Wednesday, March 31, 2010

GIVE AWAY TERATAK PUTERI

Salam...

  Ni ada lagi satu satu contest ni...Contest ni tengok dari blog Adah... tarikh tutup dia hari ni..jd sempat lagi..kira aku bernasib baik gak r sebab dpt tau pn dr cik adah yg rajin blockwalking


Penganjur: Teratak Puteri

Penganjur nak bagi hadiah ni sempena anniversary dia yang ke 41...Selamat hari lahir puan penganjur... :) Jom ah join, sempat lagik join contest ni sebab tarikh tutup dia pada hari ini 31/3/2010.





    

Ole-ole dari Jakarta oleh Yuka-Luv




entry ni dari (Yuka nyer blog)....hadiah nye best2 dari Jakarta...espeacilly bg perempuan yg melihatnya.he2.Wah..bestnya kn dapat ole-ole dari Jakarta.. nak mencuba nasib gak mana lah tau kan dapat

Ermm tarikh tutup peraduan ni
 
31hb Mac 2010 pukul 11.59pm

memang senang nak masuk contest ni, tak yah pikir2 nak wat slogan dan apa-apa jer lah..hehe
Aiii...sempat lagi ni...hehehe..Untuk keterangan lanjut, boleh la datang kat Yuka blog...Jangan lepaskan peluang...

Doakan Din Beramboi cepat sembuh





   
Syukur apabila menerima perkhabaran Din Beramboi yang dilaporkan kritikal semalam kini menunjukkan perkembangan positif.

Berita yang disebarkan melalui laman sembang Facebook, Twitter dan blog mendapat sambutan apabila seramai 200 orang berkumpul di Hospital Selayang untuk melawat dan mengikuti perkembangan pelawak tersebut.

Din juga dilaporkan sudah mula bernafas sendiri dan organ badannya mula berfungsi seperti biasa.

Beliau dimasukkan ke hospital akibat jangkitan air kencing tikus yang telah mengakibatkan sistem badannya berhenti berfungsi. Berkat doa tidak putus-putus daripada keluarga dan peminat, Din kini semakin stabil.
Mangga Online harapkan Din Beramboi cepat sembuh dan doa kami sentiasa bersama beliau.

"Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat,"



Tuesday, March 30, 2010

Projek perumahan rumah banglo di MITC melaka ( Bungalow house for sale)

Ni ada lagi satu projek perumahan yang sedang dibina di Melaka. Terletak di MITC dan kawasan berdekatan juga akan dibina Taman Tema air..yer..Water Theme Park..untuk info lebih lanjut boleh kik sini The Sultanate

ok..ni aku copy je dari web tu k..
The Water Theme Park will be located in the middle of natural tropical jungle and cooling by the natural lake located in the proposed site. The nature trees and bushes will shelter the whole Water Theme Park at all time. A fresh water stream can be seen within the side position of the project site.
The proposed site has 2 main access. One can access the water park via the main Ayer Keroh toll highway adjacent to Muzium Orang Asli, which offers a main road access width of 66ft (Please to Key Location Drawing Plan). The second access is about 100 meters from the first access with an open road frontage of 50 feet (Please to Key Location Drawing Plan).


Kawasan perumahan ni juga nanti memang dekat dengan
  • Melaka International Trade Center (MITC)
  • Seri Negeri
  • Wisma Negeri
  • Pantai Hospital
  • Multimedia University
  • Melaka Court Complex
  • Butterfly Park
  • Mini Malaysia
  • Puteri Resort
  • Melaka Zoo
  • Ayer Keroh Golf and Country Club
  • Tiara Melaka Golf and Country Club
  • Batu Berendam Airport
  • Jaya Jusco
  • Kings Hotel
  • Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
  • Telekom New Southern Operation Building.
  • and etc.



