Wednesday, March 24, 2010

CONTEST: Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100

Contest ini telah dianjurkan oleh seorang Lelaki ini, bertujuan suka² sambil melihat bakat anda dalam penulisan..Pemenang akan dinilai dari segi cerita yang menarik..katanya..


Contest
ini bermula pada hari20 March 2010 dan Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30.04.10


Hadiah


Tempat pertama akan menerima RM100 terus ke akaun anda

Tempat kedua akan menerima RM50 terus ke akaun anda

Tempat ketiga akan menerima RM30 terus ke akaun anda

Tempat keempat & kelima akan menerima saguhati sebanyak RM10 terus ke akaun anda



Sebenarnya dari semalam lagi dah tahu dah mengenai contest ni tapi belum ada rasa terpanggil untuk menyertainya bukan apa sebab terpikir gak dari semalam tapi idea tak datang2, dalam hati "Apa ye aku nak buat dengan duit RM100..banyak juga tu..tapi apa yang patut aku buat"..

Hari ni aku bertekad untuk menyertainya. Ia bermula selepas melihat rakan serumah iaitu cik Sweetsour (teman rumah) yang bersungguh2 untuk sertai contest ni. Katanya dia nak beli handphone baru sebab yang lama bateri macam cap chipsmore kejap ada kejap takde (yang ni aku yang cakap..ceit..)..memang tak tahan lama..tapi apa pulak yang aku nak buat dengan RM100 ye...

Idea aku tiba2 datang bila aku baru je nak ambil air sembahyang.."Bulan depan dah kena servis kereta ni..aduh..kena guna duit ni.." Bukannya aku takde duit, tapi kalau ada orang yang nak sponsor duit servis alangkah indahnya dunia ni..hehehe..lagipun aku ni pelajar.Jadi, kalau aku dapat duit RM100 ni akan aku gunakan dan laburkan ke jalan yang betul hehehe..iaitu servis kereta buruk ku..eh salah2 kereta kancilku,kang merajuk pula kereta tu. Servis dalam lingkungan Rm100 je sebab aku pakai kereta kancil! hehe..baki duit tu pulak nanti akan aku gunakan untuk ganti plat nomborku yang berwarna emas..jangan pikir itu emas pulak..cuma disebabkan pertukaran warna dari putih ke ala-ala kekuningan..check it out


Nampak tak perbezaan kaler no plat tu..ish malu je la..sape punya kereta la tu.."terima kasih kepada tuan punya kereta kancil yang sudi parking kat sebelah kereta aku"..memang kereta tu dah ada kat situ tau..bukan aku yang suruh..hehe2. Kalau di zoom dari dekat taklah nampak sangat..ni perasaan aku je kot..kalau orang lain nampak kompem kata kuning.


Ni pulak aku nak tunjukkan bukti..hehehe..bukti kena servis kereta bulan April nanti. Selalunya kalau Perodua suruh servis kereta bulan 4 aku akan lambat2kan ke bulan 5 dan kalau bulan 6, bulan 7 lah aku servis..sebab tak pergi jauh mana pun..pusing2 melaka-johor, or johor-melaka sebab balik kampung jenguk adik2 aku, kucing2 aku, hamster2 aku..hehe.


Nampak tak???...tulis April 2010...untuk yang ke 71000km..yeye oo jer.pandai2 je orang perodua tu tulis jauh tu. Padahal meter aku dah padam lama dah,means dah tak boleh tengok pun jauh mana aku dah pergi..tapi nak diganti baru alamatnya memang takde la..lalala~~
Aku rasa cukup sampai sini jela mengomel2..tapi memang bersungguh bercerita ni sebab nak menang..maklumla..aku first time masuk contest ni. Blog ni pun baru berusia 3 minggu..harapan aku semoga kalian yang membaca dapat mendoakan kejayaan aku..ok! Trimas~~~




3 comments:

  1. alamak..skali plet J la..kasik kilat aa..hehee ;p

    ape pun tQ for joining & good luck.. ;D

    ReplyDelete
  2. alamak..hehe..berdebu ek..nampak saja kalau orang lelaki ni..hehe..disebabkan hujan melanda negeri melaka semalam..Trimas 4 the wish

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...