Tuesday, June 15, 2010

Jangan kerohkan lagi keadaan

Malam tadi entah siapa telefon ntah..kalau tak keluar nama,maka hamba tak nak angkat. Melainkan hamba ada instinct yang itu adalah kawan hamba, baru hamba angkat. Dua kali dia tu kol.

Lagipun telah diceritakan alkisah seeorang pakcik yang bizi body telah menelefon nasha sebelum ni. Maka maybe pakcik tu akan menelefon hamba pulak pesan sinasha.

Pagi ni pun pakcik ni kol2 hamba. Tetap hamba taknak angkat. Kalau ayah yang telefon,maka wajip diangkat.

Message pertama diterima dari pakcik itu....
"Salam, dila, tolong jawap call ni. Pak ngah nak bercerita sikit dengan kamu"..

jawapnya sampai mati pun kalau kau kol aku taknak jawap ok...nak membalas message lagi tak hingin. Lainlah adik aku message ke..mesti aku kol balik,takdenya nak message2.


Then ayah aku kol. Pesan ayah kepada aku..bagi mengelakkan aku supaya dianggap kurang ajar oleh pakcik itu, maka hendaklah menghantar message yang aku bizi sekarang ni. Suruhan ayah aku akur tanpa sebarang bantahan.

Pakcik yang aku kenal ni bukannya pakcik dekat pun, pakcik jauh (sepupu mak aku). Kalau raya pun tak wajip pergi. Nak taknak aku pun balaslah message mengatakan aku bizi. Padahal satu hari ni aku takde buat kerja langsung pun. Mood aku hilang langsung nak buat kerja .

Entah apa je yang pakcik tu boleh cerita? Paling tidak pun dia nak nasihat aku kot. Lagi banyak kang yang aku cerita dari dia adalah nanti. Kalau dah cerita sikit2, panas pun akan naik sikit2..aku mana tahu sabar. Jadi untuk mengelakkan suara lantang keluar dan memburukkan keadaan yang dah sedia buruk..baik aku diamkan je. Sudah2 dengan segala masalah yang menimpa satu persatu..ada jelah masalah hari-hari, tak pernah lekang.

Biarlah masa yang menentukan kesudahannya. Lagipun masalah ni mak aku yang timbulkan. Bukan aku pinta pun. Sampai bila-bila pun tetap kami juga yang tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. Orang luar mahupun sedara nak bantu macam mana pun, benda dah tersurat pun. Moga segala kesulita akan reda satu masa nanti.

7 comments:

  1. berat bunyinya masalah kamu
    aku harap ianyatidak mengganggu kehidupan seharian!
    insyaAllah

    ReplyDelete
  2. errr..xtaw nk ckp ape..huhuhu

    saba jela..pasti ad penyelesaianny nti.

    ReplyDelete
  3. Yang.. nape ni? sharing2 lah....

    ReplyDelete
  4. erm..setiap masalah ade jln penyelesaian kan..

    ReplyDelete
  5. thanks a lot sitedi, sugar2 kapas strawberry, kembar ku Daleela dan Nazz@purple diatas komen korang..

    Susah nak ceritakan tapi harap masalah ni cepat hilang nnt.

    ReplyDelete
  6. salam...
    diam tu satu tindakan yang paling bahagia tuk semua

    ReplyDelete
  7. sabar k, i dun know whats ur problem is..but sabar is the best i can say tu u dear dalila...cheers..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...