Thursday, March 4, 2010

KUIH CORNFLAKES MADU

Sape yang tak suka makan cornflakes madu kan...kat sini nak kongsi resepi yang cukup mudah untuk dibuat. Kitorang adik beradik buat ni time cuti maulidul rasul hari tu..

Bahan-bahannya:

Satu kotak cornlakes
4 sudu gula
1 cawan madu
200g mentega

Cara Membuatnya :
1. Panaskan gula pasir, mentega dan madu hingga cair di atas dapur.
2. Masukkan cornflakes dan digaul rata. Api bolehlah ditutup.
3. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam cawan kertas sebelum dibakar.
4. Bakar sehingga kuning keemasan - 150 darjah celsius - 10 minit.
5. Sejukkan didalam peti- 10 minit

Rajin betul Farhan tolong kekka wat kuih tu ye..





Dah siap pn...dapatlah dalam 5 bekas..kemudian bolehlah diagih-agihkan..hehehe

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...