Saturday, September 24, 2016

Mersing island hopping #jelajahpulau

Trip adik beradik untuk tahun ni kita pilih untuk buat jelajah pulau sekitar mersing je.
Tahun lepas pun buat aktiviti air tapi kolam kecik tak puas berendam dekat bayou lagoon tu.
Jadi tahun ni kasi berendam lama2 ..semua aktiviti snorkelling, cliff jump, hiking semua nak buat dalam sehari.
Muka pun nanti dari putih putih melati dah jadi hitam sebab kena panggang dgn matahari.

Untuk menjayakan aktiviti tahunan adik beradik ni kaklong bersungguh buat research.
Dalam kepala ni duk pikir nak pergi mana ek best..nak buat aktiviti apa ek best.. dan yang paling penting semua setuju dengan cadangan kaklong nanti.

Cari punya cari akhirnya jumpa satu page ni kat facebook..
Address page diorang ni :goihat

Taip je mersing island hopping nanti akan terus jumpa page ni k.

Pakej yang disediakan memang cukup murah dan berbaloi semua dah termasuk sekali nanti termasuklah abang2 yang sado yang akan membantu korang nanti. Makanan yang disediakan super sedap masa sarapan ada sandwich buah -buahan air kotak , subway punya rasa pun kalah pastu untuk lunch ada bbq super sedap jugak siapa yang xmakan ayam sotong udang tu memang rugi.
Masa 16/9/2016 haritu kitorang cuma bawa badan..kasut untuk hiking dan makanan tambahan sebab kami geng kuat makan.

Pulau yang akan di jelajah nanti adalah pulau layar. Pulau lanun. Pulau hujung. Dan pulau tengah.
Pemandangan memang subhanallah cantik sangat.
Apapun aktiviti ni nanti boleh repeat lagi.

video




suruh bergambar tapi dia tidur
bakpe la i buat muka i jadi cenggitu depan abanng abang sado ni..choii spoilll
nak datang lagi sini sebab nak jumpa dengan abang abang sado..ehhh



Sunday, January 31, 2016

Klinik gigi buat braces area johor

Today makcik nak cerita kat mana yang korang patut buat braces yang murah, daerah johor dan yang penting lagi doktor dia perempuan buat kerja berhati-hati juga cun.

Sebab apa cakap berhati-hati?
Dalam banyak2 klinik gigi yang makcik pernah pergi untuk cuci gigi kan, klinik n yang paling takde rasa pape.
"Yang ni ada rasa ngilu sikit ye"..
Namun takde rasa ngilu pun.
"Kalau sakit beritahu ye"..
Namun takde rasa sakit pun.
Cas untuk cuci gigi pun berpatutan range harga dari rm50-120. Makcik kena dalam 60 sahaja.

Jadi kalau sesiapa yang area kluang ke ayer hitam ke parit raja ke simpang renggam ke benut ke batu pahat yang penting johor bahru bolehlah datang untuk pemeriksaan gigi dan consultation berkenaan braces di klinik pergigian penawar ayer hitam ni.

Nak cari dia macam mane ek?
Senang je. Bila dah exit tol ayer hitam sila ambil susur ke kiri menghala ke batu pahat.
Bila nampak kfc je terus belok kiri. Bangunan klinik ada di area belakang kfc dan bertentang dengan bus stand ayer hitam.

Untuk harga pemasangan braces ni memang murah je harga nyee..
Bermula dari 3500+.. duit pendahuluan 1k.
Mungkin harga n bergantung pada keadaan gigi masing-masing.

But dont worry. Before tu dia akan buat mold dulu untuk doktor study structure gigi korang dan cas cuma 50 diikuti dengan consultation beberapa hari kemudian secara percuma.

Consultation dari pakar amat penting sebelum pemakaian braces n.
Dari sini kita perlu tahu sesuai atau tidak kaedah braces ni untuk menyelesaikan masalah gigi yang kita hadapi. Berapa batang gigi yang perlu dicabut, berapa lama pemakaian braces ni.
Sesetengah kes mungkin pemakaian braces sahaja tidak mencukupi kerana ada yang perlu menjalani pembedahan rahang dahulu ( orthognatic surgery) bagi memperbetulkan rahang yang tidak selaras. After research tentang  pembedahan ni rasa agak menakutkan kerana rahang akan dipotong samada bahagian atas sahaja atau bahagian bawah sahaja atau kedua dua belah kemudian akan dicamtum semula menggunakan plat dan skru. Seramm sangat makcik dengar potong2 camtum2 ni tak sanggup rasanya makcik nak jalani pembedahan ni. Harga pun boleh cecah puluhan ribu jika refer di hospital swasta. Belum lagi menanggung siksa kesakitan berbulan masa yang diambil untuk sembuh dan tulang tumbuh semula. Paling tak suka bila tinggal di hospital. Tulah namanya beauty is pain.

