Monday, April 12, 2010

Dah naik Menara Taming Sari dah!! Anda bila lagi

Gambar ni diambil 3 tahun yang lepas (Gambar dari kiri: aku,adah n ser)..apsal la nampak lengan aku besar sangat..huhu


Menara Taming Sari Nama menara ini diambil sempena nama keris lagenda Taming Sari yang digunakan oleh Laksamana Melaka yang terkenal iaitu Laksamana Hang Tuah. Menara ini dibina atas cetusan idea YAB Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Mohd. Ali bin Haji Mohd. Rustam sendiri.

Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara tinjau yang berketinggian 110 meter ini merupakan satu-satunya menara berputar yang menggunakan konsep 'gyro' di Malaysia dan dapat memuatkan 66 penumpang pada satu masa.

Menara yang menggunakan teknologi baru dari Switzerland dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri Melaka. Setiap pengunjung yang menaiki Menara Taming Sari ini pasti akan tersenyum puas melihat pemandangan dari atas pelantar menara ini. (Memang boleh nampak muka aku yang tersenyum puas..)

Sejurus selepas anda menaiki menara ini, anda akan dihidangkan panorama indah Bandaraya Melaka pada 360 darjah pemandangan selama 7 minit di menara berputar di ketinggian 110 meter.Bayaran pula tak mahal..RM10 sahaja tapi ini selepas anda tunjukkan Mykad id ok :) Siapa yang belum merasainya,cepat2 pergi..

5 comments:

  1. npe ser tu nampak gemoook je??cnfius2..

    ReplyDelete
  2. heheh...taming sari...aritu sy jenguk jew...nk naik wamai org sgt meyh...

    ReplyDelete
  3. gayat seyh naik nek tapi layan gak....ekekeke tinggi giler

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...