Exclusive Developement Features

  • Bungalow 8,000 sq.ft. above (Building + Land)
  • Lake View
  • Individual Titles
  • Gated and guarded 24 hours security
  • Prestigious precinct of an up market address
  • Environmental friendly with abundance of lush greenery
  • Low density to ensures the privacy of the residents
  • Stylish and elegant home designs
  • Convenience accessibility to town center and highway
  • The development of Water Theme Park
  • Malaysia My 2nd Home Program
  • Broadband Wireless Facility
  • Multimedia Super Corridor
Value added package
  • Free Intelligent Security System
  • Free STREAM - Central Vacuum Systems
  • Free Sales & Purchase Agreement
  • Up to 90% Loan (Malaysia) : 70% Loan (Foreigners)
More info Please call: 1) Ms Jeralene at 012-639 1616
2) Ms Agness at 016-655 7848
3) Pn Rahizah at 06-232 4233 (9.00 am to 5.00 pm)





   

Monday, March 29, 2010

Earth Hour..Apa Pendapat Korang..

Kelmarin satu dunia menyambut Earth Hour kan..apa yang korang buat pada masa tu. ..pada pukul 8.30 sampai 9.30 malam tu...Adakah korang pun tutup semua lampu2 dan keluar melepak kat kedai makan?.

Bagi kami (seisi satu rumah) dari pagi sampai pukul 9.30 malam kami kosongkan rumah..bukan sambut Earth Hour tapi Earth Day!!..jom kita tengok sedikit gambar yang saya ambil dari laman web rasmi Earth Hour (the official US site for Earth Hour)..kalau korang nak tengok gambar banyak2 lagi klik kat Earth Hour..

                Auckland dan  Paris


  Ni gambar di Brisbane, sebelum dan selepas Earth Hour

   Ni gambar di stesen keretapi New Zealand sebelum dan selepas Earth Hour

Bumi kita memang sedang menangis, banyak pokok-pokok yang ditebang semata-mata untuk mengejar kekayaan..tanah pula dilapangkan untuk buat projek perumahan, tapi kalau projek perumahan tu siap dibina dan diduduki tidak mengapa, ini projek perumahan semuanya banyak yang terbengkalai..terutamanya di negeri Selangor..apa nak jadilah dengan kontraktor zaman sekarang ni,satu projek belum selesai dah pulun projek di tempat lain pulak pastu last-last dah tak cukup duit nak teruskan projek....yang menjadi mangsa ialah pembeli2 yang terpaksa membayar hutang rumah setiap bulan di bank.

Banyak lagi punca yang menyebabkan pemanasan global ni, salah satunya ialah pembebasan karbon yang berlebihan..ni datangnya dari lampu-lampu yang kita gunakan sehari-hari..oleh itu kita haruslah bijak sebagai pengguna.

Padam lampu tu semasa tidur!!
MySpace
jangan pulak kata "xpe..aku yang bayar bil elektrik ni" macam dalam iklan XFm tu.. .taulah korang tu kaya boleh beli macam2 tapi boleh ke korang hidupkan hidupan yang dah mati kat dunia ni..berikanlah nafas baru dan ruang untuk kehidupan baru tu membesar sebab kita perlu pikirkan masa hadapan..dunia kita sekarang ni kita hanya meminjam dari anak-anak kita.

Jika pemanasan global ni terus berlaku..
MySpace
mungkin anak2 kita nanti dah tak kenal dah binatang-binatang yang kita kenal sekarang dan pokok-pokok..sebab semua dah pupus.

Pelbagai amaran juga telah diberikan oleh bumi sebagai 'hadiah' kepada manusia, untuk memberitahu manusia bahawa banyak dah berlaku kemusnahan dimana-mana kat permukaan bumi ni..sebut je..
gempa bumi,dah...
tsunami,dah,...
angin puting beliung pun dah...

