Monday, April 12, 2010

Kembali dari cuti pendek..

Mulai minggu lepas dan minggu akan datang dan seterusnya, aku akan balik johor..tak kira!!. Nasib baik rumah dekat Simpang Renggam je..tapi tak lama lagi kalau rumah dekat Taman Krubong Perdana Melaka dah siap tak payahlah aku nak susah2 balik Johor dah..aku pun dah takde perasaan nak balik Johor dah. Jangan tanya aku kenapa. Aku sayang adik-adik aku..sebab tu aku balik jenguk..

Sesampai je aku kat Melaka ..terus ON pc aku..hehe. Kalau balik johor memang aku takde masa langsung nak duduk depan pc ni..Macam2 la aku kena wat..biasalah orang perempuan. Walaupun Madam xde,tapi die punya pesanan memang panjang..macamla aku tak biasa buat. Dia pulak senang-senang lepas tangan pergi enjoy sorang diri selama 4 hari. Memang selfish! ..tau nak mengarah je..lantaklah..yang pastinya segala cerita-cerita dia aku taknak dengar dah. Tak tahu yang mana benarnya dan yang mana palsu. Memang manusia bertopeng. Aku benci selalu ditipu..dari aku kecil sampai aku tua ni..

Memang best jadi kakak sulung..adik-adik kena jaga..anak-anak kucing n mak kucing kena jaga...kerja2 rumah memang tak payah cakap lah... Yang peliknya kenapalah susah sangat kalau orang jantan ni nak tolong.."Nawi,,Nawi rajin tak? Tolong akak buang sampah Nawi.."..jawapan dia senang je.."Tak Rajin..huhuhu"..ok..stop cerita sedih-sedih..nak cerita pasal makan-makan pulak.

Hehe hari ni disebabkan semua adik-beradik aku ada,jadi aku masak speacial skit. Ikan siakap masak stim, udang masak merah dan sayur goreng..lagipun dah lama aku tak memasak untuk adik aku..kalau balik rumah minggu lepas pun, aku ajak makan kat luar je..takde mood nak masak.

Belah petang terus balik ke Melaka dengan Nadzirah Afiqah...kenapalah jauh beza nama aku dengan adik aku..Aku Dalila je..adik-adik aku..Nadzirah Afiqah, Faris Afandi, Farid Asnawi, Farhan Aizuddin. Mungkin time aku lahir dulu2 diorang takde idea nak namakan anak panjang2 kot..Malam pulak kitorang makan kat McD Ayer Keroh je..Rupa-rupanya Taman Buaya dah ada benda interesting! ada kolam renag,tapi kecil je..kalau orang dewasa dikenakan bayaran RM 10..kanak-kanak tak pasti pula..nanti inform balik ok!!

Aku rindu waktu dulu-dulu..(cameraman takde dalam gambar)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...