergi kerja pun si NK hantarkan sampai depan rumah, bekalkan segala lauk pauk, peluk cium bagai, padahal budak manja tu kerja jaga kedai je pun. Tua dah pun umur 20 kot.  Jauhnya kedai dengan rumah pun tak sampai 3 minit. Si bongsu yang umur 11 tahun tu pulak si N.K suruh dia gosok baju sendiri, basuh kasut sendiri, suruh sapu rumah pun ada..buat macam orang gaji pulak. Menambahkan kegeraman, si NK siap bagi pakai laptop n berukband kat si Farisah hari2. Bukan aku jeles, tapi perlu ke budak yang jaga kedai bawa laptop n berukband pergi kerja? mengalahkan engineer n student. Suruh belajar pandai2 xnak.


aku takde mood nak menaip dah hari ni...doa kat atas tadi aku ambik dan aku ubah untuk bagi ke N.K. Moga dia sedar satu hari nanti. Anak manja yang dia tatang bagai minyak yang penuh tahi tu takkan ada untuk dia dikala tua nanti..aku kenal benar perangainya. Tak bertanggungjawab


....tolonglah kami ya Allah timbulkan rasa takut ,rasa malu,rasa hina , jika dia akan melakukan hal-hal yang sangat Kau benci, karena hanya padaMu kami tumpukan segala harapan kami,agar jangan lagi dia berkubang dalam lumpur yang penuh dosa,dek lupa kerana kekayaan dunia....


p/s: Tarikh 17.7 tarikh yang penting sebab aku ..semoga dia bahagia hendaknya. itu jalan yang terbaik.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...