Tapi nak buat macam mana, kalau kita rakyat di Malaysia ni memang dah cukup bertuah dan sangat mewah dah..pergilah tanya kat kedai-kedai elektrik, macam-macam pilihan dan harga ditawarkan untuk aircond..memang laku..lagi-lagi musim panas sekarang ni. Jadi memang susah untuk kita tangani masalah pemanasan global ni kan..apa pulak pandangan korang?..dan apa pulak cadangan korang bagi menangani masalah ni..nak suruh buat Eart Hour ni sekali dalam seminggu ke..nak suruh tanam pokok-pokok banyak ke kat laman rumah korang...Akhir kata..renung-renungkan, dan selamat beramal...
MySpace

Sunday, March 28, 2010

1 Malaysia 1 Media

Hari ni..maksudnya tadi kami baru je balik dari 1 Malaysia 1 Media. Buat korang yang ada di Melaka masih belum terlambat untuk singgah. Venue di dataran MITC Melaka Ayer Keroh..27 Mac dan 28 Mac iaitu hari ni. Marilah kita beramai-ramai memeriahkan..ada TM, Rakan Muda, Astro, Celcom, TV2, NTV7 dan macam2 lagi.. Anita Baharom pun ada tadi :)..ada macam-macam persembahan dianjurkan

(Gambar) Kereta Polis Peronda Mitsubishi Evolution 10-awas-

Dengan kemunculan kereta peronda polis versi Mitsubishi Evolution 10, pemilik kereta
Wira & Kancil modified mungkin boleh melupakan niat mereka untuk bermain cucuk-mencucuk dilebuh raya. Bukan apa, memang dengan mudah sahaja dan sah-sah anda akan di ayam-ayamkan oleh pemandu kereta polis ini.MySpace


Pesanan OH Bulan!, anda boleh memecut dilebuh raya, tetapi pastikan kereta anda adalah jenis Toyota Celica & seangkatannya. Salute la polis malaysia kan...ada macam dlm NeedForSpeed punya police car.MySpace


Duta Maggie :P (aku suka makan Maggie kari, sup tulang, asam laksa)
Punyalah crowded orang nak tengok orang menari breakdance..ntah la aku yang pendek dah tak nampak apa2 dah..MySpace


Masa nak balik tu ada satu booth ni panggil kitorang.."kak..kak..sini"..mula-mula Adah pun pegi la.."adik nak masuk kelab Rakan Muda tak?"..dia tanya umur pulak..."umur berapa?".."kalau umur bawah 25 tahun bolehlah masuk"..jawapan yang diberi " umur dah masuk 26 lah.." "tua dah"...Adakah kitorang ni masih muda atau dah tua...kompem orang lain kalau tengok kami ingat kami ni umur 24..ceh..ceh..ceh..(perasan muda la ni..hahaha).. apapun hidup mesti happy je selalu..senyum..senyumm :).. baru la awet muda :PMySpace

Cantiknya Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) di UTeM kan..

Hari ni hari Ahad..bangun pagi2 aku terus je bersiap untuk pergi ke UTeM. Ni gara-gara pc aku yang rosak dan sedang dibaiki di PC world..ikutkan hati nak hantar di Stygix (murah banyak) tapi jauhla pulak dari rumah aku yang dekat Durian Tunggal ni. Nasib baik aku ada geng skali..boleh teman kan aku kat fakulti ni nanti taklah aku keseorangan.

Geng aku ni bukan baru aku kenal,tapi dah lama sangat..family dorang dan kampung dorang pun aku tahu dah..walaupun aku ni orang Selangor yang menetap di Johor dan belajar di Melaka..geng2 aku pulak sume orang Terengganu. Dah 7 tahun kenal dorang ni..dorang yang aku maksudkan ialah Adah dan Ser..Cik Adah kita ni pekat sikit cakap Terengganu, cuma sekarang ni dia dah boleh cakap bahasa KL sikit..haha..disebabkan tulah lidah aku ni pun dah jadi berbelit belit dah dan lebih kearah bahasa Terengganu. Jadi ramai yang ingat aku pun orang Terengganu gak bila dorang dengar aku cakap..'first impression' dorang memang ternyata salah..haha..tapi bila aku nak membeli belah di Pasang Payang dah jadi satu masalah pulak bila aku nak cakap bahasa dorang tu..sebab aku rasa yang aku ni pelancong kat situ kot, tu yang payah tu..nak la tawar harga murah2 kalau boleh kan masa shopping..ececeh.. kaki shopping betul minah ni.

