Sunday, March 28, 2010

Cantiknya Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) di UTeM kan..

Hari ni hari Ahad..bangun pagi2 aku terus je bersiap untuk pergi ke UTeM. Ni gara-gara pc aku yang rosak dan sedang dibaiki di PC world..ikutkan hati nak hantar di Stygix (murah banyak) tapi jauhla pulak dari rumah aku yang dekat Durian Tunggal ni. Nasib baik aku ada geng skali..boleh teman kan aku kat fakulti ni nanti taklah aku keseorangan.

Geng aku ni bukan baru aku kenal,tapi dah lama sangat..family dorang dan kampung dorang pun aku tahu dah..walaupun aku ni orang Selangor yang menetap di Johor dan belajar di Melaka..geng2 aku pulak sume orang Terengganu. Dah 7 tahun kenal dorang ni..dorang yang aku maksudkan ialah Adah dan Ser..Cik Adah kita ni pekat sikit cakap Terengganu, cuma sekarang ni dia dah boleh cakap bahasa KL sikit..haha..disebabkan tulah lidah aku ni pun dah jadi berbelit belit dah dan lebih kearah bahasa Terengganu. Jadi ramai yang ingat aku pun orang Terengganu gak bila dorang dengar aku cakap..'first impression' dorang memang ternyata salah..haha..tapi bila aku nak membeli belah di Pasang Payang dah jadi satu masalah pulak bila aku nak cakap bahasa dorang tu..sebab aku rasa yang aku ni pelancong kat situ kot, tu yang payah tu..nak la tawar harga murah2 kalau boleh kan masa shopping..ececeh.. kaki shopping betul minah ni.

Berbalik pada tajuk asal aku..ni dah banyak melalut dah tadi..semalam petang kami pergi cuci-cuci mata, jalan-jalan, tangkap-tangkap gambar..maklumlah kan hari Sabtu mana ada orang..hari-hari minggu macam ni lah nak tangkap gambar sebab takde orang..bolehlah nak lompat-lompat ke..nak panjat-panjat pokok ke..nak duduk or meniarap sekalipun..hahaha..
Apapun nilah gambar-gambar awek di Fakulti FKEKK..kitorang ni adalah pelajar Master byResearch ambil bidang Elektronik..rasa macam aku ni salah ambil bidang je sebab belajar tak abis2 lagi kalau ambil bidang memasak kan senang..heheh..laki aku nanti pun mesti happy je dan bertambah bulat bila makan makanan yang aku masak..lagipun aku memang suka memasak..



Nilah Cik Mawaddah Binti Muhammad..my roommate..dia anak second last dari 11 orang adik beradik kalau tak silap aku..rumah dia kat tepi pantai tau..dekat dengan airport Kuala Terengganu di Teluk Ketapang..anak pakcik Muhammad dan Mek Siah. Selalu Pakcik Muhammad tanya aku bila aku nak datang sana..InsyaAllah..nanti kalau aku ada kelapangan aku datang sana lagi. Lagipun aku memang enjoy abis pergi Terengganu..ada macam2 yang boleh dibeli disana..kain songket, budu,tudung, telur penyu..baju2 tidur aku..semua aku beli kat sana sebab murah-murah. Kualiti perkara pertama yang aku titik beratkan,yelah kalau mahal2 tapi tak selesa nak pakai tak guna kan..


Cun tak awek Terengganu ni..kalau ada siapa-siapa yang nak berkanalan dengan dia tinggalkanlah komen anda tau..hehe..yang baik2 je boleh ok :P ..nama dia Maisarah Binti Mohd Shafie. Rumah dia pulak kat Bukit Payung. Gambar ni diambil dalam Makmal Pasca siswazah kitorang..


Nilah pintu masuk ke makmal kami..hahaha..hari-hari pun kami datang lab ni...buat kajian. Apa tak bestnya kalau tiap2 orang dapat pc sorang satu..siap ada internet. Jimat bil elektrik kat rumah :P. Padahal kat rumah pun ada streamyx gak..ok..pasni nak tunjuk gambar-gambar disekitar makmal kitorang pulak ya..check it out..for information fakulti kitorang yang mula-mula pindah di kampus tetap kat Durian Tunggal ni. Sebelum ni kitorang belajar kat rumah kedai je..sob2..sedih..terpaksa bersusah2 masa degree dulu..dan bersuka ria masa master sebab UTeM dah makin cantik sekarang..



kanak-kanak riang




Masjid UTeM



kanak-kanak yang riang




Sekarang aku nak promote UTeM lagi.lagi dan lagi pasal UTeM...lagi-lagi untuk budak-budak lepasan SPM 2009..manalah tau kan korang ada isi nak mintak UTeM ke..

