Friday, July 9, 2010

Paul si sotong peramal, ahli nujum pak belalang..hehe

Entri ni aku ambil dari snowny (http://ahappysnow.com/kisah-hidup-paul-the-octopus/) dengan izin...hehehe. Sebab kisah ni memang menarik bagi aku. Tapi nak percayakan si Paul ni jangan ok.

Paul ialah sejenis sotong kurita, species Octopus vulgaris telah ditetas daripada telur di Sea Life Centre,Weymounth,Dorset, England pada tahun 2008. Paul juga mempunyai nama panggilan lain iaitu Das Krakenorakel. Octopus kini tinggal di  Sea Life Oberhausen, sebuah tempat tarikkan komersil di bandar Oberhausen,Germany. Sea Life Oberhausen merupakan sebuah tema yang memelihara hidupan laut dimiliki oleh Merlin Entertainments, syarikat ini mempunyai taman hiburan yang tersendiri selain Sea Life Oberhausen


Asal usul nama sotong kurita “Paul” diambil sempena nama sebuah tajuk puisi “Der Tintenfisch Paul Oktopus” yang ditulis oleh  Boy Lornsen. Menurut kenyataan dari pengarah hiburan Sea Life, Daniel Fey, Paul the octopus menunjukkan demonstrated his keistimewaannya pada awal usianya yang kini sudah berusia 2 tahun.Daniel perasan perwatakkan Paul yang istimewa dimana;”Cara Paul melihat pelawatnya apabila mereka melihatnya secara dekat, ia kelihatan luar biasa. Oleh itu Pihak Sea Life telah mencari idea untuk melihat potensi sebenar Paul yang terpendam”


Semasa perlawanan German international footbal, Paul the Octopus telah diberi dua kotak lutsinar yang serupa bentuk. setiap kotak mengandungi makanan iaitu kupang dan tiram.Kedua -dua kotak telah ditandakan dengan  bendera; satu kotak dengan bendera German dan satu lagi kotak dengan bendera pihak lawan.

Dikatakan pilihan Paul the Octopus pada kali itu juga tepat dimana bendera yang dipeluknya menang. Bermula dari kejadian itu, Paul telah digelar sebagai peramal binatang. Namanya terkenal diseluruh dunia semenjak perlawanan world cup 2010 bermula.

4 comments:

  1. Dari Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang tertidur atau terlupa hingga luput sembahyang hendaklah dia menunaikan (sembahyang) sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar) kembali." - Sahih Bukhari
    Selamat berhari Jumaat Al-Mubarak..

    ReplyDelete
  2. ntah la...kebetulan kot.hik3.
    tp ramai yg nk goreng si paul nih.

    ReplyDelete
  3. peramal bintang.. ahli falak..
    ekekekke.. paul2.. :p

    ReplyDelete
  4. disebabkan terlalu banyak entry mengenai paul nak kena bunuh, baik tulis pasal kisah hidup paul pulak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...