Berbalik pada tajuk asal aku..ni dah banyak melalut dah tadi..semalam petang kami pergi cuci-cuci mata, jalan-jalan, tangkap-tangkap gambar..maklumlah kan hari Sabtu mana ada orang..hari-hari minggu macam ni lah nak tangkap gambar sebab takde orang..bolehlah nak lompat-lompat ke..nak panjat-panjat pokok ke..nak duduk or meniarap sekalipun..hahaha..
Apapun nilah gambar-gambar awek di Fakulti FKEKK..kitorang ni adalah pelajar Master byResearch ambil bidang Elektronik..rasa macam aku ni salah ambil bidang je sebab belajar tak abis2 lagi kalau ambil bidang memasak kan senang..heheh..laki aku nanti pun mesti happy je dan bertambah bulat bila makan makanan yang aku masak..lagipun aku memang suka memasak..



Nilah Cik Mawaddah Binti Muhammad..my roommate..dia anak second last dari 11 orang adik beradik kalau tak silap aku..rumah dia kat tepi pantai tau..dekat dengan airport Kuala Terengganu di Teluk Ketapang..anak pakcik Muhammad dan Mek Siah. Selalu Pakcik Muhammad tanya aku bila aku nak datang sana..InsyaAllah..nanti kalau aku ada kelapangan aku datang sana lagi. Lagipun aku memang enjoy abis pergi Terengganu..ada macam2 yang boleh dibeli disana..kain songket, budu,tudung, telur penyu..baju2 tidur aku..semua aku beli kat sana sebab murah-murah. Kualiti perkara pertama yang aku titik beratkan,yelah kalau mahal2 tapi tak selesa nak pakai tak guna kan..


Cun tak awek Terengganu ni..kalau ada siapa-siapa yang nak berkanalan dengan dia tinggalkanlah komen anda tau..hehe..yang baik2 je boleh ok :P ..nama dia Maisarah Binti Mohd Shafie. Rumah dia pulak kat Bukit Payung. Gambar ni diambil dalam Makmal Pasca siswazah kitorang..


Nilah pintu masuk ke makmal kami..hahaha..hari-hari pun kami datang lab ni...buat kajian. Apa tak bestnya kalau tiap2 orang dapat pc sorang satu..siap ada internet. Jimat bil elektrik kat rumah :P. Padahal kat rumah pun ada streamyx gak..ok..pasni nak tunjuk gambar-gambar disekitar makmal kitorang pulak ya..check it out..for information fakulti kitorang yang mula-mula pindah di kampus tetap kat Durian Tunggal ni. Sebelum ni kitorang belajar kat rumah kedai je..sob2..sedih..terpaksa bersusah2 masa degree dulu..dan bersuka ria masa master sebab UTeM dah makin cantik sekarang..



kanak-kanak riang




Masjid UTeM



kanak-kanak yang riang




Sekarang aku nak promote UTeM lagi.lagi dan lagi pasal UTeM...lagi-lagi untuk budak-budak lepasan SPM 2009..manalah tau kan korang ada isi nak mintak UTeM ke..

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah IPTA yang ke-14 dan merupakan universiti teknikal pertama di Malaysia. Universiti ini kini beroperasi di 3 kampus iaitu di Kampus Induk yang teletak di Durian Tunggal, Alor Gajah, Kampus Industri di Ayer Keroh manakala Kampus Bandar terletak di Pusat Bandaraya Melaka.