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah IPTA yang ke-14 dan merupakan universiti teknikal pertama di Malaysia. Universiti ini kini beroperasi di 3 kampus iaitu di Kampus Induk yang teletak di Durian Tunggal, Alor Gajah, Kampus Industri di Ayer Keroh manakala Kampus Bandar terletak di Pusat Bandaraya Melaka.

Universiti ini mempunyai 6 fakulti dan 3 pusat kecemerlangan. UTeM menawarkan program di peringkat diploma, ijazah dan pasca siswazah dalam Kejuruteraan, Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan Pengurusan Teknologi. Program pengajian yang ditawarkan di UTeM menekankan aspek teori dan aplikasi dalam bidang pengkhususannya. Konsep pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan adalah berasaskan kepada :

  • Competency based development
  • Action based learning
  • Simulation of real situations and problems
  • Solving industry related issues / problems

Pelajar UTeM perlu menjalani program latihan industri selama 6 bulan iaitu tambahan tempoh latihan selama 3 bulan berbanding IPTA yang lain. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di universiti merupakan platfom kepada graduan dalam menjalani latihan, memberikan pendedahan dan pengalaman tinggi bagi tujuan melahirkan graduan yang kompeten, berketerampilan dan berkemahiran tinggi serta berdaya saing dalam mengharungi dunia profesional di samping bersahsiah tinggi dalam kemahiran insaniah (soft skill).

FAKULTI

Program-program yang ditawarkan dikendalikan oleh 6 buah Fakulti yang terletak di Kampus Tetap di Durian Tunggal, Melaka, Kampus Sementara (Kampus Industri) di Ayer Keroh, Melaka dan Kampus Bandar di Jalan Hang Tuah, Melaka.

1. Dua Fakulti yang beroperasi di Kampus Tetap ialah:

i) Fakulti Kejuruteraan Elektrik; dan
(memulakan operasinya pada Sesi 2005/2006)

ii) Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer
(memulakan operasinya pada Sesi 2004/2005)

2. Tiga Fakulti yang beroperasi di Kampus Sementara (Kampus Industri) ialah:

i) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

ii) Fakulti Kejuruteraan Pembuatan; dan

iii) Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi

3. Sebuah Fakulti yang beroperasi di Kampus Bandar ialah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan.


KEMASUKAN PELAJAR

Kemasukan pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda adalah terbuka kepada lulusan STPM, Matrikulasi dan Diploma/Sijil yang berkaitan daripada IPTA/Politeknik atau setaraf. UTeM hanya membuat pengambilan pelajar sekali setahun iaitu kemasukan sesi Julai setiap tahun.

TEMPOH PENGAJIAN

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
    Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ialah minimum 8 semester (4 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 12 semester (6 tahun).
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
    Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Sains Komputer tempoh minimum ialah 7 semester (3 1/2 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 11 semester (5 1/2 tahun).

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

Sepertimana lazimnya kemudahan yang disediakan oleh sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain, UTeM juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan Makmal yang canggih dan terkini selaras dengan imej sebuah IPTA Teknikal yang berasakan aplikasi dan amalan, Ruang Kuliah yang selesa, Perkhidmatan Pelajar dan Koperasi, Pengangkutan, Kolej Kediaman yang kondusif, Pusat Kesihatan, Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya, Kafeteria dan lain-lain

Aku rasa cukuplah aku promote UTeM ni..untuk info lebih lanjut boleh masuk web UTeM sendiri k.. click sini je





14 comments:

  1. haha..Universiti kt negeri aq..
    hak2..ngn tibe2 jek

    ReplyDelete
  2. comel jgk aku..sape nk knal aku??

    ReplyDelete
  3. sukses selalu sahabatku...cheers... :)

    ReplyDelete
  4. salam...
    kalau pak long nak apply UTeM ni boleh tak...?

    ReplyDelete
  5. wslm..boleh je..hik2..nak sambung wat phd pun boleh

    ReplyDelete
  6. leh tak bg sinopsis kursus untuk kursus sarjana muda teknousahawanan.

    ReplyDelete
  7. details nya dekat laman web UTeM...kami ambil bidang elektronik..

    ReplyDelete
  8. x de ker gmbr kolej kediaman????nk tgokkkkkk...

    ReplyDelete
  9. Utem x da program ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik separuh masa ke, kalo senang ckit dekat dgn Muar

    ReplyDelete
  10. ijazah sarjana muda kejuruteraam elektrik separuh masa x da ke......

    ReplyDelete
  11. taip utem tetiba jumpa gambar korang ni...hihi glamour seantero dunia...lalalala~~~~

    ReplyDelete
  12. Salam. Saya nak tanya. Kos ni ramai perempuan ke? Susah tak? Saya baru dapat tawaran di ukm. Thanks ;)

    ReplyDelete
  13. program ijazah sarjana muda kej. Elektronik ramai pompuan x

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...