Saturday, March 27, 2010

Stone Grill atau Seoul Garden

Semalam kami pergi ke bandar melaka, dengan tujuan untuk tukar duit kat kedai pengurup wang ni (lecturer aku kata murah tukar duit kat sini) tapi dia tutup rehat 3 hari la pulak. Hari Isnin nanti baru buka balik.

Penat pusing2 bandar Melaka Bersejarah ni, terasa laparlah pulak. Aku bukan boleh tahan kalau lapar ni, rasa nak mengamuk je kalau lapar..macam singa betina Bob cakap. Kalau makanan lambat sampai pun mau aku bergaduh dengan bob sebab bawa aku kat kedai makan yang lembab services dier. Dah alang2 kat bandar aku ajak Bob pergi Aeon Bandar Melaka. Mula2 dia ajak makan kat pizza hut..tapi punya la ramai orang.Taula kan kalau dah ramai tu kompem makanan aku nanti sampai lambat punya..mau tak nyer aku bertukar jadi singa betina..punyalah panas baran,bila nak berubah tak taulah.

Kami masuk ke restoran Stone Grill untuk mencuba kedai yang baru buka ni..permandangan kat kedai ni memang cantik. Tapi lepas ni tak boleh masuk dah Bob cakap sebab diorang ade jual arak Calsberg..aku tak perasan pulak benda alah tu ada dalam menu. Menu utama restoran ni sudah semestinya grill iaitu makanan panggang. tapi aku rasa tak berbaloi sebab makanan dia punyalah sikit dan agak mahal..


Sharksfin Soup RM7.90 French Fries RM 3.90


our lauch..Chicken chop RM13.90



Ni permandangan dalam kedai ada dua buah pokok. Kami makan di tingkat bawah je, sebab tak larat nak panjat poko tu..ceit..hehe

Kalau korang yang cerewet bab2 makanan...nah..masakla sendiri. Nak separuh masak ke nak cukup2 masak ke lantak korang la sebab korang yang masak sendiri. Konsep kedai ni memang mudah, anda yang memasak. Makanan akan sampai dimeja anda dalam masa yang sangat singkat..tak sempat pun aku nak berbual2 dengan bob. Hati2 dengan batu yang panas tu..sebab 400 darjah..
RM39.90

Sekarang aku nak compare Stone Grill dengan Seoul Garden di Mahkota Parade Melaka pula. Kalau dibandingkan dua- dua ni..dan korang tanya aku mana yang aku suka..aku akan kata Seoul Garden..sebab utamanya..aku hanya perlu bayar sekali je iaitu RM24 seorang untuk dapat makan semuanya..hahaha.sebab makanan buffet. Ada ayam, kambing, udang, sotong, ikan (semua dah di marinate)..bebola2, nasi..ais krim, ABC..korang pergi la sendiri..macam2 ada, sebut je.Konsep makan kat sini sama gak. Korang yang akan memasak. Tapi steambot pun ada tau..my favourite soup is kimchi soup.

Kalau makan kat sini pastikan korang makan banyak2..kalau perlu kosongkan perut dulu baru datang sini. Ni gambar adik-beradik yang suka makan dan kuat makan..hehehe.
My favourite..kambing..
kambing lagi..ni tak tau dah pinggan yang keberapa..kena masak dulu ni..lepas ni banyak lagi nak kena makan..ABC, buah-buahan..akhir skali aiskrim..kalau korang ada di dekat Melaka..makanlah kat sini. Rugi tak cuba :P





13 comments:

  1. adusshhh!!! terliur ak nengok nye.. kene pegih nih... hehehe

    ReplyDelete
  2. yum..yumm..berbaloi-baloi..semuanya ada di melaka

    ReplyDelete
  3. sedap giler :P.. kalau student dapat special price tau..lunch and dinner

    ReplyDelete
  4. duk mlk tp xpenah dtg situ...kt area mane eg??

    ReplyDelete
  5. area bandar ni..Aeon Bandar Melaka ada kat sebelah Tesco..Seoul Garden kat Mahkota Parade..ground Level..dekat dengan New York Solution

    ReplyDelete
  6. tak tau plak makan kat tempat ni, biasa makan kt kedai mamak je.. ;D

    ReplyDelete
  7. bile nak bawak aku mkn ni??suh r bob si org kaya bnjer aku ni..hehhe.

    ReplyDelete
  8. hehe..si org kaya Bob nak g London la..kaya bertukar ke kayap..meh aku bawak g makan tapi bayar sendiri2.hehe

    ReplyDelete
  9. oowh... OKB.. orang kaya bob.. hehe yang blanja..
    aku tak penah lg makan tempat ko makan tu.. hu3..

    kedai mamak depan ni slalu lar.. hak3..

    ReplyDelete
  10. hehe..pergi la makan..sementara boleh makan..haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...