Universiti ini mempunyai 6 fakulti dan 3 pusat kecemerlangan. UTeM menawarkan program di peringkat diploma, ijazah dan pasca siswazah dalam Kejuruteraan, Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan Pengurusan Teknologi. Program pengajian yang ditawarkan di UTeM menekankan aspek teori dan aplikasi dalam bidang pengkhususannya. Konsep pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan adalah berasaskan kepada :

  • Competency based development
  • Action based learning
  • Simulation of real situations and problems
  • Solving industry related issues / problems

Pelajar UTeM perlu menjalani program latihan industri selama 6 bulan iaitu tambahan tempoh latihan selama 3 bulan berbanding IPTA yang lain. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di universiti merupakan platfom kepada graduan dalam menjalani latihan, memberikan pendedahan dan pengalaman tinggi bagi tujuan melahirkan graduan yang kompeten, berketerampilan dan berkemahiran tinggi serta berdaya saing dalam mengharungi dunia profesional di samping bersahsiah tinggi dalam kemahiran insaniah (soft skill).

FAKULTI

Program-program yang ditawarkan dikendalikan oleh 6 buah Fakulti yang terletak di Kampus Tetap di Durian Tunggal, Melaka, Kampus Sementara (Kampus Industri) di Ayer Keroh, Melaka dan Kampus Bandar di Jalan Hang Tuah, Melaka.

1. Dua Fakulti yang beroperasi di Kampus Tetap ialah:

i) Fakulti Kejuruteraan Elektrik; dan
(memulakan operasinya pada Sesi 2005/2006)

ii) Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer
(memulakan operasinya pada Sesi 2004/2005)

2. Tiga Fakulti yang beroperasi di Kampus Sementara (Kampus Industri) ialah:

i) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

ii) Fakulti Kejuruteraan Pembuatan; dan

iii) Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi

3. Sebuah Fakulti yang beroperasi di Kampus Bandar ialah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan.


KEMASUKAN PELAJAR

Kemasukan pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda adalah terbuka kepada lulusan STPM, Matrikulasi dan Diploma/Sijil yang berkaitan daripada IPTA/Politeknik atau setaraf. UTeM hanya membuat pengambilan pelajar sekali setahun iaitu kemasukan sesi Julai setiap tahun.

TEMPOH PENGAJIAN

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
    Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ialah minimum 8 semester (4 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 12 semester (6 tahun).
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
    Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Sains Komputer tempoh minimum ialah 7 semester (3 1/2 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 11 semester (5 1/2 tahun).

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

Sepertimana lazimnya kemudahan yang disediakan oleh sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain, UTeM juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan Makmal yang canggih dan terkini selaras dengan imej sebuah IPTA Teknikal yang berasakan aplikasi dan amalan, Ruang Kuliah yang selesa, Perkhidmatan Pelajar dan Koperasi, Pengangkutan, Kolej Kediaman yang kondusif, Pusat Kesihatan, Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya, Kafeteria dan lain-lain

Aku rasa cukuplah aku promote UTeM ni..untuk info lebih lanjut boleh masuk web UTeM sendiri k.. click sini je





Saturday, March 27, 2010

Stone Grill atau Seoul Garden

Semalam kami pergi ke bandar melaka, dengan tujuan untuk tukar duit kat kedai pengurup wang ni (lecturer aku kata murah tukar duit kat sini) tapi dia tutup rehat 3 hari la pulak. Hari Isnin nanti baru buka balik.

Penat pusing2 bandar Melaka Bersejarah ni, terasa laparlah pulak. Aku bukan boleh tahan kalau lapar ni, rasa nak mengamuk je kalau lapar..macam singa betina Bob cakap. Kalau makanan lambat sampai pun mau aku bergaduh dengan bob sebab bawa aku kat kedai makan yang lembab services dier. Dah alang2 kat bandar aku ajak Bob pergi Aeon Bandar Melaka. Mula2 dia ajak makan kat pizza hut..tapi punya la ramai orang.Taula kan kalau dah ramai tu kompem makanan aku nanti sampai lambat punya..mau tak nyer aku bertukar jadi singa betina..punyalah panas baran,bila nak berubah tak taulah.

