Wednesday, March 31, 2010

Doakan Din Beramboi cepat sembuh





   
Syukur apabila menerima perkhabaran Din Beramboi yang dilaporkan kritikal semalam kini menunjukkan perkembangan positif.

Berita yang disebarkan melalui laman sembang Facebook, Twitter dan blog mendapat sambutan apabila seramai 200 orang berkumpul di Hospital Selayang untuk melawat dan mengikuti perkembangan pelawak tersebut.

Din juga dilaporkan sudah mula bernafas sendiri dan organ badannya mula berfungsi seperti biasa.

Beliau dimasukkan ke hospital akibat jangkitan air kencing tikus yang telah mengakibatkan sistem badannya berhenti berfungsi. Berkat doa tidak putus-putus daripada keluarga dan peminat, Din kini semakin stabil.
Mangga Online harapkan Din Beramboi cepat sembuh dan doa kami sentiasa bersama beliau.

"Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat,"



1 comment:

  1. Jom doakan din beramboi cpt sembah..suka dgr lawak dia kat era tiap2 pagi..hehe ni lah keja aku dtg lab awal..dgr era on9..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...