Rawatan lain yang ditawarkan di klinik gigi seperti pemutihan gigi juga ada dan boleh dikatakan murah berbanding klinik gigi lain.
Terdapat dua pilihan samada home kit / buat di klinik setiap jenis harga berbeza. Home kit cuma 500 dan yang satu lagi 800.

Sedikit gambar untuk mereka yang berminat pergi ke klinik gigi ni.












Saturday, January 10, 2015

Makanan halal di Korea. Restoran halal.

Annyeonghaseyo...
Jal Jinessoyo?
Jae ireumun Dalila imnida.
Saya bukan orang Korea jauh sekali pandai berbahasa Korea.

Bilalah nak sampai kat negara Korea ni ye..Mawaddah...cepat sikit kumpul duit banyak2!

Ok. Bagi mereka yang merancang nak ke Korea dan risau tentang status halal makanan  di Korea, kini dah tak perlu risau dah.

KTO atau Korea Tourism Organization sudah menerbitkan E-books yang berjudul "Muslim friendly restaurants in Korea" Klik je link anda akan dapat macam2 lagi informasi berkenaan Korea.


ni muka hadapan E-book yang menyenaraikan restoran halal buat muslim yang datang ke Korea.

Jom tengok antara restoran yang disenaraikan..





Makanan korea yang diiktiraf halal. tak perlu nak berat beg bawak meggi dan beras. Sebab kalau dah berada di Korea beli je nasi dari sana kan...masuk microwave je n tadaaa,,siap.


Ada 4 jenis klasifikasi menu. 
1.Warna hijau vegetarian
2. Warna biru makanan berasaskan seafood.
3. Warna coklat gabungan seafood n vegetarian.
4. Warna merah adalah  daging tapi bukan pork based.

Susah nak berbahasa korea untuk beritahu jangan letak babi...takpe..guna isyarat tangan je..


Tapi kan...kan best kalau ada jugak E-books yang menyenaraikan makanan 'street food' yang berstatus halal..kan..kan?



Tuesday, October 28, 2014

SOGO WAREHOUSE CLEARANCE SALE

YIHOO..TULISAN SEMUA BOLD SEBAB SOGO BUAT SALEEE.
DARI 30 OCT NI HINGGA 2 NOVEMBER


Happy shopping dan selamat membeli belah secara bijak.




Pernah dulu terbeli barang mahal masa shopping kasut kat dataran pahlawan melaka.
Walaupun beza harga RM30 tapi still rasa ralat sebab kau baru je beli kasut kat kedai ni pastu ko jalan sikit je kat depan lalu beberapa kedai boleh pulak nampak kasut yang sama SAMMA SANGAT..hihi... tapi harga jauh lebih murah dari yang ko beli tadi.
Dalam hati mesti ko cakap menyesalnya dah beli kasut kat kedai yang pertama tadi...kalaulah survey dulu.."kalaulah...blablabla..mesti boleh dapat 2 pasang kasut.
Sejak dari tu bukan saja ko akan berhati-hati semasa membeli belah malah terus pasang niat berhenti-henti lah dari hobi membeli kasut.

ATapi nanti nak cari satu pasang je kasut..satuuuuu je.

Monday, October 27, 2014

Menumpang kasih

Hujung minggu ni dah rancang nak ke Terengganu.
Dah ter sedar dah lama tak 'balik' Terengganu, tu pun nasib baik adah mengomel kat aku.
Tahun ni je dah 3 kali dia datang Simpang Renggam. Aku?
Lima tahun tak datang Terengganu.
Tiba-tiba sentimental pulak entri kali ni.
Sume ni gara-gara baru abis tengok cerita korea tajuk "Fated ...blabla."

Sekarang ni rindu sangat nak jumpa pok mad.
Rindu nak dengar adah kena blebel..haha.sori adah
Rindu dekat pantai teluk ketapang..
hirup udara segar pantai masa pagi-pagi
Rindu bunyi deruan ombak.
Rindu keropok lekor
Aish..macam-macam benda nak buat.

Nasib baik dapat menumpang kasih family adah.
Masa kecik ayah suka bandingkan aku dengan anak orang lain.
Ayah cakap diorang lebih bagus compared to me
Jadi bila dah besar aku bandingkan family orang lain lagi bagus dari family sendiri.
Bila ada dikeliling family adah yang besar terasa 'warm atmosphere'...happy je.

Terima kasih adah .


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...