Kami masuk ke restoran Stone Grill untuk mencuba kedai yang baru buka ni..permandangan kat kedai ni memang cantik. Tapi lepas ni tak boleh masuk dah Bob cakap sebab diorang ade jual arak Calsberg..aku tak perasan pulak benda alah tu ada dalam menu. Menu utama restoran ni sudah semestinya grill iaitu makanan panggang. tapi aku rasa tak berbaloi sebab makanan dia punyalah sikit dan agak mahal..


Sharksfin Soup RM7.90 French Fries RM 3.90


our lauch..Chicken chop RM13.90



Ni permandangan dalam kedai ada dua buah pokok. Kami makan di tingkat bawah je, sebab tak larat nak panjat poko tu..ceit..hehe

Kalau korang yang cerewet bab2 makanan...nah..masakla sendiri. Nak separuh masak ke nak cukup2 masak ke lantak korang la sebab korang yang masak sendiri. Konsep kedai ni memang mudah, anda yang memasak. Makanan akan sampai dimeja anda dalam masa yang sangat singkat..tak sempat pun aku nak berbual2 dengan bob. Hati2 dengan batu yang panas tu..sebab 400 darjah..
RM39.90

Sekarang aku nak compare Stone Grill dengan Seoul Garden di Mahkota Parade Melaka pula. Kalau dibandingkan dua- dua ni..dan korang tanya aku mana yang aku suka..aku akan kata Seoul Garden..sebab utamanya..aku hanya perlu bayar sekali je iaitu RM24 seorang untuk dapat makan semuanya..hahaha.sebab makanan buffet. Ada ayam, kambing, udang, sotong, ikan (semua dah di marinate)..bebola2, nasi..ais krim, ABC..korang pergi la sendiri..macam2 ada, sebut je.Konsep makan kat sini sama gak. Korang yang akan memasak. Tapi steambot pun ada tau..my favourite soup is kimchi soup.

Kalau makan kat sini pastikan korang makan banyak2..kalau perlu kosongkan perut dulu baru datang sini. Ni gambar adik-beradik yang suka makan dan kuat makan..hehehe.
My favourite..kambing..
kambing lagi..ni tak tau dah pinggan yang keberapa..kena masak dulu ni..lepas ni banyak lagi nak kena makan..ABC, buah-buahan..akhir skali aiskrim..kalau korang ada di dekat Melaka..makanlah kat sini. Rugi tak cuba :P





Wednesday, March 24, 2010

Saya peminat Alicia Keys

suka dengar lagu ni..jom kita layan..

Alicia Keys - Try Sleeping With A Broken Heart


Alicia Keys- Doesn't mean anything official video

xxx..tidak! aku kena terjah..hehe

Terima kasih kepada cik Adah, kerana beri award ni


first time dapat award...Terima kasih bnyk2...Dpt jadi Top Blogger 2010 tue...Dasat ah anak pak Misman.. :p.Walaupun aku baru je berblog......Thanks sgt2..;)

Ni ha aku list kan org yg layak kena TERJAH gak...

1. Khai
2. Raziq
3. Cik Emi
4. ummiross
5. jayleo
6. cik ailebiu
7. hunny
8. dan seterusnya untuk Kawan2 blog yg sudi jengah n santai2 blog saya... :)

Syarat²nya mudah je..Tak payah jawab soalan..

Ape yang perlu korang buat ialah :
  • Thanks & link to the person that gave you award..
  • Past this award onto 12 blogger's you've recently discovered and think are fantastic..
  • Contact and let them know they've won the award..



CONTEST: Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100

Contest ini telah dianjurkan oleh seorang Lelaki ini, bertujuan suka² sambil melihat bakat anda dalam penulisan..Pemenang akan dinilai dari segi cerita yang menarik..katanya..


