Wednesday, May 5, 2010

Slot Samarinda - Drama Noktah Erna ganti Drama Asmaradana

(Sumber Budiey) Terbaru di Slot Samarinda ialah sebuah drama yang sarat dengan mesej yang berkisarkan tentang pengorbanan yang dilakukan dalam menempuh duniawi penuh pancaroba. Diberi judul Noktah Erna, ianya sebuah drama berat yang memfokuskan tentang kehidupan kekeluargaan, pengorbanan dan kasih sayang seorang cucu cuba menyatukan hubungan ibu dan datuknya yang sudah lama terpisah.

Noktah Erna yang akan memulakan siaran ulungnya di TV3 pada 5 Mei 2010, setiap hari Selasa -Khamis jam 10.30malam mengingatkan penonton bahawa pengorbanan untuk mereka yang kita kasihi, lebih-lebih lagi untuk mengeratkan silaturrahim adalah sesuatu yang mulia.



Keseluruhan sinopsis berkisarkan kasih sayang antara ahli keluarga terutama antara ibubapa dan anak-anak tiada batas sempadan, tetapi kerap kali kasih sayang itu diuji sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak terluka dan mereka berpisah tanpa kerelaan. Itulah yang dilalui oleh Haji Taufik dan Aishah. Disebabkan ayahnya cuba menjodihkan Aishah dengan calon menantu pilihannya Aishah meninggalkan rumah bersama suaminya, Ismail yang tidak direstui oleh Haji Taufik..

Kedua-duanya Haji Taufik dan Aishah terasa hati dan tersinggung dan tidak mahu mengalah. ‘Perang dingin’ antara mereka berlarutan selama 25 tahun. Hubungan mereka kembali bertaut dengan kehadiran dan pengorbanan Erna.

Aishah dan Ismail sedang membuat persiapan untuk menyambut kepulangan anak tunggal mereka Erna yang akan pulang dari luar negara setelah menamatkan pengajian di luar negara. Begitu juga dengan keluarga jiran mereka, iaitu Cikgu Sakinah dan En. Mahfuz, mereka juga membuat persiapan untuk menyambut kepulangan Shamsul. Shamsul dan Erna berkawan baik dan sama-sama melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Setelah pulang, mereka terpisah kerana kerja di tempat berasingan.

Cinta yang terpendam antara Erna dan Shamsul teruji apabila kehadiran Kamal sebagai rakan kongsi perniagaan yang juga merupakan cucu angkat Haji taufik. Pada masa yang sama dengan pergaduhan antara ibu dan datuk Erna. Bagaimanakah Erna melakukan pengorbanan dalam kehidupannya? Mampukah dirinya mengatasi masalah kehidupan yang dibelenggu?

Dengan mesej utama iaitu segala ilmu dan kefahaman yang kita perolehi hendaklah di amalkan seterusnya kita dapat melakukan pengorbanan dengan erti yang sebenar dalam kehidupan kita.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan lakonan mantap Rita Rudaini, Aqasha, Julia Zeigler, Awal Ashaari, Yalal Chin, Mohd Nor Bond, Liza Abdullah dan Fathil Dani dalam Noktah Erna di Slot Samarinda, Selasa-Khamis 10.30malam bermula 5 Mei 2010


P/s: Pengakhiran yang best untuk watak jahat dalam slot asmaradana dan kamelia katrina malam tadi, watak jahat akhirnya jadi gila...puas hati aku!!!hahaha...kalaulah ada didunia nyata ni orang jahat macam tu..cepat-cepatlah kau jadi gila...sebab nanti kau boleh masuk syurga (^___^)

Menantikan lakonan Rita Rudaini yang sentiasa mantap dalam drama terbaru Noktah untuk Erna...you go girl!

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...