Tuesday, April 20, 2010

Pendidikan seks di sekolah tidak perlu - Dr. Mahathir

20/04/2010 4:31pm

KUALA LUMPUR 20 April - Pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai subjek khas di sekolah-sekolah kerana ia sudah terdapat dalam pengajaran agama Islam, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai dengan menjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu.
Menurut beliau, dalam subjek agama Islam boleh dimasukkan perkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.
“Akibat tidak mengawal nafsu bayi dibuang dalam tong sampah dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan tentang pentingnya pengawalan nafsu,” katanya pada sidang akhbar di sini. - Utusan


"Aku tak mahu lihat bayi dibuang lagi...
manusia bertopeng apakah yang sanggup membuang darah daging mereka sendiri..
memang kecik-kecik taknak mati...dah besar malukan diri sendiri..
tak guna belajar tinggi-tinggi...
pergi terjun dari bangunan yang tinggi tu"

7 comments:

  1. betul2..
    islam dah sediakan semua untuk jaga perilaku manusia ni.

    ReplyDelete
  2. Pada pendidikan seks cara barat, penggunaan kondom dan pil perancang adalah perkara wajib yang akan diterangkan.

    ReplyDelete
  3. macam tu makin berleluasalah orang buat seks bebas..huhuhu.

    ReplyDelete
  4. itu sbb tun mahathir wt dasar pandang ke timur..sbb dia dh lama kaji...tp sbnrnya Islam mmg dh lengkap, cuma kita je xmo nk lengkapkan diri ngn ilmu2 Islam n cara hidup sbg sorg muslimah sejati(aku lah ni)..

    ReplyDelete
  5. limpahkan kasih sayang ,perhatian,dan saling keterbukaan dalam setiap anggota di dalam keluarga,rasa aman dan rasa saling menghargai ,sejak kecil mencintai dan dicintai ,rasa takut dosa yang kental,pastikan Allah Maha Mengetahui tentang segala perbuatan kita.Insya Allah kelembutan jiwa yang kita tanamkan pada anak-anak kita, akan menjauhkan dari sikap tak bertanggung jawab,Ya Allah ampuni dosa -dosa kami sebagai ibu ,jika dalam pemeliharaannya tidak kami sertakan doa-doa agar anak -anak kami memiliki kelembutanMU,kesabaranMu ,serta kasih sayangMu.tolonglah kami ya Allah timbulkan rasa takut ,rasa malu,rasa hina , jika mereka akan melakukan hal-hal yang sangat Kau benci, karena hanya padaMu kami tumpukan segala harapan kami,agar jangan lagi anak-anak kami berkubang dalam lumpur yang penuh dosa,sehingga mereka lupa pada buaian dan harapan bunda ketika masih dalam dekapan dan pelukan kami.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...