Contest
ini bermula pada hari20 March 2010 dan Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30.04.10


Hadiah


Tempat pertama akan menerima RM100 terus ke akaun anda

Tempat kedua akan menerima RM50 terus ke akaun anda

Tempat ketiga akan menerima RM30 terus ke akaun anda

Tempat keempat & kelima akan menerima saguhati sebanyak RM10 terus ke akaun anda



Sebenarnya dari semalam lagi dah tahu dah mengenai contest ni tapi belum ada rasa terpanggil untuk menyertainya bukan apa sebab terpikir gak dari semalam tapi idea tak datang2, dalam hati "Apa ye aku nak buat dengan duit RM100..banyak juga tu..tapi apa yang patut aku buat"..

Hari ni aku bertekad untuk menyertainya. Ia bermula selepas melihat rakan serumah iaitu cik Sweetsour (teman rumah) yang bersungguh2 untuk sertai contest ni. Katanya dia nak beli handphone baru sebab yang lama bateri macam cap chipsmore kejap ada kejap takde (yang ni aku yang cakap..ceit..)..memang tak tahan lama..tapi apa pulak yang aku nak buat dengan RM100 ye...

Idea aku tiba2 datang bila aku baru je nak ambil air sembahyang.."Bulan depan dah kena servis kereta ni..aduh..kena guna duit ni.." Bukannya aku takde duit, tapi kalau ada orang yang nak sponsor duit servis alangkah indahnya dunia ni..hehehe..lagipun aku ni pelajar.Jadi, kalau aku dapat duit RM100 ni akan aku gunakan dan laburkan ke jalan yang betul hehehe..iaitu servis kereta buruk ku..eh salah2 kereta kancilku,kang merajuk pula kereta tu. Servis dalam lingkungan Rm100 je sebab aku pakai kereta kancil! hehe..baki duit tu pulak nanti akan aku gunakan untuk ganti plat nomborku yang berwarna emas..jangan pikir itu emas pulak..cuma disebabkan pertukaran warna dari putih ke ala-ala kekuningan..check it out


Nampak tak perbezaan kaler no plat tu..ish malu je la..sape punya kereta la tu.."terima kasih kepada tuan punya kereta kancil yang sudi parking kat sebelah kereta aku"..memang kereta tu dah ada kat situ tau..bukan aku yang suruh..hehe2. Kalau di zoom dari dekat taklah nampak sangat..ni perasaan aku je kot..kalau orang lain nampak kompem kata kuning.


Ni pulak aku nak tunjukkan bukti..hehehe..bukti kena servis kereta bulan April nanti. Selalunya kalau Perodua suruh servis kereta bulan 4 aku akan lambat2kan ke bulan 5 dan kalau bulan 6, bulan 7 lah aku servis..sebab tak pergi jauh mana pun..pusing2 melaka-johor, or johor-melaka sebab balik kampung jenguk adik2 aku, kucing2 aku, hamster2 aku..hehe.


Nampak tak???...tulis April 2010...untuk yang ke 71000km..yeye oo jer.pandai2 je orang perodua tu tulis jauh tu. Padahal meter aku dah padam lama dah,means dah tak boleh tengok pun jauh mana aku dah pergi..tapi nak diganti baru alamatnya memang takde la..lalala~~
Aku rasa cukup sampai sini jela mengomel2..tapi memang bersungguh bercerita ni sebab nak menang..maklumla..aku first time masuk contest ni. Blog ni pun baru berusia 3 minggu..harapan aku semoga kalian yang membaca dapat mendoakan kejayaan aku..ok! Trimas~~~




Bahasa Spain..perkataan hari ini

no seguir su blog.. perkataan baru dari cik keyyah kita..
memandangkan abang sayang dia dan bob nak pergi ke Spain dan London bulan 4 nanti..
mari kita Belajar bersama2!!..dah macam budak2 tadika pulak

Bob: Hello, my name is Bob. What's your name?
Dalila: Hola, me llamo Dalila: ¿Cómo se llama?

