Monday, June 7, 2010

Nota Cinta

Apa perasaan korang kalau dalam diam-diam ada orang tinggalkan nota cinta untuk korang?

"saya ingin awak menemani saya hingga ke akhir hayat"...
"sudikah awak menjadi permaisuri hatiku?".....

(macam pernah dengar jelah ayat 2nd tu...hik2)
Perasaan bahagia? terharu? Berbunga-bunga.....kan...kan..eleh, ngaku jelah...

Aku bukan nak promote peraduan "Nota Cinta" dari coffemate mahupun cerita tentang nota cinta dari kekasih kepada buah hati ok.

Tapi nak cerita tentang nota cinta dari nenek kebayang a.k.a NK kepada someone dalam rumah ni but it is absolutely not me!!


Ciri-ciri itu nota nenek kebayang..
1)Nota cinta itu mestilah ditulis diatas kertas kan...tapi macam mana gaya ia ditulis? Besar2? kecil?...

kalau dah nama nenek kebayang mestilah besar2...mata pun dah jadi empat...
kalau guna microsoft word maybe font 50 untuk kertas yang biasa kita gunakan iaitu A4...
Kalau next time dia guna manila kad,maka akan lagi besar itu font ye...

2) tempat penghantaran

disini khidmat posmen tak diperlukan kerana nenek kebayang sendiri yang akan menghantarnya terus kepada anda. Kira speacial delivery gitu...hahaha...I like!!!!!

Destinasi tempat nota cinta ditinggalkan pastinya akan diselit dibawah pintu bilik penerima dan terdapat lagi satu tempat favourite dimana nenek kebayang banyak menghabiskan masa dengan memakan masakan sinasha iaitu didapur...

3) apa yang ditulisnya?

tak sabar korang nak tahu dari tadikan...mehla nak beritahu ni...
Nota cinta ditempat pertama merangkap favourite note
tulisannya mestilah ditulis besar2 sebab yang sebenarnya lagi besar dari ni kan...


"Tolong pulangkan rantai mutiara dan rantai emas tali bubut!!!"

(sebenarnya dari dulu lagi kitorang tak faham...mana datangnya rantai mutiara nenek kebayang? tak pernah nampak n tak pernah ambik pon!. Emas tu adalah...lagi berbalaoi-baloi kan...hikhik ketawa jahat!)

untuk pengetahuan kami, korang tak perlu tahu pun takpe...nota ni diberi khas dibawah pintu sebanyak 2 kali.

Ok, maka another love letter is

"Sila kemas dapur dan basuh pinggan, kuali selepas masak!!!!" (isu tanda seru banyak2 tu bukan ditokok tambah tetapi memang real)

untuk pengetahuan kami juga, nenek kebayang memang tak suka memasak dan pernah diketuk dengan senduk oleh kakaknya kerana malas masak..dah siap makan pun pinggan akan ditinggalkan begitu sahaja tanpa belas kasihan..sadis betul situasi ni..oleh itu sifatnya berlarutan sehingga kini...

isu tak kemas dapur tu bukannya tak kemas selama berbulan2 or berminggu2 tapi baru je kot berjam2...kami adik beradikkan rajin memasak..ada jelah aktivitinya,goreng ayamlah,keropoklah..panggang hotdoglah, popialah (yang ni kerja si Farisah ok)....

to be continue.......

5 comments:

  1. he he he
    comellah nenek kebayang tu!

    ReplyDelete
  2. salam...
    jangan bagi nenak kebayang tu naik hangin..kena sumpah kang naya....hehehehe

    ReplyDelete
  3. wslm...

    pak long..sumpah kang kitorang kena halau..ngeh,ngeh

    ReplyDelete
  4. salam..
    ayat2 cinta yek?
    ertuah jika ramai yang sayang

    ReplyDelete
  5. kak.. amende nieh?? wadud x paham lar?? huhuhu.. sape nenek kabayang tuh?? kawan akak ker?? :p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...