Friday, May 21, 2010

Its good to be Back at HOME!!!!

Semalam petang tak sempat adah nak jumpa aku..tahu-tahu aku dah lesap balik johor. hehe.

Pukul 5.30 petang terus aku cabut balik simpang renggam. Dalam fikiran aku asyik ingat kucing-kucing yang comel dan Farhan je sepanjang perjalanan. Walaupun semalam hujan lebat, aku gagahkan juga drive. Lebat gila hujan!!

Sampai je rumah aku nampak Farhan tidur time maghrib2..kesian kepenatan pagi petang pergi sekolah. Hari isnin, selasa, rabu dan jumaat malam pun still kena datang sekolah juga. Ada kelas malam. Padahal baru darjah 5.

Sekolah Farhan dekat je, dalam kampung Ibrahim Majid ni..jalan kaki 30 langkah dah sampai dah..haha. Tapi walaupun dekat, ayah aku upah orang ambil dan hantar farhan pergi sekolah..atuk jiran sebelah rumah kitorang yang hantarkan.

Pada aku, dalam banyak-banyak adik beradik, Farhan paling kesian sekali sebab tadika dekat dalam kampung (tadika kemas). Si Farid and Faris tadika dekat Nuri, kalau sesiapa yang duduk kat Johor Bahru mesti tahu. Paling seronok si Farid  a.k.a abang badang, sebab time kitorang tinggal kat taman sri putri dulu, tadika Nuri kat sebelah rumah je...hahaha. Best kan!. Kalau tertinggal buku ke nanti teacher dia jeritlah nama aku..hahaha.

Sungguh pun belajar kat dalam kampung, Farhan tetap pandai. Dalam pada kesian kat Farhan, tapi sebenarnya dia yang paling senang nak dapat apa-apa kalau mintak kat ayah dia. Dapat nombor best je dalam kelas, mintak PS2 terus dapat (Si abang badang yang gila hebat dalam peperiksaan tak pulak dapat hadiah...pmr 8A, SPM 7A...hehe.sabar ye abang badang..). Walaupun PS2 farhhan pernah disonglap pencuri, tapi ayah aku tetap belikan lagi sekali.

Kalau nak minta apa-apa kat nenek kebayan jangan haraplah...kalah soal-jawap polis. Tapi tetap tak dapat juga.

Hari ni pun geram dengan nenek kebayan. Dah tahu si abang badang nak pergi daftar esok, mintak copkan pengesahan boleh dia kata..ahhh penat lah..

the end...

p/s: malam ni rasa nak bawa adik-adik pergi makan luar dengan pergi karaoke je rasa..last time karaoke dekat Kluang Mall. Best!!

Misman pula dah tanya, esok nak ikut pergi hantar si abang badang tak?

5 comments:

  1. salam...
    kita biasa sampai kg chakro...

    ReplyDelete
  2. wasalam

    kat mana ek pak long kg chakro...macam pernah dengar...hehe

    ReplyDelete
  3. kat sini pun semalam ujan lebat...

    ReplyDelete
  4. pak long: ooo...kg chokro..kt pekan simpang renggam...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...