Bob: My name is Rita. Nice to meet you.
Dalilaa: Me llamo Dalila. Mucho gusto en conocerle.

Bob: The pleasure is mine. Where are you from?
Dalila: El gusto es mío. ¿De dónde es Ud.?

Bob: Well, it was nice to meet you!
Dalila: Bueno, ¡mucho gusto en conocerle!

Bob: Nice to meet you too. Goodbye!
Dalila: Mucho gusto en conocerle también. ¡Adiós!

Bob: Good bye.
Dalila: Adiós

ok..tadi untuk salam perkenalan..kalau nak membeli belah pula

How much does it cost? - ¿Cuánto cuesta?
How many are there? - ¿Cuántos hay?
There are many. - Hay muchos. (muchos can be replaced with a number here.)
Will you buy this? - ¿Quiere comprarlo usted?
What time is it? - ¿Qué hora es?
How much? - ¿Cuánto/a?
How many? - ¿Cuántos/as?

hahaha..pandainya aku berbahasa spain..See you tomorrow. - Hasta mañana.to learn more spain click here

Tuesday, March 23, 2010

rasa nak menangis..huhu

Malam-malam hari yang sejuk bangat ni..rasa nak meluahkan perasaan sedih dan pilula pulak..huhu..

untuk pengetahuan rakan-rakanku yang buat master byresearch sama seperti ku teruskan perjuangan anda..espeacially adah, zakiah dan ser..sob2..nak nangisla..rasa nak putus asa pun ada.Tapi aku kena kuatkan semangat walau macam mana pun..Memang bukan mudah untuk mendapat sebuah kejayaan..dan bukan mudah buat tajuk projek Meander Line Antenna ni..dahla memang tak ada khusus design untuk antenna ni...bentuk dier yang berlekuk-lekuk pun dah wat kepala aku berpusing-pusing gak ni. Kena struggle menghadap CST Microwave Office untuk analisis meander line ni dan stop sekejap main blog rasanye..separuh daripada analisis-analisis kena buat balik semula...waaaaa ;(....tolong aku...ade2 siapa-siapa yang baikhati tak nak bantu aku untuk ganti aku jadi anak Misman Bin Ramly...hehehe


this pictures is Meader Line antenna with parasitic element..dimana parasitic ini ia menumpang berteduh disisi meander, sentiasa setia sampai ke akhir hayatnya...


Ni latest design yang telah dipatentkan dan yang terakhir..banyak lagi design2 yang dah aku fabricate sebenarnya. Meander Line Antenna with and without conductor line, Meander Line Antenna with two type of impedance..for both microstrip and planar antenna design dan macam2 lagi la nama pun research, sampai matila buat research..haha..tapi nantila aku upload gambar banyak2 lagi..untuk tatapan cucu2 aku ke nanti..hahaha..dah toing2 ar ni sebab malam pun pergi makmal pascasiswazah..nasib baik ada cik keyyah yang cun menemani..terima kasih daun keladi..lain kali boleh temankan lagi :)









Tuesday, March 16, 2010

MISS MY BROTHER AND CATS


This week is school holidays and i really miss my home in Simpang Renggam, Kluang. I would like to see how my brothers doing..is he fine or not.

Yesterday i just find out that my brother, Farhan had an accident. Actually he is in standard five..and he was ignoring my advice and my father advice for not riding a motorbike..

Am I suppose to go back home? i only have two weeks to submit my thesis..there's still a lot of work to do.

Maybe I can just drive back home for 2 days and come back to Melaka to finish my works..and i hope when I'm back home everything will be alright..because right now I cannot do a single things...there is always Farhan there and Thesis Here in my mind....and I also miss my cats and my chubby Bob..he's always left me alone here in Melaka and making me sad..sob2..ok Dalila..its enough..going to be so emotional tonight.hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...